Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Friday, January 27, 2023

Majlis Pelancaran Pelan Strategik Pendigitalan UiTM 2022-2025


Pada 26 Januari 2023 (Khamis) yang lalu, telah diadakan satu Majlis Pelancaran Pelan Strategik Pendigitalan UiTM 2022-2025 di Anjung Seri Budiman, UiTM Shah Alam. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Hjh.Roziah Mohd Janor, dan pihak Perpustakan Tun Abdul Razak  (PTAR)  telah diwakili oleh Ahamad Zuber Bin Mohamed, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan selaku Ketua Jabatan Perpustakan Digital (JPDg) PTAR.  

Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) merupakan satu blueprint yang mengandungi strategi dan garis panduan pelaksanaan projek ICT universiti. Selaras dengan itu, Jabatan Infostruktur, PPII telah membangunkan Pelan Strategik Pendigitalan. PSP ini bertujuan untuk menyediakan satu pelan tindakan yang komprehensif bagi mewujudkan ekosistem pengurusan ICT yang baik dan efektif dalam menyumbang kepada peningkatan produktiviti serta memberi nilai tambah kepada perkhidmatan universiti. Pelan ini bersesuaian dengan peranan Jabatan lnfostruktur, PPII sebagai penyumbang kecemerlangan organisasi dalam aspek ICT bagi membantu pihak universiti melaksanakan dasar secara cekap dan berkesan.


Video Majlis Pelancaran Pelan Strategik Pendigitalan UiTM 2022-2025

Ucapan VC berkaitan PTAR 45:0

Thursday, January 19, 2023

DLIS Industrial Talk Series on "Digital Library Service: UiTM Experience"


 Telah diadakan satu sesi ceramah industri. Maklumat ceramah adalah seperti berikut:

           Tajuk: DLIS Industrial Talk Series on "Digital Library Service: UiTM Experience"
          
🗓Tarikh: 18 Januari 2023/ Rabu
           ⏰Masa: 10.30 am - 11.30 am
           📍Platform: Online
          🎙Speaker: Tn Haji Ahmad Faizar Bin Jaafar
            (Pustakawan Kanan, Bahagian Pembelajaran Perpustakaan Digital, UiTM)
          🎙Moderator: Asst. Prof. Dr. Nur Leyni Nilam Putri Junurham (DLIS, KICT)





Tuesday, January 17, 2023

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Dalaman PTAR Bil.1/2023


Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Dalaman PTAR Bil.1/2023 telah diadakan seperti ketetapan berikut:

                                    Tarikh    : 16 Januari 2023 (Isnin)
                                    Masa     : 9.00 pagi - 5.00 petang
                                    Tempat  : Bilik Seminar, PTAR
 
Antara Perkara-perkara yang dibincang
1. Pelan Pengantian PTAR
2. Menyambung pelajaran dalam perkhidmatan
3. Penurunan Penggunaan PDAT dan E-Books
4. Peranan Perpustakaan Fakulti
5. Pegawai Perhubungan PTAR ( LO PTAR)
6. Projek Khas Ketua Pustakawan ( Chief Librarian Special Project - CLSP)


Monday, January 16, 2023

Perbincangan Program Virtual PTAR 360

Perbincangan Program Virtual PTAR 360 telah diadakan seperti ketetapan berikut:

                                    Tarikh    : 13 Januari 2023 (Jumaat)
                                    Masa     : 3.00 petang - 4.30 petang
                                    Tempat  : Bilik Perbincangan JPDg
                                    Platform : Google Meet dan Bersemuka

Perbincangan ini telah diketuai oleh En. Ahamad Zuber selaku Ketua Jabatan dan di pengerusikan oleh Tuan Hj. Ahmad Faizar. Tujuan perbincangan ini adalah untuk menentukan teknologi yang akan digunakan, peralatan yang akan digunakan dan cara untuk membuat pengambaran 360.

Telah diadakan juga sesi perkongsian oleh En. Nasrun melalui platform Google Meet. Melalui perkongsian beliau, teknologi Pannellum telah dipilh sebagai platform, kamera insta360 Evo akan digunakan dan 360VTour-Storyboard untuk proses perancangan pengambaran.




Thursday, January 12, 2023

Taklimat Cloud Solution


Telah diadakan satu taklimat untuk JPDg bertajuk Cloud Solution. Informasi berkaitan taklimat seperti dibawah:

       Tarikh: 10 Jan 2023 (Selasa)
       Waktu: 3.30 petang
       Penceramah: Ahmad Farhan Bin Mohd Fadzil Pegawai Teknologi Maklumat Kanan
       Tempat: Bilik Seminar, PTAR

 
Encik Ahmad Farhan Mohd Fadzil merupakan wakil Ketua Unit Pusat Data UiTM untuk memberikan taklimat ini. Cloud Solution adalah topik hangat untuk perniagaan kecil sehingga ke perusahaan global, Cloud Solution masih kekal sebagai konsep luas yang meliputi banyak wilayah dalam talian dan pihak PTAR melalui JPDg mula mempertimbangkan untuk meneroka penyelesaian infra server kepada Cloud. Penyelesaian ini adalah sama ada untuk aplikasi atau penggunaan infrastruktur, adalah lebih penting daripada sebelumnya untuk memahami perbezaan dan kelebihan pelbagai perkhidmatan Cloud.

Jenis perkhidmatan semakin meningkat dari hari ke hari dan kebiasaannya terdapat tiga model perkhidmatan awan untuk dibandingkan:

    Software as a Service (SaaS)  / Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS)
    Platform as a Service (PaaS) / Platform sebagai Perkhidmatan (PaaS)
    Infrastructure as a Service (IaaS) / Infrastruktur sebagai Perkhidmatan (IaaS)

Untuk setiap satu model ini, pihak JPDg akan melihat pada konsep, faedah dan kelainan serta kelebihannya. Analisa ini bagi memahami perbezaan utama diantara SaaS, PaaS dan IaaS—supaya pihak JPDg boleh memilih yang terbaik untuk organisasi PTAR.


Gambar disekitar taklimat:


Friday, January 6, 2023

Collaborative Teaching JPD & Fakulti Pengurusan Maklumat

Telah diadakan satu sesi pengajaran kolaboratif (Collaborative Teaching) diantara pihak PTAR dan Fakulti Pengurusan Maklumat. Pada sesi kali ini , pihak JPD telah diwakili oleh Tuan Haji Ahmad Faizar, Pustakawan Kanan, Bahagian Pembelajaran Perpustakaan Digital untuk berkongsi  maklumat dan kepakaran. Maklumat berkaitan sesi adalah seperti berikut:

Tajuk : Selection and Evaluation of Library Technologies

Tarikh : 5 Jan 2023 (Khamis)

Masa  : 2.00 petang - 4.00 petang

Platform : Google Meet

Program Collaborative Teaching  ini  bermula apabila  pihak Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Perdana telah mempelawa pihak PTAR untuk turut sama menyumbang kepakaran dalam sesi pengajaran kolaboratif (Collaborative Teaching).

Pengajaran kolaboratif adalah salah satu daripada inisiatif pihak UiTM dalam memperkasakan proses pengajaran dan pembelajaran. Melaluinya mahasiswa akan berpeluang untuk mendapat pendedahan dari luar terutamanya industri. Disamping itu, inisiatif ini dapat mengeratkan jalinan fakulti dengan industri dan alumni.

Sesi Libat Urus Perancangn Strategik Perpustkaan UiTM 2023

 

Pada tarikh 5 Januari 2023 bersamaan hari Khamis, telah diadakan satu sesi libat urus oleh Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik (BDPS) bersama Jabatan Perpustakaan Digital (JPD) bagi mendapatkan pengesahan serta maklumbalas berkenaan OD KPI & PI Jabatan. Sesi bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 1 petang. Pihak Jabatan juga diminta mengisi OD terkini bagi setiap KPI dan PI Perpustakaan UiTM.

Pegawai yang terlibat pada sesi ini ialah Ahamad Zuber Bin Mohamed, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan selaku Ketua Jabatan, disertai oleh Puan Wan Izzatul Fahrah binti Wan Ishak,Pegawai Teknologi Maklumat Kanan, Ketua Bahagian Aplikasi & Sistem Perpustakaan, En Mohd Alfarabie Bin Mohd Nasir Pustakawan Kanan, Ketua Unit Sumber Kandungan Digital, En Asraf Zamani Bin Hazim, Pustakawan, Ketua Unit Sistem Akses Terbuka dan Tn Hj Ahmad Faizar Jaafar, Pustakawan Kanan, Ketua Unit Pengurusan Pengetahuan.

Thursday, January 5, 2023

Selamat Menyambut Tahun Baru 2023

 

Pihak Jabatan Perkhidmatan Digital mengucapkan Selamat Tahun Baru 2023 kepada seluruh warga dan pelanggan perpustakaan UiTM. Semoga kehadiran tahun baharu ini akan membawa bersamanya rahmat dan kebaikan buat kita semua serta memberi kita dorongan untuk terus berusaha bagi mencapai kejayaan yang diimpikan.