Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Tuesday, November 30, 2010

BENGKEL “FACULTY COURSE OUTLINE RESOURCES @ PTAR” (FCORP) dan E-SHELF @ PTAR




 
Satu BENGKEL “FACULTY COURSE OUTLINE RESOURCES @ PTAR” (FCORP) dan E-SHELF @ PTAR” SIRI 1 , diadakan pada tarikh dan lokasi seperti berikut:
Tarikh: 29 November – 1 Disember 2010
Tempat: Pusat IT , PTAR 1


Staf JPSTM, PTAR yang terlibat ialah:
En. Ahmad Faizar Jaafar sebagai Penceramah
Pn. Jaamayah Kosnan sebagai Fasilitator
Pn. Wan Izzatul Fahrah Fasilitator
Tn. Hj. Azizi Jantan sebagai Peserta.



Latarbelakang Projek Faculty Course Outline Resources @ PTAR (FCORP)Ia merupakan salah satu penambahbaikan perkhidmatan yang akan diperkenalkan yang dikendali sendiri oleh Jawatankuasa Faculty Course Outline Resources @ PTAR (FCORP).


PTAR akan melaksanakan konsep personal touch yang merujuk kepada kaedah di mana portal PTAR menjadi pusat bagi warga UiTM khususnya para pensyarah dan pelajar untuk mendapatkan bahan maklumat dan rujukan yang diperlukan dalam proses pembelajaran dan penyelidikan secara terus berdasarkan kepada course outline setiap fakulti. Konsep ini juga membolehkan satu tempat kebolehaksesan kepada sumber-sumber perpustakaan seperti Buku Teks, Buku Rujukan Tambahan, E-Books, E-Jurnal, Jurnal Bercetak,   Koleksi Digital – Kertas Soalan Peperiksaan,  UiTM Union Lists of Serials dan Web Resources.


Penambahbaikan perkhidmatan seterusnya adalah berdasarkan kepada tajuk-tajuk bahan/buku yang terdapat di dalam koleksi PTAR. Projek ini di namakan E-Shelf @ PTAR. Projek ini adalah sebagai petunjuk sumber/buku bagi dapatan lokasi bahan dirak yang boleh dilihat secara dalam talian. 


Dengan terlaksananya kedua-dua projek tersebut, diharap melalui konsep ini, dapat menjadikan setiap portal PTAR dan portal perpustakaan fakulti sebagai rujukan asas untuk pembelajaran dan pengajaran kepada pengguna. 

Objektif
Faculty Course Outline Resources @ PTAR (FCORP) merupakan salah satu penambahbaikan perkhidmatan yang akan diperkenalkan yang dikendali sendiri oleh Jawatankuasa Faculty Course Outline Resources @ PTAR (FCORP).

Melalui program ini, beberapa objektif telah dikenalpasti bagi menyokong proses pengajaran  dan  pembelajaran dan penyelidikan di kalangan warga UiTM:
Mempakejkan bahan rujukan mengikut ‘course outline’ setiap fakulti.

Memudahkan pencarian maklumat kepada pengguna PTAR.

Mekanisma yang sesuai untuk memperkenalkan koleksi PTAR.

Memudahkan pencarian sumber/buku di rak dengan membuat hyperlink dalam sistem ILMU kepada plan lantai rak.