Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Friday, November 27, 2026

Hebahan : UiTM Laksanakan Migrasi Sistem HR2U dan STARS ke Sistem INSANI


SHAH ALAM, 26 November 2026 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan melaksanakan proses migrasi data daripada Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HR2U) dan Staff Resources Information System (STARS) ke Sistem Pengurusan Sumber Manusia (INSANI).

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha penambahbaikan dan penyelarasan pengurusan sumber manusia universiti bagi memastikan pengurusan maklumat dan perkhidmatan berkaitan sumber manusia dapat dilaksanakan melalui sistem INSANI.

Sehubungan itu, penutupan sistem HR2U dan STARS akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut garis masa yang telah ditetapkan.

Warga UiTM disarankan untuk mengambil maklum mengenai pelaksanaan migrasi ini dan merujuk hebahan rasmi Jabatan Digital UiTM bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan proses serta jadual penutupan sistem berkenaan.


Perpustakaan UiTM Tawar Peluang Job on Campus kepada Mahasiswa bagi Disember 2026

 



SHAH ALAM, 27 November 2026 – Jabatan Perpustakaan UiTM membuka peluang kepada mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk menyertai program Job on Campus (JoC) bagi tempoh 1 hingga 31 Disember 2026. 

Program ini menawarkan peluang kepada mahasiswa untuk menjana pendapatan sampingan sambil memperoleh pengalaman kerja dan meningkatkan kemahiran profesional.

Melalui program ini, mahasiswa yang terpilih akan menerima bayaran sebanyak RM600 sebulan serta berpeluang membina portfolio kerjaya sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Sebanyak lima jenis jawatan ditawarkan, iaitu:

  1. Pembantu Projek Digital Tesis

  2. Pembantu Pendigitalan Rekod Arkib

  3. Pembantu Penyelidikan Artikel UiTM

  4. Pembantu Semakan dan Pendaftaran Tesis dan Disertasi

  5. Pembantu Pustakawan

Penyertaan dalam program JoC memberi peluang kepada mahasiswa untuk memperoleh pengalaman kerja sebenar, meneroka potensi diri, memperkukuh resume serta meningkatkan daya saing dalam pasaran pekerjaan.

Mahasiswa UiTM yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dan menyemak tawaran jawatan melalui Portal Job on Campus (JoC), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di pautan berikut:

https://joc.mohe.gov.my/

Inisiatif ini mencerminkan komitmen Jabatan Perpustakaan UiTM dalam menyediakan peluang pembangunan kemahiran dan pengalaman kerja kepada mahasiswa, selaras dengan aspirasi membudayakan ilmu serta memperkasa potensi generasi masa hadapan.

Jana Pendapatan, Bina Pengalaman, Perkasa Potensi!

“Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa”


  • Sumber Asal: Jabatan Perpustakaan UiTM

  • Artikel ini diolah semula daripada hebahan rasmi Facebook Page : Jabatan Perpustakaan UiTM berkaitan tawaran Job on Campus (JoC) bagi Disember 2026.

Tuesday, November 24, 2026

Ke Arah Perpustakaan Pintar : Lawatan Penandaarasan BPDI UiTM ke CelcomDigi AiX



SHAH ALAM, 23 November 2026 – Bagi memastikan perkhidmatan perpustakaan terus kekal relevan dan seiring dengan arus teknologi semasa, Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI), Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mengadakan lawatan penandaarasan ke CelcomDigi AI Experience Centre (AiX) baru-baru ini.
Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada usaha proaktif pihak BPDI dalam mendapatkan pendedahan secara langsung tentang bagaimana teknologi kecerdasan buatan (AI) diaplikasikan dalam operasi organisasi sebenar. 
Tumpuan utama diberikan kepada penerokaan solusi pintar yang berpotensi diadaptasi bagi menambahbaik proses kerja serta meningkatkan kualiti perkhidmatan perpustakaan digital UiTM.
Rombongan seramai lapan orang warga kerja BPDI ini diketuai oleh Pengarah Bahagian Perpustakaan Digital, Dr. Hjh. Zalifah Awang Zakaria, bersama barisan pegawai dan kakitangan yang terlibat secara langsung dalam pembangunan digital PTAR:
  • Hj. Mohd Izwan bin Salim – Timbalan Ketua Pustakawan (KUP)
  • Pn. Wan Izzatul Fahrah binti Wan Ishak – Pegawai Teknologi Maklumat Kanan
  • En. Mohamad Amarfarhan bin Aminuddin – Pustakawan
  • Pn. Nurul Atika binti Harud Din – Pustakawan
  • Pn. Ida Laila binti Ishak – Pustakawan
  • En. Mohd Faizal bin Sawardi Lukman – Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
  • En. Shahrul Hairy bin Shaharuddin – Pembantu Pustakawan Kanan
Sepanjang berada di pusat pengalaman tersebut, delegasi rombongan BPDI diberi peluang menguji dan meninjau pelbagai aplikasi berteraskan AI serta automasi pintar yang merentasi pelbagai sektor. 
Pengalaman secara hands-on ini ternyata membuka mata dan memberi gambaran yang lebih jelas tentang bagaimana gabungan teknologi terkini mampu memudahkan serta memberikan perkhidmatan yang lebih pantas kepada pelanggan.
Pihak BPDI PTAR UiTM berharap agar kunjungan ini menjadi titik tolak kepada tercetusnya lebih banyak usaha kearah penambahan idea baharu serta membuka pintu kolaborasi strategik pada masa akan datang. 
Usaha ini juga membuktikan komitmen berterusan PTAR dalam memacu transformasi digital, demi memastikan seluruh warga UiTM mendapat akses dan perkhidmatan perpustakaan yang terbaik.



























Friday, November 20, 2026

BPDI UiTM Perkukuh Jaringan Kolaborasi dan Budaya Ilmu di Putrajaya Festival Of Idea (FOI) 2026)


PUTRAJAYA, 17 November 2026 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus memperkukuh komitmen dalam menyemarakkan budaya ilmu, inovasi dan perkongsian pengetahuan menerusi penyertaan dalam Putrajaya Festival Of Idea (FOI) 2026 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Festival ini menjadi platform pertemuan ahli akademik, penyelidik, pemikir dan masyarakat untuk berkongsi idea, meneroka inovasi serta memperluas ekosistem ilmu negara.

Penyertaan PTAR UiTM dalam festival ini disertai oleh seramai 11 orang staf, termasuk dua orang wakil daripada Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI), iaitu Hj. Mohd Izwan bin Salim, Ketua Unit Pembelajaran Digital, dan En. Mohamad Amarfarhan bin Aminuddin, Ketua Seksyen Pengurusan Portal & Web. Kehadiran mereka merupakan sebahagian daripada rombongan warga PTAR UiTM yang menyertai festival tersebut.

Antara pengisian utama penyertaan PTAR ialah sokongan terhadap Program Tela'ah anjuran Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), yang mengetengahkan aktiviti ulasan buku secara analitikal dan wacana intelektual. PTAR turut memperkenalkan platform "MyTheses.my" kepada pengunjung festival bagi memperluas akses kepada tesis dan disertasi daripada universiti awam di Malaysia.

Penyertaan ini turut membuka ruang kepada pengukuhan hubungan strategik serta sinergi antara institusi pendidikan tinggi negara. Peranan PTAR dalam festival ini memperlihatkan fungsi perpustakaan moden sebagai penghubung ilmu, pemangkin inovasi dan rakan kolaborasi dalam membentuk masyarakat berpengetahuan.

BPDI akan terus menyokong usaha pendigitalan dan perkongsian ilmu bagi merealisasikan aspirasi UiTM sebagai Vibrant Centre of Learning.





















  • Sumber Asal: Portal PTAR UiTM

  • Artikel ini diolah semula daripada laporan asal Portal NewsPTAR UiTM bertajuk “PTAR UiTM Strengthens Knowledge Culture and Collaboration Networks at the Putrajaya Idea Festival 2026”.

Thursday, November 12, 2026

KERJA PENGUKURAN DAN PENGIMBASAN DATA BANGUNAN DI PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK (PTAR), UiTM SHAH ALAM


Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam telah menerima kehadiran pasukan daripada Bahagian Dasar, Kualiti dan Ukur Bangunan, Jabatan Pembangunan UiTM bagi melaksanakan kerja-kerja pengukuran dan pengumpulan data bangunan sebagai sebahagian daripada inisiatif pemerkasaan pengurusan fasiliti universiti.
📌 Aktiviti yang dijalankan melibatkan pengimbasan data spatial menggunakan teknologi Wearable Laser Scanning NavVis VLX 3 bagi mendapatkan maklumat ruang dan struktur bangunan secara lebih terperinci dan tepat.
📌 Data yang diperoleh akan menyokong penyediaan lukisan pelan lantai dan lukisan polyline serta proses integrasi maklumat bangunan ke dalam sistem Smart Client.
📌 Pelaksanaan aktiviti ini turut mendapat kerjasama pihak PTAR dalam memudah cara urusan pengumpulan data dan akses ke ruang bangunan yang terlibat.
PTAR menyambut baik pelaksanaan inisiatif ini sebagai usaha memperkukuh pengurusan maklumat bangunan dan aset universiti melalui pemanfaatan teknologi digital.
Diharapkan hasil pengumpulan data ini dapat menyokong perancangan, penyelenggaraan dan pengurusan fasiliti perpustakaan yang lebih sistematik, cekap dan berkesan demi keselesaan warga universiti.
#PTARUiTM #PerpustakaanUiTM #UiTMShahAlam #PengurusanFasiliti #PendigitalanUiTM #SmartCampus










____________________________________________________________________________
Sumber asal: Facebook Rasmi Perpustakaan UiTM

Perkongsian Artikel Berkaitan Ancaman Keselamatan Siber

 

Awas Fail Perangkap! Perkongsian Keselamatan Siber oleh Pegawai Digital UiTM


Aplikasi pemesejan seperti WhatsApp dan Telegram sudah menjadi sebahagian daripada rutin harian kita di kampus. Sama ada untuk urusan kerja, perbincangan tugasan kuliah, mahupun berhubung dengan keluarga, platform ini memang memudahkan komunikasi.
Namun, di sebalik kemudahan ini, penjenayah siber kini semakin licik menggunakan taktik baharu untuk memerangkap mangsa.
Baru-baru ini, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) melalui MyCERT telah mengeluarkan amaran penting mengenai penyebaran fail berniat jahat (malware) menerusi WhatsApp dan Telegram. Sebagai Pegawai Digital UiTM, saya terpanggil untuk berkongsi info ini agar warga kampus kita tidak menjadi mangsa seterusnya.
Bagaimana Taktik Ini Berfungsi?
Penyerang siber akan menghantar fail yang menyamar sebagai dokumen penting, seperti penyata kewangan, invois, atau surat perundangan.
Sebenarnya, fail ini menggunakan format .vbs (VBScript). Jika anda memuat turun dan membukanya pada komputer (terutamanya melalui WhatsApp Web atau Telegram Desktop), skrip berbahaya ini akan aktif secara senyap. Akibatnya:
  • Penggodam boleh mengawal komputer anda dari jarak jauh.
  • Maklumat sensitif seperti kata laluan, data peribadi, dan akses perbankan berisiko tinggi untuk dicuri.
5 Langkah Pencegahan Wajib Buat Sekarang
Sebelum terlambat, pastikan anda mengambil langkah perlindungan berikut pada telefon pintar dan komputer anda:
  1. Matikan Fungsi Auto-Download: Tetapkan aplikasi WhatsApp dan Telegram anda (termasuk versi Web dan Desktop) supaya tidak memuat turun dokumen atau media secara automatik. Anda perlu menapis sendiri fail yang masuk.
  2. Semak Format Fail: Jangan sesekali menekan atau membuka fail pelik, terutamanya yang berakhir dengan sambungan .vbs, .apk, .zip, .iso, dan .exe. Dokumen rasmi biasanya dihantar dalam format .pdf atau .docx.
  3. Sahkan Identiti Pengirim: Jika anda menerima dokumen kewangan atau perundangan yang tidak dijangka—walaupun daripada nombor kenalan atau rakan sekerja—hubungi mereka melalui panggilan telefon untuk mengesahkan kesahihannya. Akaun mereka mungkin telah digodam.
  4. Padam, Jangan Sebar: Jika mengesyaki sesuatu fail itu berbahaya, terus padamkan daripada peranti anda. Jangan panjangkan (forward) ke kumpulan WhatsApp lain walaupun dengan niat untuk memberi amaran.
  5. Kemas Kini Sistem: Sentiasa kemas kini sistem operasi (Windows, macOS, Android, iOS) serta perisian antivirus anda bagi menutup sebarang lubang kelemahan keselamatan.
Apa Perlu Buat Jika Terlanjur Membuka Fail Tersebut?
Jangan panik, bertindak pantas dengan mengikut turutan ini:
  • Putuskan Internet Serta-Merta: Matikan Wi-Fi atau cabut kabel rangkaian komputer anda untuk menyekat penggodam daripada terus mengakses peranti tersebut.
  • Tukar Kata Laluan: Gunakan peranti lain yang selamat untuk menukar kata laluan bagi e-mel rasmi UiTM, perbankan dalam talian, dan akaun media sosial anda.
  • Hubungi Pihak Bank: Jika melibatkan akses perbankan atau transaksi kewangan, segera hubungi talian kecemasan bank anda untuk membekukan akaun buat sementara waktu.
  • Laporkan Kepada Pihak IT: Dapatkan bantuan teknikal daripada Jabatan Infostruktur atau ICT Helpdesk di kampus anda dengan segera untuk pemeriksaan lanjut.
Keselamatan siber bermula daripada kesedaran kita sendiri. Dalam dunia digital hari ini, sikap berhati-hati dan sedikit rasa curiga terhadap fail yang diterima mampu menyelamatkan data peribadi serta aset digital universiti.
Ingat, cegah sebelum terkena. Jangan mudah percaya dan jangan ambil risiko!