Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Thursday, June 22, 2023

Program Hari Bertemu Pelanggan Persatuan/Kelab Pelajar UiTM 2023

 

Pihak JPDg sekali lagi telah diundang untuk mengikuti Program Mobile Library bersempena Program Hari Bertemu Pelanggan Persatuan/Kelab Pelajar UiTM 2023. Pihak JPDg telah membawa VR set ke program ini dan En. Erry Ezzani telah bertugas mewakili JPDg di booth PTAR.


Program ini telah diadakan pada 19 - 20 Jun 2023 bertempat di Anjung Seri Budiman, bermula jam 8.30 pagi - 4.30 petang. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah:
  •     Kajian Profil Membaca Warga UiTM
  •     Peminjaman dan Pemulangan Buku on the spot!
  •     Konsultasi perkhidmatan oleh Pustakawan
  •     Terbaharu ! FIFA23 dan pengalaman Virtual Reality
  •     Perkhidmatan Perpustakaan Digital
Gambar disekitar program:

Wednesday, June 21, 2023

Akta 262 Program Kesedaran Berkesatuan Bersama Graduan


 Ketua Jabatan Perpustakaan Digital, Encik Ahamad Zuber Bin Mohamed telah dijemput untuk memberikan ceramah bertajuk Mobile App @ UiTM Library. Program ini merupakan anjuran Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Negeri Selangor dan Wilayah Perseketuan dengan kerjasama PTAR. Informasi berkaitan program adalah seperti:

Tarikh: 21 Jun 2023 (Rabu)
Tajuk: Akta 262 Program Kesedaran Berkesatuan Bersama Graduan
Masa: 9.30 pagi - 10.30 pagi 


Wednesday, June 14, 2023

Bengkel Pemantapan Kandungan Digital Repositori

 Bahagian Repositori & Sains Terbuka telah mengadakan satu Bengkel Pemantapan Kandungan Digital Repositori. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk:

  1. Memperkasakan peranan setiap Pendeposit / Depositor bahan Harta Intelek UiTM
  2. Membentangkan garis panduan bagi pengendalian bahan repositori melalui dokumen Penetapan Repositori Institusi
  3. Memantapkan kemahiran staf yang terlibat dalam proses muat naik bahan repositori
  4. Memberi pendedahan terhadap format metadata yang bersesuaian bagi bahan digital
  5. Memastikan kaedah dipraktikkan oleh seluruh PUiTM mematuhi standad yang seragam
Informasi berkaitan dengan kursus tersebut seperti dibawah:
Tarikh: 12 - 13 Jun 2023 (Isnin – Selasa)
Tempat: Pusat IT, PTAR, UiTM Shah Alam
Peserta: Staf Perpustakaan UiTM (PUiTM) yang terdiri daripada Kumpulan   Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Pelaksana yang terlibat dengan kandungan digital Repositori Institusi Universiti seramai 35 Orang
Penceramah:  i) Mohd Alfarabie Mohd Nasir
                     ii) Norhamimi Othman
                     iii) Ummi Halimatunssaadiyya Shamsul Yuzli 


Gambar disekitar bengkel:

Friday, June 2, 2023

Penggambaran Projek Virtual Tour di HASA

     Projek penggambaran ini bermula daripada email permohonan yang telah dibuat oleh Cik Nur Fatini Binti Ahmad Fazli pada 17 Mei 2023. Setelah mendapat kelulusan dari Ketua Jabatan, En. Erry telah melakukan lawatan tapak ke HASA pada 22 Mei 2023. Lawatan tersebut bertujuan untuk memastikan storyboard yang telah dibuat oleh Cik Fatini sesuai digunakan.

    Semak semula storyboard telah dilakukan bermula dari 23 Mei 2023 dan setelah menyemak kelapangan jurufoto, 1 Jun 2023 telah dipilh sebagai tarikh untuk melakukan penggambaran. Jurufoto yang bertugas adalah En. Muhammad Fikree Bin Rahmat.

Penggambaran bermula dari jam 11.00 pagi sehingga 1 petang.

Selamat datang Pustakawan Baharu En Izwan Salim ke Bahagian Pembelajaran Digital


 Diucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Encin Mohd. Izwan B. Salim ke Jabatan Perpustakaan Digital. Beliau akan mengetuai Bahagian Pembelajaran dan mula bertugas di JPDg pada 1 Jun 2023.