Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Monday, August 29, 2022

Majlis Perpisahan Staf JPDg Yang Bertukar Jabatan

Pada 26/8/2022 bersamaan dengan hari Jumaat, telah diadakan satu majlis perpisahan staf JPDg yang akan bertukar ke jabatan lain. Staf yang terlibat dengan bertukaran ialah Ketua Jabatan Tuan Hj. Ts. Azizi Jantan dan En. Mohd. Izwan Salim. Majlis diadakan di Campus Bean, UiTM bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari.



Majlis telah dimulai dengan bacaaan doa oleh Tuan Hj. Ahmad Faizar dan diikuti dengan ucapan oleh En. Mohd. Izwan Salim yang mengucapkan terima kasih kepada semua staf yang memberi sokongan kepada beliau dan memohon maa jika terdapat kesilapan dari beliau. Tuan Hj. Ts. Azizi Jantan selaku Ketua Jabatan mengambil peluang memberi sedikit harapan beliau terhadap jabatan. Beliau juga memberi penerangan tentang hala tuju PTAR dalam pengurusan tertinggi yang baharu.


Penyerahan cenderahati kemudiannya telah dibuat dan Tuan Hj. Ahmad Faizar mewakili semua staf JPD untuk penyerahan tersebut.


Majlis diakhiri dengan makan tengahari dan bergambar kenang-kenangan bersama seluruh staf JPDg yang hadir.

 


Friday, August 26, 2022

Selamat Ulangtahun ke-23 Pengisytiharan UiTM sebagai Universiti

Pada 26 Ogos 1999, lnstitut Teknologi MARA (ITM) telah menempa sejarah apabila diisytiharkan sebagai Universiti oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. 

Dengan pengisytiharan ini, ITM dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA atau singkatannya UiTM. Hari ini genaplah 23 tahun UiTM menjadi sebuah universiti yang banyak melakar sejarah negara. 

Semoga nama UiTM terus megah di persada dunia. 26 Ogos 1999 – 26 Ogos 2023 #UiTMDihatiKu



Audit Data Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Dan Petunjuk Prestasi (PI) Bagi Pencapaian Sehingga Jun (Q2) Tahun 2022

Satu audit telah diadakan untuk Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Dan Petunjuk Prestasi (PI) Bagi Pencapaian Sehingga Jun (Q2) Tahun 2022. Pihak PTAR telah diwakili oleh Tuan Haji Ts. Azizi Jantan, En. Mohd. Izwan Salim, Pn. Shahidatul Akhmam Rambeli dan Pn. Siti Rohayu Mohamad Yusof. Audit telah dibuat di Bilik Mesyuarat Jabatan Komunikasi Aras 2, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin UiTM Shah Alam. Tarikh audit adalah pada 25 Ogos 2022 (Khamis), bermula pada jam 10.00 pagi. 

Thursday, August 25, 2022

Taklimat Sistem Aduan Korporat

Telah diadakan satu taklimat mengenai Sistem Aduan Korporat PTAR pada 24 Ogos 2022, jam 10.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Taklimat telah berlangsung di Pusat IT, PTAR. Taklimat telah diberikan oleh Pn. Wan Izzatul Fahrah dan Mohd. Faizal dan peserta terdiri daripada staf Bahagian Komunikasi Korporat.

Taklimat Sistem Repositori PTAR

 

Satu taklimat mengenai Sistem Repositori PTAR telah diadakan pada 24 Ogos 2022 pada jam 2.30 petang sehingga 5.00 petang. Taklimat telah berlangsung di Pusat IT, PTAR. Taklimat telah diberikan oleh En. Mohd. Izwan Salim dan peserta terdiri daripada staf Bahagian Sistem Repositori.

Thursday, August 18, 2022

Kursus Pemantapan Special Collection Integrated System (SCIS) PUiTM

 

Objektif utama kursus ini ialah untuk:

a) Memperkasa fungsi dan tugas Pustakawan dalam pengurusan koleksi khas perpustakaan
b) Meningkatkan tahap penggunaan Special Collection Integrated System (SCIS)

Tarikh: 18 Ogos 2022 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Pusat IT, PTAR Shah Alam
Penganjur: Bahagian Perkhidmatan Pelanggan PTAR
Peserta: Staf Perpustakaan UiTM (PUiTM) seramai 26 orang
Penceramah: Encik Mohd Izwan Salim
                    Encik Mohd Khairul Idzwan Mohd Saad

Kursus ini telah dimulakan dengan taklimat oleh Tuan Ts. Haji Azizi B. Jantan selaku ketua Jabatan Perpustakaan Digital.


Kursus kemudian dimulakan dengan En. Mohd. Izwan pada sebelah pagi dan disebelah petang oleh En. Khairul Izwan.

Gambar disekitar kursus:



Para peserta juga dibawa ke Bilik Koleksi Khas untuk lawatan penggunaan SCIS di PTAR Utama. Lawatan ini dipimpin oleh Puan Hajah Dr. Adlina Abdullah, En. Khairul Izwan dan dibantu oleh En. Mohd. Hazwan. Penerangan berkaitan dengan ruang dan peralatan yang ada serta bagaimana SCIS membantu melancarkan kerja juga telah diberikan. Gambar disekitar lawatan:

Bengkel Pemantapan Kandungan Digital Repositori

  Pihak PTAR telah menyediakan pelbagai inisiatif servis digital bagi membantu staf dan pelajar serta pengguna luar. Salah satu inisiatif tersebut ialah Digital Repositori. Bagi memastikan staf PUiTM yang bertanggungjawab dengan kandungan Digital Repositori seragam dan mendapat informasi terkini, bengkel ini telah diadakan.

Objektif utama bengkel ini ialah untuk:

  1. Memperkasakan peranan setiap Pendeposit/ Depositor bahan Harta Intelek UiTM
  2. Membentangkan garis panduan bagi pengendalian bahan repositori melalui dokumen Penetapan Repositori Institusi
  3. Memantapkan kemahiran staf yang terlibat dalam proses muat naik bahan repositori
  4. Memberi pendedahan terhadap format metadata yang bersesuaian bagi bahan digital  
  5. Memastikan kaedah dipraktikkan oleh seluruh PUiTM mematuhi standad yang seragam

Tarikh: 16-17 Ogos 2022 (Selasa dan Rabu)
Tempat: Pusat IT, PTAR Shah Alam
Peserta: Staf Perpustakaan UiTM (PUiTM) yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Pelaksana yang terlibat dengan kandungan digital Repositori Institusi Universiti 

Bengkel telah dimulai dengan taklimat oleh Tuan Ts. Haji Azizi B. Jantan selaku ketua Jabatan Perpustakaan Digital.

Penceramah pada hari pertama dan kedua ialah En. Mohd Izwan Salim dan Pn. Norhamimi Othman dan tambahan penceramah pada hari kedua iaitu Pn. Ummi Halimatunssaadiyya dan En. Shamsul Yuzli. 






Pautan social media - https://www.facebook.com/perpustakaanuitm/posts/5483929844976476

Saturday, August 13, 2022

Bengkel Migrasi Data Sistem NILAMs UiTM

Bengkel ini telah diadakan pada 13-14 Ogos 2022 bertempat Hotel Mudzaffar, Melaka. Para peserta terdiri daripada staf Pejabat Penasihat Undang-undang, Perpustakaan Tun Abdul Razak, Jabatan Infostruktur, ICAN dan UiTM Global.

Berikut merupakan tentatif program :
1. Taklimat Bengkel – YBrs. Prof. Dr. Haidar Dziyauddin, Penasihat Undang-Undang Universiti.

2. Taklimat Migrasi data MoU/MoA pra-NILAMs – En. Mohd Hairy bin Mohammadiah Timbalan Pegawai Teknologi Maklumat

3. Taklimat Pencapaian Integrasi Data NILAMs dan AMS PTAR - Ts. Haji Azizi Bin Hj. Jantan Ketua Timbalan Pustakawan
Pada hari kedua bengkel telah membincangkan peluang penambahbaikan hasil brainstorming dari semua pihak terlibat. Semoga penambahbaikan ini dapat menghasilkan satu flow sistem yang lengkap dan meningkatkan tahap kecekapan sistem pengurusan MOA/MOU UiTM

Friday, August 12, 2022

Sorotan Coffee Talk with Rozie | Episode 8 - Promosi MobileApp@UiTM Library oleh YBhg. Naib Canselor UiTM


CTWR Ep.8 bersiaran secara langsung di saluran YouTube UiTM bersama Prof Madya Dr Mahenderan Appukutty, Ts Dr Ahmad Razi Ramli sebagai tamu-tamu panelis yang membincangkan topik “Global Goals: UiTM at the Forefront in Ending Hunger and Improving Nutrition”.

Prof Madya Dr Mahenderan Appukutty merupakan Koordinator Klinik Kecederaan Sukan dan Kesejahteraan, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM. Beliau juga adalah Pakar Pemakanan dan Timbalan Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia. Manakala,Ts Dr Ahmad Razi Ramli adalah Ketua Pembangunan Kapasiti Akademik, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UiTM.

CTWR kali ini telah diadakan pada hari Khamis, 11 Ogos 2022, jam 9 pagi.
PTAR sangat berterima kasih dan berbesar hati kepada CTWR pada kali ini kerana YBhg. Naib Canselor UiTM telah sudi untuk mempromosikan inisiatif pihak Perpustakaan UiTM iaitu Mobile App@UiTM Library dan Repositori MINDA NC. 

Sorotan tersebut boleh disaksikan dibawah:

 

 Untuk pautan video penuh sila layari link https://youtu.be/0_3cLf7MtZk

Bengkel Penstrukturan Semula Laman Web Perpustakaan UiTM 2022, Siri 1

Perpustakaan Tun Abdul Razak telah menyediakan laman web/portal perpustakaan bagi memudahkan pengguna membuat pencarian maklumat dan menggunakan perkhidmatan Perpustakaan secara dalam talian dalam proses pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan mereka di universiti. Bagi menjamin maklumat yang disampaikan adalah terkini dan sahih, laman web perlu diurus dan disenggara serta dimantapkan dengan sistematik.

Bengkel ini dibahagikan kepada beberapa siri dan objektif utama bengkel ini ialah untuk:

  • Menstruktur semula Laman Baru 2022 Perpustakaan UiTM dan Perpustakaan Cawangan 
  • Menyelaraskan dan menyeragamkan Laman Web Perpustakaan seluruh UiTM
  • Memberi tunjuk ajar menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pengurusan dan penyelenggaraan laman web terutama dari aspek kriteria SEO (Search Engine Optimization)

Tarikh: 10-11 Ogos 2022
Tempat: Pusat IT, PTAR Shah Alam
Peserta: 20 orang staf Perpustakaan Cawangan dan Fakulti/Shah Alam

Cawangan
Fakulti/Shah Alam
Pulau Pinang PTAR Utama
Perak Perpustakaan Undang-Undang
Pahang Perpustakaan Kejuruteraan
Sarawak
Perpustakaan Sains & Teknologi
Sabah Perpustakaan Alam Bina

Bengkel ini telah dimulai dengan taklimat oleh Ketua Jabatan Perpustakaan Digital iaitu Tuan Haji Ts. Azizi B. Hj. Jantan. Dalam taklimat beliau, Tuan Haji menegaskan kepentingan Perpustakaan Digital terutama laman web Perpustakaan UiTM dalam membantu UiTM mencapai GRU 2025.
Bengkel 2 hari ini telah dikemudi oleh Tuan Haji Ahmad Faizar Pustakawan Kanan dan dibantu oleh Puan Hasnatul Sabarina Penolong Pegawai Teknologi Maklumat. Penceramah undangan terdiri daripada:
  • Puan Siti Salwa Pustakawan Kanan dari Bahagian Pelanggan turut hadir untuk membincangkan kepentingan dan kehadiran laman web Read@UiTM
  • Encik Razak Pustakawan Kanan dari Jabatan Arkib yang mewujudkan laman web Arkib untuk setiap laman web Perpustakaan UiTM cawangan
  • Encik Mohd Izwan Salim, Pustakawan Kanan dari JPD telah memberi kan informasi berkaitan UiTM Reseacher Profile


  • Gambar para peserta Bengkel Penstrukturan Semula Laman Web Perpustakaan UiTM 2022,  Siri 1.