Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Wednesday, October 10, 2018

Pembangunan Sistem Arkib Universiti UiTM

 

Perasmian Bengkel oleh Ketua Pustakawan UiTM En. Noor Hidayat Bin Adnan

Pada 10 hingga 12 Oktober 2018 bertempat di ILD UiTM, Nilai, pasukan teknikal dan pemilik proses Jabatan Arkib Universiti telah menghadiri Bengkel Metadata Sistem Arkib Universiti. Bengkel ini penting untuk team teknikal mengenalpasti medan-medan yang diperlukan mengikut keperluan jabatan arkib yang berpandukan kepada ISAD G (International Standard Archival Description) 2nd.

Bengkel ini dikendalikan oleh pensyarah dari Fakulti Pengurusan Maklumat antaranya Prof. Madya Dr Aliza, Prof Madya Dr. Azman Mat Isa, Dr. Wan Abdul Malek Wan Abdullah





Tuesday, May 15, 2018

Penggunaan Portal Local Content Hub

Jabatan telah membangunkan repositori local content hub perpustakaan UiTM. Pada awalnya, projek ini bermula dengan pembangunan repositori untuk Fakulti Perladangan dan Agroteknologi Universiti Teknologi MARA. 

Ketua Pustakawan UiTM En Noor Hidayat Adnan telah membuat mesyuarat bersama Dekan Fakulti Perladangan dan Agroteknologi Universiti Teknologi MARA Prof. Madya Dr. Asmah Awal pada 15 Mei 2018 bertempat di Perpustakaan UiTM Kampus Jasin


Repositori ini telah dibangunkan oleh Bahagian Sistem Repositori Perpustakaan UiTM yang diketuai oleh En Mohd Izwan Salim, Pustakawan Kanan

En Izwan sedang menerangkan pembangunan repositori kepada pengurusan 
Fakulti Perladangan dan Agroteknologi









Tuesday, April 10, 2018

Lawatan Kerja Delegasi PTAR ke 5 Buah Perpustakaan di Negara China

 












Pembayaran Tanpa Tunai @ Cashless

Lawatan Kerja ke Perpustakaan Negara China



Pihak pengurusan PTAR telah menghantar delegasi PTAR ke negara China untuk melihat perkembangan perkhidmatan perpustakaan dan penggunaan QR Code yang boleh dijadikan sebagai amalan terbaik di UiTM.

Pada 10 -16 April 2018, delegasi ini telah menjalankan lawatan tersebut kepada 5 buah Perpustakaan di China. 

1. Tsinghua University
2. Peking University
3. National Library of China
4. Tianjin Library
5. Beijing Foreign Study University

https://fortune.com/2021/01/26/china-going-cashless-central-bank/

https://ptar.uitm.edu.my/libguide/subjects/guide.php?subject=cashless

Monday, April 9, 2018

Lawatan Penanda Arasan MARDI ke PTAR UiTM Shah Alam

Lawatan Penanda Arasan oleh pihak MARDI ke Perpustakaan Digital PTAR UiTM Shah Alam

Tempat : Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
Tarikh : 09 April 2018 (Isnin)
Masa : 10.00 pagi – 12:00 Tgh
Bil. Peserta/Pelawat : 22 orang

Pembentangan dan perkongsian kepakaran berkaitan Perpustakaan Digital dan Pengurusan Pendigitan Bahan telah dikongsikan oleh Tn Hj Ahmad Faizar Jaafar Pustakawan Kanan dan Pn Rizana selaku Ketua Unit Pendigitan Bahan Perpustakaan








Monday, March 5, 2018

Lawatan Penandaarasan aplikasi e-Wallet / Cashless Boost oleh Delegasi Bahagian Pentadbiran GOAL-ITQAN, USIM ke Perpustakaan UiTM

 


Pada 5 Mac 2018 baru-baru ini Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Utama , UiTM Shah  Alam Selangor telah mernerima lawatan penandaarasan dari delegasi Bahagian Pentadbiran GOAL-ITQAN, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)  


Delegasi ini diketuai oleh YBhg Prof. Madya Dr. Mohd Zalisham Jali, Pengarah, Pusat Pembelajaran Akses Terbuka Global, Teknologi Imersif & Jaminan Kualiti (GOAL ITQAN). 

Antara objektif lawatan ini adalah bagi mendapatkan pengalaman pihak Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM di dalam pelaksanaan aplikasi dompet elektronik, e-Wallet / Cashless Boost kerana Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Utama  Shah Alam  telah dipilih untuk menjadi lokasi pertama dalam projek dompet elektronik, e-Wallet / Cashless UiTM seterusnya menjadi Perpustakaan Pertama menerima  pembayaran tanpa tunai melalui e-wallet  Boost.

Para delegasi telah disambut oleh En Mohd Alfarabie Bin Mohd Nasir, Pustakawan Kanan (Ketua Unit) Bahagian Pengurusan Koleksi merangkap Pegawai Perhubngan Korporat Perpustakaan UiTM. Manakala taklimat mengenenai aplikasi dompet elektronik, e-Wallet / Cashless Boost telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar Pustakawan Kanan (Ketua Unit) Pembangunan Aplikasi Dan Web.

Berikut foto sekitar taklimat dan lawatan  Penandaarasan:






















Monday, January 22, 2018

Majlis Perasmian Cashless@UiTM

 Pada 22 Januari 2018, telah berlangsung Majlis Perasmian Cashless@UiTM bertempat di UiTM Selangor Kampus Sungai Buloh.Majlis ini telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi,YB Dato Sri Idris Jusoh.


Kerjasama strategik antara UiTM dan syarikat pembangun aplikasi dompet elektronik Boost, akan diguna pakai di semua kampus negeri UiTM seluruh negara.UiTM kini bersedia menjadi kampus terbesar yang menjalankan urusan tanpa tunai dan tanpa kad di Malaysia.

Pihak Perpustakaan UiTM telah terlibat secara terus dalam projek ini untuk memastikan perkhidmatan di kaunter Perpustakaan ke arah Cashless Campus