Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Monday, May 30, 2022

The China-Asean 5G & IR4.0 Summit Forum

 The China-Asean 5G & IR 4.0 Summit Forum, a joint venture between Asia China Education & Cultural Association (ACEC) and Huawei, China’s leading global provider of Information and communications technology, was successfully held at Huawei Technology Centre Kuala Lumpur this Saturday at 10am! The combined online and offline forum attracted many scholars and experts from the ASEAN countries to join the event. This was a fantastic platform to share and learn more about the technology wave’s innovation and talent upgrading opportunities.

This forum was guaranteed to bring scholars and experts fruitful knowledge about the new wave of technology from various perspectives. Among the discussions, the Huawei Industry-Academia-Research Innovation Showcase was definitely the focal point:     

  • Display of the latest 5G development trends and application solutions. 
  • Industrial automation upgrade during the pandemic.ICT and smart campus solutions.
  • Digital technology application and sustainable development solutions in  the ASEAN region.
  • Huawei Smart City management centre-experience the real-time global interconnection system.

With 5G accelerating the development of Industry Revolution 4.0 (IR4.0), co-organiser Universiti Teknologi MARA (UiTM) keeps working together with ACEC and Huawei to provide an international research collaboration platform for the development of local Industry 4.0 in Malaysia. As an internationally acclaimed institution of learning, UiTM has taken that approach, capitalizing on the chance to provide an international research platform for Malaysian IR4.0 development by:
  • Bringing in professionals from various fields to share the knowledge and skills required to improve Malaysia’s technology development landscape.
  • Introducing mature technology application courses to develop globally competitive talent for the 5G era. 
  • Through an industrial-academia-research cooperative alliance, students and academics could study and work abroad.
  

Programme Schedule

Date28 May 2022
Time
9.50am - 12.00pm
Venue
Online: Zoom , Physical: Huawei Kuala Lumpur Head Office Seminar Hall

Tentative

Time Activity
9:50-10:00 AM Welcoming the arrival of guest
10:00-10:30 AM Welcoming SpeecH by Huawei representative    
10:30-10:35 AM Welcoming Speech by ACEC representative
10:35-10:40 AM Opening Speech by UiTM Vice Chancellor
10:40-10:45 AM Opening Speech by GUET Vice Chancellor   
10:45-11:45 AM Forum Start
11:45-12:00 PM Interaction with Audience   
Gambar disekitar forum:

 

 
 



source :  
Invitation | 5G & IR 4.0 Forum (azfariqmalfarid.wixsite.com)
亚洲一带一路文化教育合作促进会 (acecassociation.org)

Friday, May 27, 2022

Perasmian Sistem Arkib & Bangunan Arkib Universiti Baru



Majlis Perasmian Sistem Pengurusan Arkib dan Bangunan Arkib Universiti Teknologi Mara Shah Alam telah dirasmikan oleh YBhg. Profesor Datuk Ts Dr Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor , UiTM pada tarikh 25 Mei 2022 di bangunan baru Bangunan Jabatan Arkib Universiti, UiTM Shah Alam. 2 sistem tersebut ialah AMS - Archive Management System iaitu sistem yang dibangunkan untuk menjadi Sistem Pengurusan Arkib Universiti  UiTM dan sistem pencaraian melalui OFA - Online Finding Archive untuk membantu pengguna membuat carian bahan arkib dengan lebih sistematik. Maklumat berkaitan 2 sistem ini adalah seperti dibawah:   
 
 
AMS dibangunkan secara dalaman dengan kerjasama Bahagian Inisiatif Perpustakaan Digital,  atau sekarang dikenali dengan JPD  Jabatan Perpustakaan Digital , Perpustakaan Tun Abdul Razak bagi melancarkan proses kerja perolehan, capaian dan akses kepada bahan Arkib Universiti. Sistem ini juga berdasarkan ISAD (G): General International Standard Archival Description - Second Edition Year 2000 iaitu piawaian rangka kerja antarabangsa untuk pendaftaran dokumen arkib yang dihasilkan oleh organisasi atau individu.
 
 
 
Online Finding Archive (OFA) dibangunkan secara Web Based bagi menyediakan perkhidmatan penyelidikan dan rujukan bahan arkib secara atas talian. Ini bagi memastikan kelancaran perkhidmatan rujukan bahan arkib kepada penyelidik dan pengguna.
 
 
  
Sejarah penubuhan Jabatan Arkib Universiti.
Pada 28 Mac 1980 beberapa pegawai dari Arkib Negara Malaysia telah berkunjung ke Bahagian Pentadbiran UiTM untuk melihat bagaimana proses pengurusan rekod dilaksanakan. Dua tahun kemudian barulah penubuhan Unit Arkib UiTM pada 2 Januari 1982 dibawah tanggungjawab Bahagian Pentadbiran Pejabat Pendaftar. Seterusnya Unit Arkib telah dinamakan sebagai Unit Rekod dan Arkib pada awal Januari 1986 selaras dengan keperluan pengurusan rekod ITM.
Pada 1 Jun 2015 berlaku penstrukturan semula Pejabat Pendaftar yang meletakkan pengurusan rekod dan arkib UiTM kepada Perpustakaan Tun Abdul Razak. Perkara ini telah diputuskan melalui mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Universiti (JKE) Bil. 6/2015 bertarikh 10 Jun 2015. Di bawah pengurusan Perpustakaan Tun Abdul Razak, Bahagian Arkib telah dibuat penjenamaan kepada Jabatan Arkib Universiti. Perkara ini telah dipersetujui dari keputusan Mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti (MEU) Bil. 5/2016 bertarikh 1 Mac 2016.


Foto disekitar majlis Perasmian Sistem Arkib & Bangunan Arkib Universiti Baru.
 




Bacaan tambahan:
https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/258

Perasmian Repositori Minda NC UiTM

 

Majlis Perasmian Repostori Minda NC telah dirasmikan oleh YBhg. Profesor Datuk Ts Dr Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor , UiTM pada tarikh 25 Mei 2022 di Bangunan Jabatan Arkib Universiti, UiTM Shah Alam.   

Minda NC UiTM merupakan repositori yang menyimpan aspirasi, kepimpinan, pencapaian, anugerah dan pengiktirafan oleh Naib Canselor UiTM. Setiap aspirasi dan pencapaian merupakan hasil daripada perancangan strategik yang bersifat holistik bagi memartabatkan UiTM sebagai sebuah universiti terkemuka di dunia. Oleh itu, Repositori Minda NC UiTM menyimpan nilai sejarah pembangunan dan kecemerlangan UiTM untuk rujukan generasi akan datang. Layari: https://mindanc.uitm.edu.my/

Gambar di acara perasmian:









Friday, May 20, 2022

Kursus Pemantapanan Pendigitalan Perpustakaan UiTM



Bagi memantapkan mutu perkhidmatan, pihak PTAR telah menganjurkan Kursus Pemantapan Pendigitalan  Perpustakaan UiTM kepada staf Perpustakaan UiTM. Kursus ini telah dibahagikan kepada 2 fasa iaitu, Fasa 1 untuk kumpulan Pelaksana dan Fasa 2 untuk kumpulan Pengurusan dan Profesional. Untuk Fasa 1, seramai 106 orang Pelaksana PTAR Shah Alam telah menghadiri kursus ini.  Fasa 1 kursus ini telah dibahagikan kepada 4 sesi iaitu:
Sesi 1 : 21 Mac 2022 Isnin                 Sesi 2 : 11 Mei 2022 Rabu              
Sesi 3 : 12 Mei 2022 Khamis              Sesi 4 : 19 Mei 2022 Khamis  
                


 
Objektif penganjuran kursus adalah untuk meningkatkan pengetahuan tentang perkhidmatan perpustakaan digital kepada semua staf Perpustakaan. Kursus ini juga bertujuan untuk memberikan kefahaman tentang penggunaan dan fungsi setiap perkhidmatan perpustakaan digital serta meningkatkan tahap kompetensi staf perpustakaan di dalam melaksanakan taklimat, penerangan atau aktiviti promosi berkaitan perkhidmatan perpustakaan digital kepada pengguna Perpustakaan.
 


Kursus ini mengandungi 2 Modul Pembelajaran Perpustakaan Digital iaitu:
Modul 1: Perkhidmatan Digital
• My Knowledge Management (MyKM) • Mobile App@PTAR • Massive Online Open Course (MOOCs) • Online Public Access Catalog (OPAC) • Chat with Librarian • Virtual & Augmented Reality (AR & VR) • Updates@PTAR • Online Finding Archive (OFA) • Cashless@PTAR • Portal ERA Modul 2: Koleksi Digital • Online Database • Institutional Repository (IR) • Portal eBook • Discovery Search • Electronic Question Paper System (EQPS) • Local Content Hub • Open Access Discovery • Khazanah Melayu Repository • UiTM eGallery Repository • Open Access Research Repository • Article Indexing







Tuesday, May 17, 2022

Lawatan Antarabangsa dari Syarikat Digital Library Korea





17hb Mei 2022 (Selasa), Perpustakaan Tun Abdul Razak  (PTAR) UiTM Shah Alam telah menerima kunjungan dari wakil Futurenuri, INC. dari Byuksan Digital Valley, Seoul, Republic of Korea   

Pihak JPD telah diminta untuk menjadi tuan rumah dan menyambut rombongan Futurenuri  yang mana terdiri daripada Mr Jeong-Ho Chao (President), Mr JongHwan Seo (Education Business Director) dan Mr Kwang-oh (David) Kwon (Oversea Business Team).

Futurenuri, INC. http://www.futurenuri.com/ merupakan sebuah syarikat yang beribupejabat di Byuksan Digital Valley, Seoul, Republic of Korea. Syarikat tersebut  ditubuhkan untuk membangun dan mengedarkan penyelesaian yang lebih khusus serta menyediakan perkhidmatan berkaitan Digital Library, Smart Learning, Content Management, Web & Portal Services, Web Search and Portal Specialized company, Electronic Library Solution, overseas library solution,Smart learning solution, Question Bank Solution, Medical School Calendar system, etc.

Read more Futurenuri. Inc., the world's best group of experts in the field of digital libraries. < 시티산업 < 문화산업 < 기사본문 - 서울시티 (seoulcity.co.kr)  













Tuesday, May 3, 2022

Hari Raya Keluarga Jabatan Perpustakaan Digital Perpustakaan UiTM

 



Alhamdulillah,sempena hari raya yang mulia pada tahun 2022, dapat staf JPD bergambar semula sebagai tanda kenangan untuk disimpan. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin