LIVE@PTAR INTERNATIONAL : “PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK PENGURUSAN DAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN SEMASA PANDEMIK COVID-19 ANTARA PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK UITM (MALAYSIA), PERPUSTAKAAN UNIVERSITAS NEGERI SEMARANG (INDONESIA), DAN PERPUSTAKAAN INSTITUT TEKNOLOGI BANDUNG, INDONESIA. ”|26 Jun 2020
Oleh: Mohd Ismail Bin Abidin. Timbalan Ketua Pustakawan
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam telah menganjurkan Program Live@PTAR International bertajuk Perkongsian Amalan Terbaik Pengurusan dan Perkhidmatan Perpustakaan semasa Pandemik Covid-19 antara Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM (Malaysia), Perpustakaan Universitas Negeri Semarang (Indonesia), dan Perpustakaan Institut Teknologi Bandung, Indonesia. Antara kupasan utama adalah perkongsian pengurusan dan penawaran perkhidmatan perpustakaan kepada pengguna, teknologi yang digunapakai dan persediaan dalam menghadapi pandemik. Program secara langsung menerusi Youtube dan Facebook Rasmi Perpustakaan ini telah mendapat tontotan lebih dari 3000 penonton dari dalam dan luar negara.
Program ini dikendalikan oleh : En Jamalludin Sulaiman, Ketua Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan selaku moderator dan Panel jemputan terdiri daripada wakil Perpustakaan UiTM - Ts Tuan Haji Azizi Jantan, Ketua Jabatan Perpustakaan Digital, Perpustakaan UNNES - Mr. Mokhamad Zakaria Eko Handoyo, Kepala Perpustakaan UNNES dan Perpustakaan ITB - Dr.Eng. Yuli Setyo Indartono, Kepala UPT Perpustakaan ITB
Untuk melihat semula rakaman program sila layari pautan Facebook Live : https://www.facebook.com/uitmrasmi/videos/936554400120730/ atau Youtube Live : https://www.youtube.com/watch?v=07ZKIbUButY