Collaborative Teaching PTAR & Fakulti Pengurusan Maklumat
Pada pengajaran kolaboratif (Collaborative Teaching) sesi kali ini , pihak JPD telah diwakili oleh Tuan Haji Ahmad Faizar, Pustakawan Kanan, Bahagian Pembelajaran Perpustakaan Digital untuk berkongsi maklumat dan kepakaran.
Masa : 2.00 petang - 3.30 petang
Platform : Google Meet
Program Collaborative Teaching ini bermula apabila pihak Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Perdana telah mempelawa pihak PTAR untuk turut sama menyumbang kepakaran dalam sesi pengajaran kolaboratif (Collaborative Teaching).
Pengajaran kolaboratif adalah salah satu daripada inisiatif pihak UiTM dalam memperkasakan proses pengajaran dan pembelajaran. Melaluinya mahasiswa akan berpeluang untuk mendapat pendedahan dari luar terutamanya industri. Disamping itu, inisiatif ini dapat mengeratkan jalinan fakulti dengan industri dan alumni.
Sesi awal perbincangan Collaborative Teaching pada 12 Februari 2022
Foto sekitar Collaborative Teaching : Selection and Evaluation of Library Technologies