Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Friday, December 23, 2022

Library Open Day (LOD 2022)


Bersempena dengan Library Open Day (LOD 2022), pihak Jabatan Perpustakaan Digital telah membuka booth pameran. Objektif utama booth adalah untuk memberikan informasi berkaitan perkhidmatan digital yang disediakan oleh pihak PTAR. Informasi berkaitan dengan LOD 2022 seperti dibawah:

Tarikh: 20 dan 21 Disember 2022 | Selasa dan Rabu
Masa: 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Foyer Perpustakaan dan Ruang Library Community Engagement, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam

Antara perkhidmatan digital yang diperkenalkan di booth adalah VR set, MyKM dan PTAR Library Apps. Sesi mencuba VR set juga telah disediakan untuk para pengunjung untuk mencuba.

Thursday, December 22, 2022

Tech Talk - UiTM Personalised Digital Library


Pada 20 dan 21 Disember 2022 iaitu bersamaan hari Selasa dan Rabu telah diadakan. Program ini merupakan acara tahunan perpustakaan dimana, ianya merupakan satu platform untuk Reach (bertemu dengan pelanggan) Read (menyampaikan maklumat terkini dan melaksanakan aktiviti literasi maklumat) dan Relate (mengenal pasti kehendak dan keperluan pelanggan terhadap aktiviti perpustakaan).

Pihak Jabatan Perpustakaan Digital telah diberikan 1 slot pada hari pertama. Wakil pihak JPDg iaitu Tuan Haji Ahmad Faizar telah membawakan tajuk Tech Talk: UiTM Personalised Digital Library. Program ini telah diadakan dari jam 10.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari diruang Library Community Engagement Space di PTAR 1. Program ini juga telah disiarkan secara langsung di Facebook dan juga YouTube Perpustakaan UiTM.


Tuan Haji Ahmad Faizar juga telah memperkenalkan VRAR set pada program ini. Beberapa pelajar telah diberikan peluang untuk mencuba VR set ini. Selain itu juga, hadiah telah diberikan kepada para pelajar yang mempunyai mata tertinggi pada aplikasi PTAR.


Pihak penganjur juga telah memberikan sijil kepada Tuan Haji Ahmad Faizar sebagai cenderahati.



Gambar disekitar program:

Thursday, December 1, 2022

UAT Sistem Pengurus Rekod Universiti (SPRU) JAU


Pada hari Khamis, 1hb Disember 2022 satu sesi UAT (user acceptance testing) bagi sistem Sistem Pengurus Rekod Universiti (SPRU) Jabatan Arkib Universiti (JAU) telah diadakan di Bilik 1 Pusat IT PTAR. 

Taklimat telah di berikan oleh Team Bahagian Aplikasi & Sistem Perpustkaaan yang di ketuai oleh Puan Wan Izzatul Fahrah binti Wan Ishak, Pegawai Teknologi Maklumat Kanan  dan dibantu oleh Puan Rapeah Binti Mohd Redzuan, Pen. Pegawai Teknologi Maklumat Kanan. 

Taklimat ini juga disertai oleh En Ahamad Zuber Bin Mohamed, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan sebagai Ketua Ketua Jabatan Perpustakaan Digital dan En Ahmad Amiri Bin Mohamad,Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, sebagai Ketua Jabatan Arkib Universiti serta pegawai-pegawai dari Jabatan Arkib Universiti (JAU)


Tuesday, November 29, 2022

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Perpustakaan Digital UiTM (JTPD) Bil.3/2022


Pada hari Selasa, 29hb November 2022 telah diadakan Mesyuarat JTPD UiTM Bil. 3/2022, PTAR UiTM secara atas talian (Google Meet) dan bermula pada jam 9.00 pagi. 

Agenda mesyuarat adalah Pelaporan pembentangan pencapaian (Januari - November 2022).

PRESTASI PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN DIGITAL 

Laporan Prestasi Penggunaan Perpustakaan Digital (Laporan Melalui Sistem EIS)


HAL-EHWAL SISTEM PERPUSTAKAAN

Perolehan Bahan Bercetak Integrasi WILS – FAIS

Laporan Library Support System (LSS) WILS


HAL-EHWAL LAMAN WEB PERPUSTAKAAN

Inisiatif Kemudahan OKU di Laman Web PUiTM

Pencapaian Portal My Knowledge Management (MyKM)


HAL-EHWAL REPOSITORI PERPUSTAKAAN

Laporan Pencapaian Muat Naik Bahan IR UiTM


Friday, November 25, 2022

Perlaksana Projek Projek BKRP Digital Filing System & PTAR


Susulan daripada majlis menandatangani Surat Hasrat (Letter of Intent) di antara Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan (BKRP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang telah dibuat pada 28 September 2022 yang lalu di Kompleks E, Kementerian Kesihatan Malaysia di Putrajaya.

Maka pada 23 November 2022 satu kerjasama Projek BKRP Digital Filing System telah dilaksanakan. Pihak PTAR telah menyumbangkan kepakaran didalam pembangunan sistem pengurusan dokumen digital di BKRP.
Satu majlis penyerahan BKRP Digital Filing System telah diadakan antara Pustakawan Kanan Tuan Hj. Ahmad Faizar bin Jaafar dan Ketua Penolong Pengarah Kanan YBrs. Encik Yusri bin Yusuf bertempat di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. Turut hadir Pustakawan Kanan Encik Mohd Izwan bin Salim dan Penolong Pengarah Kanan Dr. Tan Hun Yee.

BKRP Digital Filing System ialah satu sistem repositori rekod yang mengandungi dokumen-dokumen utama di dalam format digital. Tujuan utama pembangunan BKRP Digital Filing System ini ialah untuk pengaksesan maklumat yang lebih mudah, pantas dan cekap. Ia juga membantu dalam penjimatan ruang rekod kesan kuantiti rekod fizikal yang semakin bertambah.


Turut diadakan simbolik penyerahan Projek BKRP Digital Filing System dari wakil PTAR ke BKRP.

Perkara yang lebih membanggakan, BKRP Digital Filing System dibangunkan oleh kepakaran dalaman tanpa melibatkan sebarang kos. Perkongsian kepakaran antara sektor kerajaan ini memberi manfaat yang besar terhadap operasi institusi dan pihak berkepentingan. Dengan berbantukan teknologi pendigitalan dan sistem penyimpanan maklumat bersepadu, tahap penyampaian perkhidmatan ditambahbaik dan jangka hayat penyimpanan rekod kekal terpelihara.

Gambar disekitar program:


Thursday, November 17, 2022

Inovasi MyKM memenagi Anugarah Emas di ICQCC2022 Jakarta, Indonesia


Alhamdulilah Tahniah dan Syabas diucapkan buat Produk My Knowledge Management (MyKM) - Personalized Education kerana telah berjaya menerima ‘Gold Award’ di International Convention on Quality Concept Circles (ICQCC) 2022, Jakarta, Indonesia yang diadakan secara atas talian dari 15 November 2022 hingga 18 November 2022 

Pada 16 November 2022 (Rabu), Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menghantar satu (1) Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) iaitu i-Clique yang membawa inovasi MyKM  https://mykm.uitm.edu.my/ yang telah diiktriaf oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC) untuk mewakili Malaysia ke 47th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2022 anjuran Indonesia Quality Management Association (IQMA) 

Dari 65 projek inovasi dari malaysia yang menyertai ICQCC 2022 kali ini, sebanyak 63 projek inovasi telah tersebut berjaya memperolehi Anugerah GOLD dan 2 projek inovasi berjaya mendapat Anugerah SILVER. Malaysia melakarkan sejarah di mana lapan projek inovasi telah memperolehi pencapaian tertinggi Anugerah PRIME GOLD di peringkat antarabangsa.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM atas sokongan kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) PTAR sehingga meraih pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) iaitu i-Clique yang dibimbing oleh Fasiltator Tn. Hj. Ahmad Faizar bin Jaafar (Pustakawan Kanan) dari Jabatan Perpustakaan Digital terdiri dari:

1. Hj Ahmad Faizar bin Jaafar (Pustakawan Kanan) - Fasilitator
2. Cik Wan Noor Sazidah binti Wan Fauzi (Pembantu Pustakawan Kanan) - Ketua Kumpulan
3. Encik Mohd Farid bin Mohamed Said (Pembantu Pustakawan Kanan)
4. Puan Nur Lian binti Abd. Halid (Pembantu Pustakawan)
5. Puan Nur Azini binti Azman (Pembantu Pustakawan)
6. Puan Nur Fatin Nadia binti Mohamed Nadzri (Pembantu Pustakawan)

Tuesday, November 1, 2022

Open Day @ College Of Computing, Informatics And Media, UiTM

Pihak PTAR telah dijemput untuk mengadakan booth di Open Day @ College Of Computing, Informatics And Media, UiTM. Booth PTAR ini telah diketuai oleh pihak Perpustakaan Sains & Teknologi (PST) dan di bantu oleh Jabatan Perkhidmatan Pelanggan PTAR dan JPDg sebagai wakil PTAR sepanjang program yang bermula dari 4 - 6 November 2022. Program ini bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang untuk hari Jumaat dan Sabtu, manakala pada hari Ahad pula bermula jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 2.00 petang.

Tujuan Booth PTAR ini dibuka adalah untuk memberikan informasi terkini berkaitan perkhidmatan PTAR dan bagi tujuan ini, pihak JPDg akan membawa set ARVR untuk diperkenalkan kepada pengunjung. Selain dari itu, buku-buku berkaitan Sains dan Teknologi juga dibawa untuk pinjaman oleh pengunjung serta konsol PS4 untuk para pengunjung mencuba bermain. Para petugas pada hari pertama ialah:

1. Tuan Hj. Ahmad Faizar B. Jaafar
2. En. Erry Ezzani Hj. Mazlee
3. Pn. Siti Salwa Bt. A. Rahman

Pada sebelah petang, staf Perpustakaan Sains dan Teknologi (PST) telah datang membantu iaitu Pn. Fatimah Munirah Bt. Shafii dan Pn. Siti Hajar Bt. Riduan. Turut membantu ialah En. Mohd Hazrul B. Mohd Hussin


Pada hari kedua, para petugas terdiri daripada:

1. Pn. Nor Hafizah Bt Md Hanafiah
2. Pn. Fatimah Munirah Bt. Shafii
3. En. Erry Ezzani Hj. Mazlee


Booth PTAR juga telah menerima kunjungan dari Dekan FSKM iaitu
Professor Ts. Dr. Haryani Haron pada hari kedua.


Pada hari ketiga, para petugas terdiri daripada:




Gambar disekitar program:
            Hari pertama





Hari kedua








Hari Ketiga