Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Tuesday, November 29, 2022

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Perpustakaan Digital UiTM (JTPD) Bil.3/2022


Pada hari Selasa, 29hb November 2022 telah diadakan Mesyuarat JTPD UiTM Bil. 3/2022, PTAR UiTM secara atas talian (Google Meet) dan bermula pada jam 9.00 pagi. 

Agenda mesyuarat adalah Pelaporan pembentangan pencapaian (Januari - November 2022).

PRESTASI PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN DIGITAL 

Laporan Prestasi Penggunaan Perpustakaan Digital (Laporan Melalui Sistem EIS)


HAL-EHWAL SISTEM PERPUSTAKAAN

Perolehan Bahan Bercetak Integrasi WILS – FAIS

Laporan Library Support System (LSS) WILS


HAL-EHWAL LAMAN WEB PERPUSTAKAAN

Inisiatif Kemudahan OKU di Laman Web PUiTM

Pencapaian Portal My Knowledge Management (MyKM)


HAL-EHWAL REPOSITORI PERPUSTAKAAN

Laporan Pencapaian Muat Naik Bahan IR UiTM


Friday, November 25, 2022

Perlaksana Projek Projek BKRP Digital Filing System & PTAR


Susulan daripada majlis menandatangani Surat Hasrat (Letter of Intent) di antara Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan (BKRP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang telah dibuat pada 28 September 2022 yang lalu di Kompleks E, Kementerian Kesihatan Malaysia di Putrajaya.

Maka pada 23 November 2022 satu kerjasama Projek BKRP Digital Filing System telah dilaksanakan. Pihak PTAR telah menyumbangkan kepakaran didalam pembangunan sistem pengurusan dokumen digital di BKRP.
Satu majlis penyerahan BKRP Digital Filing System telah diadakan antara Pustakawan Kanan Tuan Hj. Ahmad Faizar bin Jaafar dan Ketua Penolong Pengarah Kanan YBrs. Encik Yusri bin Yusuf bertempat di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. Turut hadir Pustakawan Kanan Encik Mohd Izwan bin Salim dan Penolong Pengarah Kanan Dr. Tan Hun Yee.

BKRP Digital Filing System ialah satu sistem repositori rekod yang mengandungi dokumen-dokumen utama di dalam format digital. Tujuan utama pembangunan BKRP Digital Filing System ini ialah untuk pengaksesan maklumat yang lebih mudah, pantas dan cekap. Ia juga membantu dalam penjimatan ruang rekod kesan kuantiti rekod fizikal yang semakin bertambah.


Turut diadakan simbolik penyerahan Projek BKRP Digital Filing System dari wakil PTAR ke BKRP.

Perkara yang lebih membanggakan, BKRP Digital Filing System dibangunkan oleh kepakaran dalaman tanpa melibatkan sebarang kos. Perkongsian kepakaran antara sektor kerajaan ini memberi manfaat yang besar terhadap operasi institusi dan pihak berkepentingan. Dengan berbantukan teknologi pendigitalan dan sistem penyimpanan maklumat bersepadu, tahap penyampaian perkhidmatan ditambahbaik dan jangka hayat penyimpanan rekod kekal terpelihara.

Gambar disekitar program:


Thursday, November 17, 2022

Inovasi MyKM memenagi Anugarah Emas di ICQCC2022 Jakarta, Indonesia


Alhamdulilah Tahniah dan Syabas diucapkan buat Produk My Knowledge Management (MyKM) - Personalized Education kerana telah berjaya menerima ‘Gold Award’ di International Convention on Quality Concept Circles (ICQCC) 2022, Jakarta, Indonesia yang diadakan secara atas talian dari 15 November 2022 hingga 18 November 2022 

Pada 16 November 2022 (Rabu), Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menghantar satu (1) Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) iaitu i-Clique yang membawa inovasi MyKM  https://mykm.uitm.edu.my/ yang telah diiktriaf oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC) untuk mewakili Malaysia ke 47th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2022 anjuran Indonesia Quality Management Association (IQMA) 

Dari 65 projek inovasi dari malaysia yang menyertai ICQCC 2022 kali ini, sebanyak 63 projek inovasi telah tersebut berjaya memperolehi Anugerah GOLD dan 2 projek inovasi berjaya mendapat Anugerah SILVER. Malaysia melakarkan sejarah di mana lapan projek inovasi telah memperolehi pencapaian tertinggi Anugerah PRIME GOLD di peringkat antarabangsa.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM atas sokongan kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) PTAR sehingga meraih pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) iaitu i-Clique yang dibimbing oleh Fasiltator Tn. Hj. Ahmad Faizar bin Jaafar (Pustakawan Kanan) dari Jabatan Perpustakaan Digital terdiri dari:

1. Hj Ahmad Faizar bin Jaafar (Pustakawan Kanan) - Fasilitator
2. Cik Wan Noor Sazidah binti Wan Fauzi (Pembantu Pustakawan Kanan) - Ketua Kumpulan
3. Encik Mohd Farid bin Mohamed Said (Pembantu Pustakawan Kanan)
4. Puan Nur Lian binti Abd. Halid (Pembantu Pustakawan)
5. Puan Nur Azini binti Azman (Pembantu Pustakawan)
6. Puan Nur Fatin Nadia binti Mohamed Nadzri (Pembantu Pustakawan)

Tuesday, November 1, 2022

Open Day @ College Of Computing, Informatics And Media, UiTM

Pihak PTAR telah dijemput untuk mengadakan booth di Open Day @ College Of Computing, Informatics And Media, UiTM. Booth PTAR ini telah diketuai oleh pihak Perpustakaan Sains & Teknologi (PST) dan di bantu oleh Jabatan Perkhidmatan Pelanggan PTAR dan JPDg sebagai wakil PTAR sepanjang program yang bermula dari 4 - 6 November 2022. Program ini bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang untuk hari Jumaat dan Sabtu, manakala pada hari Ahad pula bermula jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 2.00 petang.

Tujuan Booth PTAR ini dibuka adalah untuk memberikan informasi terkini berkaitan perkhidmatan PTAR dan bagi tujuan ini, pihak JPDg akan membawa set ARVR untuk diperkenalkan kepada pengunjung. Selain dari itu, buku-buku berkaitan Sains dan Teknologi juga dibawa untuk pinjaman oleh pengunjung serta konsol PS4 untuk para pengunjung mencuba bermain. Para petugas pada hari pertama ialah:

1. Tuan Hj. Ahmad Faizar B. Jaafar
2. En. Erry Ezzani Hj. Mazlee
3. Pn. Siti Salwa Bt. A. Rahman

Pada sebelah petang, staf Perpustakaan Sains dan Teknologi (PST) telah datang membantu iaitu Pn. Fatimah Munirah Bt. Shafii dan Pn. Siti Hajar Bt. Riduan. Turut membantu ialah En. Mohd Hazrul B. Mohd Hussin


Pada hari kedua, para petugas terdiri daripada:

1. Pn. Nor Hafizah Bt Md Hanafiah
2. Pn. Fatimah Munirah Bt. Shafii
3. En. Erry Ezzani Hj. Mazlee


Booth PTAR juga telah menerima kunjungan dari Dekan FSKM iaitu
Professor Ts. Dr. Haryani Haron pada hari kedua.


Pada hari ketiga, para petugas terdiri daripada:




Gambar disekitar program:
            Hari pertama





Hari kedua








Hari Ketiga










10th NGGSIC - National Geomatic / Geoinformatic Students Innovation Competition 2022

NGGSIC telah diadakan pada 2 & 3 Nov 2022. Pihak PTAR telah diberikan ruang untuk mengadakan aktiviti dan pihak JPDg telah dijemput untuk memberikan ceramah. Informasi berkaitan program seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 3 Nov 2022 (Khamis)
Masa : 11.00 pagi - 11.30 pagi
Tempat : UCE
Peserta : Pelajar Baru  FSPU (Geomatic Khususnya) seramai 86 orang
Penceramah :
1. Tn Hj. Ahmad Faizar B. Jaafar dengan tajuk
Perpustakaan Digital UiTM
2. Puan Siti Salwa Bt. A. Rahman dengan tajuk Perkhidmatan PTAR


Penceramah pertama PTAR ialah Tuan Hj. Ahmad Faizar dengan membawa tajuk Perpustakaan Digital UiTM. Pada sesi ini, beliau telah memperkenalkan Library Mobile Apps yang baru kepada para peserta yang hadir. Sesi memuat naik aplikasi telah diadakan kepada para peserta yang hadir. Tuan Hj. Ahmad Faizar di bantu oleh Puan Hasnatul Sabarina dan En. Erry Ezzani telah membantu dan memberi tunjuk ajar cara menggunakan Library Mobile Apps. Diadakan juga pemberian hadiah kepada pengguna Library Mobile Apps yang terbanyak yang memasuki ke perpustakaan.


Tuan Hj. Ahmad Faizar juga telah mengadakan pengenalan VR semasa sesi beliau. Pelajar dan pensyarah yang hadir telah diberi ruang untuk mencuba VR set.


Penceramah kedua iaitu Pn. Siti Salwa pula memperkenalkan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh pihak PTAR seperti Book Delivery (BDS), PS4 (e-Sport Room) dan lain-lain.

Pihak pengajur juga telah memberikan cenderahati kepada para penceramah dari PTAR. Tuan Hj. Ahmad Faizar mewakili penceramah menerima cenderamata tersebut.


Gambar disekitar program: