Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Showing posts with label PUSAT IT. Show all posts
Showing posts with label PUSAT IT. Show all posts

Wednesday, June 25, 2025

PTAR Perkasa Literasi Digital Staf Melalui Kursus Hands-On Google Site


Shah Alam, 24 Jun 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam telah menganjurkan Kursus Hands-On Google Site di Pusat IT, PTAR dengan penyertaan 40 orang staf daripada pelbagai jawatan.

Kursus sehari ini dikendalikan oleh Encik Mohd Alfarabie bin Mohd Nasir, Ketua Seksyen Penerbitan & Perhubungan Awam, Unit Korporat dan Kolaborasi, yang berkongsi ilmu membina laman digital efektif menggunakan Google Site. Beliau turut menekankan kepentingan penjenamaan jabatan secara digital.

Turut menjayakan kursus ini ialah Encik Asraf Zamani Hazim dari Bahagian Pengurusan Dokumentasi dan Informasi (BPDI), PTAR, yang berperanan penting sebagai fasilitator. Kepakaran teknikal beliau banyak membantu peserta mengaplikasikan kemahiran secara langsung semasa sesi praktikal.

Antara objektif kursus :

  • Membangunkan platform Google Site sebagai pusat rujukan berpusat untuk dokumen penting jabatan
  • Menyediakan kaedah capaian maklumat yang sistematik, tersusun dan mesra pengguna
  • Meningkatkan kemahiran staf dalam pengurusan maklumat digital menggunakan platform percuma dan efektif
  • Memberi latihan praktikal (hands-on) dalam membina, menyusun dan menyelenggara kandungan digital secara berkesan.

Kursus ini adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan PTAR dalam memperkasakan staf dengan kemahiran digital yang relevan dan praktikal. Penganjurannya mencerminkan iltizam PTAR dalam membentuk persekitaran kerja yang inovatif, responsif serta bersedia menghadapi cabaran masa hadapan melalui pengurusan maklumat yang lebih efisien dan strategik.

Melangkah ke hadapan, PTAR akan terus menganjurkan program pembangunan profesional yang menyokong aspirasi pendigitalan universiti, seiring dengan hala tuju UiTM sebagai peneraju pendidikan tinggi negara dalam era Revolusi Industri 4.0.












Sumber Gambar:  Laman Web Perpustakaan UiTM

                                     Unit Korporat Dan Kolaborasi, Perpustakaan Tun Abdul Razak

Monday, November 27, 2023

Projek penyelenggaraan perisian Pusat IT


 Sekali lagi untuk Bulan Oktober, pihak JPDg telah menerima pelajar praktikal. Kumpulan pada kali ini telah diberikan nama Kumpulan 3A. Infomasi berkaitan pelajar adalah seperti berikut:
  • NurFarzanah Bt. Nur Muazzam Syah
  • Nur Alya Ulfah Bt. Samsu
  • Nur Azmina Bt. Zulkifly
  • Nurin Azra Syazreena Bt. Mohamad
Keempat-empat pelajar merupakan pelajar dari Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Matematik. Mereka bermula dari tarikh 17 Oktober 2023 sehingga 20 Oktober 2023. Antara tugas mereka di JPDg ialah menyelenggara perisian di komputer di Pusat IT PTAR. Tugasan ini dapat memberikan para pelajar pengalaman mengurus dan mengendalikan Pusat IT.


Friday, October 13, 2023

Projek Penambahbaikan Pusat IT, PTAR


 Bagi meraikan kepulangan pelajar dan kehadiran pelajar baru sesi Oktober 2023, pusat IT PTAR telah menerima 5 set penghawa dingin yang baharu. Tujuan penggantian set penghawa dingin ini bagi memberi keselesaan kepada pengguna pusat IT PTAR. Projek ini adalah dibawah penyeliaan dan pengurusan Bahagian Pengurusan Fasiliti UiTM. Berikut merupakan butiran projek:

  • Nama projek: Penukaran penghawa dingin Pusat IT, PTAR
  • Lokasi: Pusat IT, Bilik 1 dan Bilik 2
  • Jumlah unit terlibat: 4 unit untuk Bilik 1 dan 1 unit Bilik 2
  • Kontraktor: Kontraktor lantikan Bahagian Pengurusan Fasiliti
  • Tempoh projek: September 2023 sehingga Oktober 2023

Projek ini bermula di Pusat IT, Bilik 2 pada 11/9/2023 dimana sebanyak 1 unit penghawa dingin telah diganti. Penukaran ini mengambil masa 2 hari untuk diselesaikan. Untuk Pusat IT Bilik 1 pula, sebanyak 4 unit telah ditukar. Masa penukaran mengambil masa hampir 8 hari bermula dari 3 Oktober sehingga 10 Oktober 2023.

Gambar disekitar projek:

Friday, December 14, 2012

BENGKEL PENGURUSAN LAMAN WEB

800x600

Normal 0 false false false EN-MY KO X-NONE MicrosoftInternetExplorer4  

Cover

Pada tahun 2012  ini laman web jabatan versi Joomla perlu dikemaskini dari versi 1.5 kepada ke versi terkini disamping satu garis panduan laman web baru yang mahukan penambahbaikan laman web bagi membantu skor MyRA dan kemudahan maklumat untuk penyelidikan. Oleh itu satu bengkel laman web Siri ke 6 diadakan pada  12 - 14 Disember 2012 bagi mengemaskinikan laman web. http://library.uitm.edu.my/bengkelweb/

Bengkel diadakan di Pusat IT PTAR 1 http://pusatitptar1.blogspot.com/ yang disertai oleh perserta dari Perpustakaan Fakulti dan wakil dari setiap Jabatan serta Bahagian.

20121212_090750
20121212_090817
20121212_103618

Thursday, June 23, 2011

Photo: A-LIEP Pre-Conference Workshops 1:RSS Feeds and Web 2.0

Asia-Pacific Conference on Library & Information Education and Practice (A-LIEP)

Workshop 1:  RSS Feeds and Web 2.0 for Current Awareness Services and Professional Self-Development
21 June 2011, Pre-conference A-LIEP 2011
Venue: IT Centre, PTAR 1, Shah Alam 
http://perpustakaanuitm.blogspot.com/2011/06/pre-conference-liep-2011-workshop-1-rss.html