Bahagian Repositori & Sains Terbuka telah mengadakan satu Bengkel Pemantapan Kandungan Digital Repositori. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk:
-  Memperkasakan peranan setiap Pendeposit / Depositor bahan Harta Intelek UiTM
 - Membentangkan garis panduan bagi pengendalian bahan repositori melalui dokumen Penetapan Repositori Institusi
 - Memantapkan kemahiran staf yang terlibat dalam proses muat naik bahan repositori
 - Memberi pendedahan terhadap format metadata yang bersesuaian bagi bahan digital
 - Memastikan kaedah dipraktikkan oleh seluruh PUiTM mematuhi standad yang seragam
 
Informasi berkaitan dengan kursus tersebut seperti dibawah:
Tarikh: 12 - 13 Jun 2023 (Isnin – Selasa)
Tempat: Pusat IT, PTAR, UiTM Shah Alam
Peserta: Staf Perpustakaan UiTM (PUiTM) yang terdiri daripada Kumpulan   Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Pelaksana yang terlibat dengan kandungan digital Repositori Institusi Universiti seramai 35 Orang
Penceramah:  i) Mohd Alfarabie Mohd Nasir
                     ii) Norhamimi Othman
                     iii) Ummi Halimatunssaadiyya Shamsul Yuzli  
 Gambar disekitar bengkel: