Google Analytic

Monday, August 24, 2026

Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Semarakkan Semangat Patriotisme Warga Jabatan Perpustakaan UiTM Shah Alam




Majlis Penyerahan Jalur Gemilang PTAR UiTM Shah Alam

SHAH ALAM, 24 Ogos 2026 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam bakal menganjurkan Majlis Penyerahan Jalur Gemilang bersempena Kempen Kibar Jalur Gemilang bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap tanah air dalam kalangan warga UiTM.

Majlis yang dijadualkan berlangsung pada 24 Ogos 2026, jam 9.30 pagi ini akan disempurnakan oleh Ketua Pustakawan UiTM, YBrs. Tuan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan.

Antara pengisian majlis termasuk nyanyian Lagu Kebangsaan Negaraku dan lagu Wawasan Setia Warga UiTM, bacaan doa, ucapan serta sesi simbolik penyerahan Jalur Gemilang kepada wakil-wakil bahagian di PTAR.

Penyerahan Jalur Gemilang akan melibatkan enam bahagian, iaitu Bahagian Pengurusan Perpustakaan, Bahagian Arkib Universiti, Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan, Bahagian Sumber Rujukan Universiti, Bahagian Perpustakaan Digital 

Penganjuran majlis ini diharapkan dapat menyemarakkan lagi penghayatan terhadap nilai patriotisme, perpaduan dan kecintaan kepada negara, selaras dengan semangat Kempen Kibar Jalur Gemilang.

Ayuh kibarkan Jalur Gemilang, semarakkan semangat patriotisme! 🇲🇾

#KibarJalurGemilang #JalurGemilang #BulanKebangsaan #PTARUiTM #UiTMDiHatiku #MalaysiaMADANI


0 comments:

Post a Comment