Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Monday, January 4, 2021

Perancangan Perpustakaan Digital Tahun 2021

 


Berdasarkan kepada halatuju Kementerian Pengajian Tinggi dan Universiti iaitu memperkasakan agenda pendigitalan pendidikan dan pendigitalan kampus, maka Jabatan telah merangka projek inisiatif pada tahun 2021. Ini bagi memastikan agenda yang ditetapkan ini tercapai objektifnya. Antara projek inisiatif yang dirancang adalah menaiktaraf rangkaian Perpustakaan, sinergi bersama IPSIS UiTM, Open Access Discovery, Cashless Campus

Tuesday, December 22, 2020

Lawatan Kerja ke Perpustakaan Digital Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Pada 22 Disember 2020 Jabatan Perpustakaan Digital telah mengadakan lawatan kerja ke UPSI Digital Library, Kompleks Akademik Tanjung Malim, Perak. Kunjungan seramai 3 orang itu telah diketuai oleh Ts. Haji Azizi bin Jantan (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Ketua Jabatan Perpustakaan Digital UiTM). 

Lawatan ini bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan dan idea berkaitan inisiatif dan pembangunan perpustakaan digital. Selain tujuan lawatan ini untuk menambahk ilmu pengetahuan di samping mengeratkan silaturrahim di antara dua perpustakaan.

Sesi lawatan dan penerangan ini disambut oleh Encik Rozman B. Che Ross (Ketua Bahagian Perpustakaan Digital) dan Encik Khairul Asyrani B. Sulaiman (Pegawai Teknologi Maklumat, Ketua Bahagian Automasi Perpustakaan). Terima kasih Perpustakaan UPSI yang berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang sangat berharga. Semoga berkekalan perkongsian kepakaran dalam meningkatkan tahap perkhidmatan Perpustakaan Akademik di Malaysia.






Link Berkaitan : https://www.facebook.com/pustakaupsi/posts/22-disember-2020-upsi-digital-library-kompleks-akademik-telah-menerima-kunjungan/3721626457896430/

Sunday, November 22, 2020

Mobile App @ PTAR versi 3.2.2

 Sempena lawatan kerja Ketua Pustakawan UiTM Ts. Noor Hidayat Bin Adnan ke Perpustakaan UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat pada 21 - 22 September 2020, aplikasi Mobile App @ PTAR versi 3.2.2 telah mula digunakan dan dimaklumkan kepada warga kampus



Lawatan Ketua Pustakawan UiTM Ts. Noor Hidayat Bin Adnan ke Perpustakaan Tun Dr. Ismail UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat.




Monday, October 5, 2020

Government agencies go digital to improve operational efficiency and user productivity

 


Kepentingan penggunaan DDMS 2.0 telah diperluaskan di seluruh agensi negara. Perpustakaan UiTM juga telah mengorak langkah yang sama bagi tujuan tersebut. Semoga inisiatif ini akan menjadi pemangkin kepada universiti ke arah pendigitalan negara


Thursday, October 1, 2020

My Knowledge Management versi Baharu

 

Antaramuka Portal MyKM versi 3.0 bagi memenuhi pelan perancangan strategik 
Perpustakaan UiTM 2020-2025


Perpustakaan UiTM telah memperkenalkan sistem My Knowledge Management bagi menyokong halatuju dan keperluan strategik teras Quality Education dan strategic theme Education 5.0. Untuk itu, penambahbaikan sistem ini yang berasal dari sistem EKMS (formerly known) sejak tahun 2006 telah dinaiktaraf bagi memenuhi keperluan konsep personalization. 

Wednesday, September 30, 2020

Peningkatan Ranking of Web Repositories

 


Kedudukan ranking of web repositories UiTM sekali lagi telah meningkat naik dari kedudukan 258 kepada 219 dunia. Semoga kejayaan ini akan memberi peransang untuk perpustakaan bersama-sama penyelidik UiTM meningkatkan visibiliti hasil penyelidikan Universiti.

Wednesday, August 26, 2020

Lawatan Kerja Penandaarasan Perpustakaan USIM Ke Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam

 Lawatan Kerja Penandaarasan Perpustakaan USIM Ke Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam

26 Ogos 2020 Shah Alam

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menerima lawatan kerja daripada delegasi Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 2, PTAR. Seramai 7 orang pegawai Perpustakaan USIM diketuai oleh Puan Nor Azzah Momin selaku Ketua Pustakawan telah menghadiri lawatan kerja ini dan diraikan oleh Ketua Pustakawan PTAR, Ts. Noor Hidayat bin Adnan.

Tujuan lawatan kerja ini adalah sebagai penandaarasan pengurusan pengetahuan (KM) serta perkongsian ilmu.  Ts. Hj. Azizi bin Jantan Ketua Jabatan Perpustakaan Digital (JPD), bersama Tn Haji Ahmad Faizar bin Jaafar, Ketua Unit Web dan Pembelajaran Digital telah membuat pembentangan dan penerangan mengenai pembangunan dan pengurusan KM Perpustakaan Tun Abdul Razak. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada warga USIM khususnya barisan pengurusan Perpustakaan USIM.




Friday, August 7, 2020

Taklimat Latihan TOT AR VR - ClassVR

Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam telah mengadakanTaklimat dan Latihan TOT AR VR bagi produk ClassVR CPD Training  kepada Staf PTAR

Tarikh : 6 Ogos 2020 (Khamis)
Waktu  : 10.00 pagi - 1.00 tgh
Lokasi : Makamal Pusat IT , PTAR Utama UiTM, Shah Alam
Anjuran : Unit Web dan Pembelajaran Digital, Jabatan Perpustakaan Digital, Perpustakaan Tun Abdul Razak,  Universiti Teknologi MARA

CPD - Continuing Professional Development

https://www.classvr.com/education-virtual-reality-training/classvr-online-continuing-professional-development-course/

https://portal.classvr.com/classvr/login.cfm











Wednesday, August 5, 2020

Penerangan kepada Naib Canselor UiTM mengenai Perpustakaan Digital UiTM

 


Penerangan berkaitan  Perpustakaan Digital UiTM kepada  Naib Canselor UiTM, Ybhg Prof Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim semasa  berkunjung ke Galeri Pameran  sempena  Pelancaran Pameran Hari Kebangsaan peringkat Perpustakaan Tun Abdul Razak, pada 5 Ogos 2020.

Wednesday, July 15, 2020

Peningkatan Ranking Web of Repositories UiTM

Perpustakaan UiTM telah berjaya menjalankan tanggungjawab memelihara bahan harta intelek Universiti melalui repositori institusi Universiti. Repositori ini telah diukur dan mempunyai kedudukan ranking diperingkat dunia. Untuk itu, bagi pencapaian pada Julai 2020, IR UiTM telah berjaya menduduki ranking 258 berbanding 284 sebelumnya.



Wednesday, July 8, 2020

Penambahbaikan Portal Local Content Hub

Setelah pilot projek melalui local content hub dengan Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, PTAR telah meluaskan akses bahan-bahan local content hub ini kepada fakulti lain di UiTM