Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Wednesday, July 8, 2020

Penambahbaikan Portal Local Content Hub

Setelah pilot projek melalui local content hub dengan Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, PTAR telah meluaskan akses bahan-bahan local content hub ini kepada fakulti lain di UiTM



Friday, June 26, 2020

LIVE@PTAR INTERNATIONAL : “PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK PENGURUSAN DAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN SEMASA PANDEMIK COVID-19

 



LIVE@PTAR INTERNATIONAL : “PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK PENGURUSAN DAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN SEMASA PANDEMIK COVID-19 ANTARA PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK UITM (MALAYSIA), PERPUSTAKAAN UNIVERSITAS NEGERI SEMARANG (INDONESIA), DAN PERPUSTAKAAN INSTITUT TEKNOLOGI BANDUNG, INDONESIA. ”|26 Jun 2020 Oleh: Mohd Ismail Bin Abidin. Timbalan Ketua Pustakawan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam telah menganjurkan Program Live@PTAR International bertajuk Perkongsian Amalan Terbaik Pengurusan dan Perkhidmatan Perpustakaan semasa Pandemik Covid-19 antara Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM (Malaysia), Perpustakaan Universitas Negeri Semarang (Indonesia), dan Perpustakaan Institut Teknologi Bandung, Indonesia. Antara kupasan utama adalah perkongsian pengurusan dan penawaran perkhidmatan perpustakaan kepada pengguna, teknologi yang digunapakai dan persediaan dalam menghadapi pandemik. Program secara langsung menerusi Youtube dan Facebook Rasmi Perpustakaan ini telah mendapat tontotan lebih dari 3000 penonton dari dalam dan luar negara. Program ini dikendalikan oleh : En Jamalludin Sulaiman, Ketua Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan selaku moderator dan Panel jemputan terdiri daripada wakil Perpustakaan UiTM - Ts Tuan Haji Azizi Jantan, Ketua Jabatan Perpustakaan Digital, Perpustakaan UNNES - Mr. Mokhamad Zakaria Eko Handoyo, Kepala Perpustakaan UNNES dan Perpustakaan ITB - Dr.Eng. Yuli Setyo Indartono, Kepala UPT Perpustakaan ITB Untuk melihat semula rakaman program sila layari pautan Facebook Live : https://www.facebook.com/uitmrasmi/videos/936554400120730/ atau Youtube Live : https://www.youtube.com/watch?v=07ZKIbUButY

Friday, May 8, 2020

Webinar - Perkhidmatan Digital Perpustakaan UiTM


Sesi Webinar telah diadakan bagi memberi kefahaman kepada warga Perpustakaan UiTM berkaitan perkhidmatan digital Perpustakaan UiTM. Sesi ini perlu diberikan berikutan perubahan norma baharu (new normal) sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020

 

Thursday, April 30, 2020

Evolusi Web 1.0 kepada 3.0

 


Evolusi dan konsep Web 1.0, web 2.0, web 3.0 dan web 4.0 diterangkan oleh Tn Hj Ahmad Faizar Jaafar Pustakawan Kanan dari Unit Web, Perpustakaan Digital UiTM.


Wednesday, March 18, 2020

Penggunaan Sepenuhnya Perpustakaan Digital Sepanjang Penutupan Waktu Perkhidmatan Perpustakaan

 


Pada 18 Mac 2020, kerajaan telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Movement Control Order (MCO) dilaksanakan di Malaysia susulan kes COVID-19 yang meningkat. Justeru, waktu perkhidmatan perpustakaan telah ditutup kepada pengguna Perpustakaan. Bagi memastikan kelangsungan penggunaan perkhidmatan perpustakaan, maka pengguna telah menggunakan Perpustakaan  Digital UiTM sepenuhnya bagi membuat penyelidikan dan pembelajaran

Peranan Perpustakaan Digital dalam PKP 1.0

 Kerajaan mengumumkan bahawa pada 18 Mac 2020 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh negara. Perkara ini penting dalam membendung wabak COVID-19 yang melanda negara.

Sepanjang norma baharu yang bakal ditempuh ini, maka Perpustakaan Digital akan memainkan peranan penting bagi menyediakan perkhidmatan Perpustakaan





Wednesday, March 4, 2020

Apa itu OAI - Open Access Iniative


The Open Archives Initiative develops and promotes interoperability standards that aim to facilitate the efficient dissemination of content. OAI has its roots in the open access and institutional repository movements. Continued support of this work remains a cornerstone of the Open Archives program. Over time, however, the work of OAI has expanded to promote broad access to digital resources for eScholarship, eLearning, and eScience

https://www.openarchives.org/

Sunday, March 1, 2020

Laman Web Baharu Perpustakaan UiTM

 


Perpustakaan UiTM telah melancarkan laman web baharu yang menggunakan perisian Joomla berdasarkan kepada keperluan oleh Bahagian Web Media, Jabatan Komunikasi UiTM. Semoga dengan penjenamaan dan pembaharuan laman web Perpustakaan UiTM ini akan dapat menambah baik penampilan UiTM secara maya dan seterusnya meningkatkan penggunaan secara digital.

Thursday, February 27, 2020

Lawatan Penandaarasan oleh Pengurusan Rekod dan Arkib dari Sel Pusat Rekod dan Arkib, TUDM

Penandarasan ini dijalankan bagi tujuan melihat pembangunan dan sistem arkib UiTM di Jabatan Arkib Universiti, PTAR UiTM Shah Alam

Tarikh : 27 Februari 2020

Masa : 10.00 pagi
Tempat : Jabatan Arkib Universiti, Perpustakaan Tun Abdul Razak

Tuesday, February 4, 2020

Latihan : Bengkel Pengurusan Kandungan Laman Web Perpustakaan Shah Alam Selangor 2020

 


Bengkel Pengurusan Kandungan Laman Web Perpustakaan Shah Alam Selangor 2020
Tarikh : 4- 6 Feb 2020
Tempat : Pusat IT, PTAR 1
Penyertaan terdiri dari Pustakawan dan Staf PTAR (Jumlah peserta: 25 orang)

Objektif Bengkel
1.Membangunkan Laman Baru 2020 Perpustakaan UiTM dan Perpustakaan

Fakulti
2.Mengemaskini serta memantapkan Laman Web Arkib Universiti dan Laman

Galeri TAR UiTM
3.Memberi tunjuk ajar menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam

pengurusan dan penyelenggaraan laman web terutama dari segi keselamatan.

Perpustakaan Tun Abdul Razak juga telah menyediakan laman web/portal perpustakaan bagi memudahkan pengguna membuat pencarian maklumat dan menggunakan perkhidmatan secara dalam talian dalam proses pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan mereka di universiti.

Bagi menjamin maklumat yang disampaikan adalah terkini dan sahih, laman web perlu diurus dan diselenggara serta dimantapkan dengan sistematik.

Maka satu Bengkel Pembangunan & Pemantapan Laman Web diadakan pada 4 – 6 Feb 2020 bagi membangunkan laman web baru serta memantapkan laman web yang sedia ada tersebut.


Like and follow us

https://twitter.com/uitmlibrary
https://www.instagram.com/libraryuitm/
https://perpustakaanuitm.blogspot.com/
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm
https://www.facebook.com/libraryuitm/

Monday, February 3, 2020

Penambahbaikan UiTM Institutional Repository

Penambahbaikan antaramuka dan pengurusan sistem repositori Institusi Universiti. 

Feel free to access our UiTM Institutional Repository through : https://ir.uitm.edu.my/

Read more:
https://library.uitm.edu.my/en/pages/upcoming-events/latest-at-ptar/108-news/353-ir


Chat With Librarian : https://ptar.uitm.edu.my/libchat/