Google Analytic

Tuesday, October 26, 2021

Perpustakaan UPI Menjadi Tuan Rumah kepada Webinar International 2021 “Optimizing Open Access Initiatives as Learning Resources in Higher Education”.

 

Pada tarikh 25 Oktober 2021, Perpustakaan UPI telah mengadakan webinar berkelas antarabangsa bertajuk “Optimizing Open Access Initiatives as Learning Resources in Higher Education”. Program ini merupakan sebahagian daripada sambutan perayaan ulangtahun Perpustakaan UPI ke 67  yang jatuh pada tanggal 20 Oktober 2021. Program ini diharapkan menjadi tradisi Universiti Pendidikan Indonesia didalam menambah nilai kepada universiti dari segi ilmiah, pendidikan dan keagamaan.

Webinar ini menjemput para panel yang berpengatahuan di dalam bidang Inisiatif Akses Terbuka dan perlaksanaan teknikal di universiti mereka. Aktiviti ini telah dirasmikan oleh Ketua Perpustakaan, Dr. Riche Cynthia Johan, M.Sc., yang menyerahkan laporan penyediaan dan pelaksanaan aktiviti. Diikuti dengan Ucapan Perasmian oleh Naib Canselor Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, Prof. Dr. Didi Sukyadi, M.A. Beliau menekankan betapa pentingnya untuk terus berinovasi dan berkhidmat kepada negara di tengah-tengah bajet yang sempit dan keadaan pandemik. Selain menyampaikan ucapan, beliau turut merasmikan perkhidmatan terbaharu Perpustakaan UPI iaitu OALIB (Perpustakaan Akses Terbuka). Selain itu, ucapan turut disampaikan oleh Setiausaha Agung Pengurus Pusat Forum Perpustakaan Perguruan Tinggi Indonesia, Amirul Ulum, S.Sos. ,M.Hum., yang mengucapkan selamat ulang tahun ke-67 UPI dan perasmian perkhidmatan OALIB UPI.

Panel pertama ialah Dwi Fajar Saputra, S.Sos., M.M., dari Difoss Development Team, yang mengembangkan software repositori SETIADI,   yang juga merupakan personil help desk Onesearch.id. Panel kedua ialah Ts Hj. Azizi bin Hj. Jantan, yang merupakan Ketua Jabatan Perpustakaan Digital, PTAR UiTM Shah Alam. Beliau banyak menerangkan pengalaman beliau dan kumpulannya mengembangkan open access  yang bernama Open Access Discovery di UiTM. Dari permulaan idea, software, perancangan interface, penentuan alamat laman dan sehingga data yang akan di ambil. Hj. Azizi juga menyatakan bahawa walaupun banyak definisi dari layanan open access, yang terpenting dan perlu diberi keutamaan adalah kefahaman yang “Access is free, shared with no restriction, and able to be transformed into something new”. Panel ketiga dan yang terakhir ialah Ketua Perpustakaan UPI, Dr. Riche Cynthia Johan, M.Si. yang memaparkan persiapan Perpustakaan UPI dalam memperkenalkan layanan OALib. Ide OALib muncul dari keinginan Perpustakaan UPI dalam memenuhi keperluan pengguna tanpa sekatan terutamanya di masa pandemik.



Webinar Antarabangsa pada tahun 2021 ini telah disertai oleh 427 peserta yang berasal dari pelbagai daerah di Indonesia, dan pelbagai jenis institusi perpustakaan. Webinar ini juga dihadiri oleh salah satu pionir Open Access dan Open Science di Indonesia, iaitu Dr.Dasapta Erwin Irawan, S.T., M.T. Webinar ini juga terlaksana hasil daripada kerjasama yang baik antara pihak Perpustakaan UPI, Perpustakaan UiTM dan FPPTI Jabar. Di akhir sesi, moderator menutup dengan sebuah ingatan yang cukup penting untuk diingati, iaitu untuk menjayakan gerakan open access ini, kita tidak boleh bergerak sendirian, `libraries and librarians need to work hand in hand to make it work'. Perkara ini juga seiring dengan tagline Perpustakaan UPI iaitu “Bangkit-Bersinergi”.




 

 

*Petikan ini telah diambil dari: 

https://berita.upi.edu/perpustakaan-upi-selenggarakan-webinar-international-2021-optimizing-open-access-initiatives-as-learning-resources-in-higher-education/

0 comments:

Post a Comment