Google Analytic

Tuesday, November 24, 2026

Ke Arah Perpustakaan Pintar : Lawatan Penandaarasan BPDI UiTM ke CelcomDigi AiX



SHAH ALAM, 23 November 2026 – Bagi memastikan perkhidmatan perpustakaan terus kekal relevan dan seiring dengan arus teknologi semasa, Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI), Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mengadakan lawatan penandaarasan ke CelcomDigi AI Experience Centre (AiX) baru-baru ini.
Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada usaha proaktif pihak BPDI dalam mendapatkan pendedahan secara langsung tentang bagaimana teknologi kecerdasan buatan (AI) diaplikasikan dalam operasi organisasi sebenar. 
Tumpuan utama diberikan kepada penerokaan solusi pintar yang berpotensi diadaptasi bagi menambahbaik proses kerja serta meningkatkan kualiti perkhidmatan perpustakaan digital UiTM.
Rombongan seramai lapan orang warga kerja BPDI ini diketuai oleh Pengarah Bahagian Perpustakaan Digital, Dr. Hjh. Zalifah Awang Zakaria, bersama barisan pegawai dan kakitangan yang terlibat secara langsung dalam pembangunan digital PTAR:
  • Hj. Mohd Izwan bin Salim – Timbalan Ketua Pustakawan (KUP)
  • Pn. Wan Izzatul Fahrah binti Wan Ishak – Pegawai Teknologi Maklumat Kanan
  • En. Mohamad Amarfarhan bin Aminuddin – Pustakawan
  • Pn. Nurul Atika binti Harud Din – Pustakawan
  • Pn. Ida Laila binti Ishak – Pustakawan
  • En. Mohd Faizal bin Sawardi Lukman – Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
  • En. Shahrul Hairy bin Shaharuddin – Pembantu Pustakawan Kanan
Sepanjang berada di pusat pengalaman tersebut, delegasi rombongan BPDI diberi peluang menguji dan meninjau pelbagai aplikasi berteraskan AI serta automasi pintar yang merentasi pelbagai sektor. 
Pengalaman secara hands-on ini ternyata membuka mata dan memberi gambaran yang lebih jelas tentang bagaimana gabungan teknologi terkini mampu memudahkan serta memberikan perkhidmatan yang lebih pantas kepada pelanggan.
Pihak BPDI PTAR UiTM berharap agar kunjungan ini menjadi titik tolak kepada tercetusnya lebih banyak usaha kearah penambahan idea baharu serta membuka pintu kolaborasi strategik pada masa akan datang. 
Usaha ini juga membuktikan komitmen berterusan PTAR dalam memacu transformasi digital, demi memastikan seluruh warga UiTM mendapat akses dan perkhidmatan perpustakaan yang terbaik.



























0 comments:

Post a Comment