Google Analytic

Thursday, August 18, 2022

Bengkel Pemantapan Kandungan Digital Repositori

  Pihak PTAR telah menyediakan pelbagai inisiatif servis digital bagi membantu staf dan pelajar serta pengguna luar. Salah satu inisiatif tersebut ialah Digital Repositori. Bagi memastikan staf PUiTM yang bertanggungjawab dengan kandungan Digital Repositori seragam dan mendapat informasi terkini, bengkel ini telah diadakan.

Objektif utama bengkel ini ialah untuk:

  1. Memperkasakan peranan setiap Pendeposit/ Depositor bahan Harta Intelek UiTM
  2. Membentangkan garis panduan bagi pengendalian bahan repositori melalui dokumen Penetapan Repositori Institusi
  3. Memantapkan kemahiran staf yang terlibat dalam proses muat naik bahan repositori
  4. Memberi pendedahan terhadap format metadata yang bersesuaian bagi bahan digital  
  5. Memastikan kaedah dipraktikkan oleh seluruh PUiTM mematuhi standad yang seragam

Tarikh: 16-17 Ogos 2022 (Selasa dan Rabu)
Tempat: Pusat IT, PTAR Shah Alam
Peserta: Staf Perpustakaan UiTM (PUiTM) yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Pelaksana yang terlibat dengan kandungan digital Repositori Institusi Universiti 

Bengkel telah dimulai dengan taklimat oleh Tuan Ts. Haji Azizi B. Jantan selaku ketua Jabatan Perpustakaan Digital.

Penceramah pada hari pertama dan kedua ialah En. Mohd Izwan Salim dan Pn. Norhamimi Othman dan tambahan penceramah pada hari kedua iaitu Pn. Ummi Halimatunssaadiyya dan En. Shamsul Yuzli. 






Pautan social media - https://www.facebook.com/perpustakaanuitm/posts/5483929844976476

0 comments:

Post a Comment