Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Wednesday, June 16, 2021

Ekonomi digital Malaysia berkembang pesat

 

KUALA LUMPUR: Ekonomi digital Malaysia semakin menjadi tumpuan, didorong oleh akses kepada telefon pintar dan kesalinghubungan internet, demikian menurut Maybank IB Research.

Ia turut disokong oleh ketersediaan pasaran terhadap perkhidmatan aplikasi pengangkutan dan penghantaran makanan, peralihan drastik ke arah e-dagang dan syarikat yang mengintegrasikan teknologi dalam perniagaan utama mereka.


Sumber rujukan : https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/06/828028/ekonomi-digital-malaysia-berkembang-pesat


Thursday, June 10, 2021

Inisiatif myDIGITAL-pembayaran bagi semua perkhidmatan kerajaan akan dibuat secara tanpa tunai menjelang 2022

Kuala Lumpur: "Kementerian Kewangan (MoF) menerusi inisiatif MyDIGITAL akan memastikan pembayaran bagi semua perkhidmatan kerajaan akan dibuat secara tanpa tunai menjelang 2022," kata menteri berkenaan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata, ini akan mendorong keselamatan transaksi lebih tinggi, penyelarasan lebih baik, komunikasi mengenai usaha antirasuah dipertingkatkan serta perkongsian maklumat lebih mudah.

"Setakat akhir tahun lalu, 60 peratus daripada kutipan bayaran keseluruhan kerajaan menerusi e-pembayaran," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Institut Akauntan Malaysia (MIA) 2021 yang dianjurkan secara maya, semalam.

MyDIGITAL menggariskan rancangan untuk mempercepat pencapaian Malaysia sebagai negara ekonomi maju dari segi teknologi, melalui Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia.

MyDIGITAL adalah satu inisiatif negara yang melambangkan aspirasi kerajaan untuk mentransformasi Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi yang berpacukan teknologi dan pendigitalan serta sebagai peneraju serantau dalam ekonomi digital.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan meneruskan usaha untuk memastikan tadbir urus yang baik, penyampaian perkhidmatan awam lebih cekap dan berkesan di samping mengekang ketirisan, penipuan dan rasuah.

Beliau berkata, sehingga kini, kerajaan menggalakkan pendigitalan dalam pelbagai aspek termasuk pemodenan penyampaian perkhidmatan awam dan dalam usaha membendung rasuah, memandangkan tindakan penting itu akan mengurangkan titik hubungan langsung antara pihak awam dengan pegawai atau kakitangan kerajaan.

Kerajaan juga beralih kepada sistem kad pengenalan elektronik dan pengesahan identiti secara biometrik bagi pengesahan diri orang ramai yang mempercepat bantuan kerajaan secara langsung untuk memastikan keterangkuman, kebolehcapaian, ketelusan dan kebertanggungjawapan.

Setakat ini, bantuan langsung kebanyakan dilakukan tanpa menggunakan tunai dengan permohonan dan pembayaran untuk Bantuan Prihatin Rakyat dan Geran Khas Prihatin dibuat secara elektronik dan dalam talian.

Beliau berkata, sebagai orang yang berpengaruh dan penyokong penting terhadap keputusan yang tepat, akauntan juga memainkan peranan utama dalam memacu digitalisasi dan MIA terus berusaha untuk menggalakkan kepemimpinan dan transformasi digital melalui Rangka Tindakan Teknologi Digital MIA.

"Kami juga menghargai sokongan MIA terhadap tadbir urus cukai yang memberi fokus kepada menangani ketidakpatuhan dan ketidakcekapan sistemik.

"Menerusi langkah memperluas dasar cukai - termasuk percukaian ekonomi bayangan, meningkatkan pematuhan cukai dan hal pentadbiran - ini akan meningkatkan pemungutan cukai yang sangat penting untuk membolehkan kerajaan memberikan lebih banyak bantuan ketika berlakunya krisis dan untuk perbelanjaan pembangunan dan agenda pembaharuan jangka panjang negara," katanya.

Beliau berkata, MIA juga menyokong pelaporan matlamat pembangunan lestari harus disertakan dalam pelaporan korporat dan ini amat bermakna kerana akauntan membawa kemahiran dan kepakaran yang unik dalam lingkungan wacana global dan penglibatan berkaitan kelestarian.

Secara khususnya, beliau berkata, akauntan berkelayakan secara unik untuk mengukur dan menetapkan kos kesan iklim seperti pelepasan karbon dan gas rumah hijau, menyediakan jaminan bebas mengenai proses dan impak berterusan serta mengeluarkan laporan dan komunikasi mengenai kesan-kesan ini bagi menyokong penggubal keputusan dan mempengaruhi perubahan positif.

Persidangan tiga hari kali ini bertemakan 'Mengemudi Masa Depan Mampan dengan Kecekapan dan Daya Tahan' (Navigating a Sustainable Future with Agility and Resilience).

Ia bertujuan meningkatkan kemahiran akauntan dengan kecekapan yang relevan untuk masa depan bagi menyokong dan mendorong agenda kelestarian global dengan memanfaatkan kecekapan dan etika teras profesion untuk merangsangkan kesinambungan dan kelestarian perniagaan, penyelesaian iklim dan pemerkasaan digital.

Disiarkan pada: Jun 9, 2021

https://www.hmetro.com.my/bisnes/2021/06/715626/inisiatif-mydigital

 

 

Thursday, June 3, 2021

eLatihan Cashless@PTAR: Payment Online Via UiTM Pay



Satu Taklimat dan eLatihan Cashless@PTAR: Payment Online Via UiTM Pay  telah diadkan pada  3 Jun 2021 (Khamis)

    Tajuk            : Cashless@PTAR: Payment Online Via UiTM Pay
    Tarikh           : 3 Jun 2021 (Khamis)
    Masa            : 9.30 - 11.30 pagi
    Penceramah   : Tn. Hj. Ahmad Faizar bin Jaafar, Pustakawan Kanan
    Peserta         : Staf  Perpustakaan
    Platform       : Cisco Webex




 


Tuesday, June 1, 2021

Bengkel Perkhidmatan Dalam Talian Kerajaan Secara End-To-End

 




Jabatan Perpustakaan Digital (JPD) , PTAR telah menghadiri Bengkel Perkhidmatan Dalam Talian Kerajaan Secara End-To-End (E2E) Sektor Awam anjuran Infostruktur
Tajuk       : Bengkel Perkhidmatan Dalam Talian Kerajaan Secara End-To-End
Tarikh      : 1 Jun 2021 (Selasa)
Masa        : 9.00 pagi
Platform    : Cisco Webex


JPD diwakili  oleh :
1. Hj Azizi
2. Hj Ahma Faizar
3. Wan Izzatul Farah
4. Izwan Salim
5. Mohd Asraf zamani

Untuk makluman, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) sedang melaksanakan inisiatif peningkatan Perkhidmatan Dalam Talian Kerajaan Secara End-To-End (E2E) Sektor Awam yang meliputi semua Kementerian dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri termasuk Agensi/Jabatan di bawahnya. Perkhidmatan Dalam Talian E2E merujuk kepada perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan dan dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian dari mula hingga akhir proses. Perkhidmatan ini juga boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja tanpa memerlukan pelanggan berurusan secara bersemuka.

Selaras dengan itu, pelaporan dan status pelaksanaan Perkhidmatan Dalam Talian E2E bagi semua kementerian/agensi akan dibentang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemodenan dan Pendigitalan Sektor Awam (JPPSA) yang bersidang dua kali setahun serta dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara. Bagi memastikan maklumat yang diterima untuk tujuan pelaporan adalah yang terkini dan gerak kerja pengumpulan maklumat berjalan lancar, pihak Universiti dipohon untuk mengemas kini dan mengemukakan data Perkhidmatan Dalam Talian E2E di universiti dengan melengkapkan maklumat mengikut template yang telah ditetapkan.

Sehubungan dengan itu,JPD telah  dijemput untuk menghadiri bengkel tersebut secara dalam talian. Bengkel ini akan disertai oleh pihak wakil PTJ dan teknikal. S

Agenda Bengkel :

9.00 Aluan Pembukaaan oleh Pengarah Pengurusan ICT
9.15 Taklimat E2E
10.00 Breakout Group - Pengisian Maklumat E2E mengikut kumpulan
12.00 Pembentangan ringkas mengikut kumpulan
14.00 Rumusan
14.15
Bengkel tamat.