Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Wednesday, February 10, 2021

Makluman Perkhidmatan Perpustakaan Digital bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

 


Untuk makluman seluruh warga UiTM, bagi memastikan perkhidmatan perpustakaan sentiasa beroperasi sepanjang tempoh Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), perkhidmatan perpustakaan dilaksanakan sepenuhnya secara atas talian melalui Perkhidmatan Perpustakaan Digital.


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi perpustakaan yang berhampiran dengan anda ditalian:


PTAR Utama : 03 5543 8581 / 03 5521 1701
PTAR Undang-Undang  : 03-5544 3733
PTAR Kejuruteraan : 03-5544 3812  
PTAR Sains dan Teknologi : 03-5544 3820
PTAR Alam Bina : 03-5544 439260 3-5543 8581


Untuk Perkhidmatan Konsultasi dan Rujukan boleh hubungi Encik Mohd Ismail (ismailabidin@uitm.edu.my | Puan Nik Zatihulwani (nikzatihulwani@uitm.edu.my


Aplikasi Chat With Librarian : https://ptar.uitm.edu.my/libchat/ atau Aplikasi WhatsApp : https://wa.me/message/MMKDSJ5O3JBHA1
*(Isnin-Jumaat | 8:30 pagi - 4:45 petang & Sabtu, Ahad dan Cuti Umum | Tutup)



Wednesday, February 3, 2021

Penggunaan Sistem Audit Perpustakaan UiTM

Sistem Audit Perpustakaan UiTM telah berjaya dibangunkan dan digunakan ketika Mesyuarat Pembukaan Audit Perpustakaan UiTM Bilangan 1 Tahun 2021 pada 3 Februari 2021. Penggunaan sistem ini sangat bertepatan dan sesuai kerana proses auditan dijalankan secara online. Semoga sistem yang dibangunkan ini akan memudahkan proses audit di Perpustakaan secara digital.



Tuesday, February 2, 2021

Lawatan Penandaarasan oleh Perpustakaan Universitas Pendidikan Indonesia (UPI)

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menerima lawatan kerja penandaarasan daripada Perpustakaan Universitas Pendidikan Indonesia (UPI) secara atas talian menggunakan platform Zoom Meeting. Lawatan ini diketuai oleh Ketua Pustakawan iaitu Ibu Dr. Riche Cynthia Johan, M. Si serta beberapa pegawai perpustakaan dan diraikan oleh Ts. Hj. Azizi bin Jantan selaku Ketua Jabatan Perpustakaan Digital, Tn Hj Ahmad Faizar dan En. Ashraf Zamani. 

Tujuan lawatan kerja penandaarasan ini adalah untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai pengurusan koleksi digital seperti yang telah diwujudkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak. Justeru, pihak PTAR amat berbesar hati berkongsi maklumat mengenai pengurusan koleksi digital akses terbuka (open access) dan laman web perpustakaan. Penekanan turut diberikan kepada tiga komponen Perpustakaan Digital PTAR iaitu perkhidmatan digital (digital service), koleksi digital (digital collection) dan proses digital (digital proccess). Di samping itu, proses pengindeksan bahan akses terbuka seperti Directory Open Access Journal (DOAJ), Directory Open Access Book (DOAB) dan lain-lain repositori institusi turut dikongsi bersama. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada seluruh warga Perpustakaan Universitas Pendidikan Indonesia (UPI).

Lawatan Kerja Penandaarasan Perpustakaan Universitas Pendidikan Indonesia (UPI) - UiTM Library



https://library.uitm.edu.my/en/pages/upcoming-events/latest-at-ptar/108-news/436-lawatan-upi