Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Wednesday, September 30, 2020

Peningkatan Ranking of Web Repositories

 


Kedudukan ranking of web repositories UiTM sekali lagi telah meningkat naik dari kedudukan 258 kepada 219 dunia. Semoga kejayaan ini akan memberi peransang untuk perpustakaan bersama-sama penyelidik UiTM meningkatkan visibiliti hasil penyelidikan Universiti.

Wednesday, August 26, 2020

Lawatan Kerja Penandaarasan Perpustakaan USIM Ke Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam

 Lawatan Kerja Penandaarasan Perpustakaan USIM Ke Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam

26 Ogos 2020 Shah Alam

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menerima lawatan kerja daripada delegasi Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 2, PTAR. Seramai 7 orang pegawai Perpustakaan USIM diketuai oleh Puan Nor Azzah Momin selaku Ketua Pustakawan telah menghadiri lawatan kerja ini dan diraikan oleh Ketua Pustakawan PTAR, Ts. Noor Hidayat bin Adnan.

Tujuan lawatan kerja ini adalah sebagai penandaarasan pengurusan pengetahuan (KM) serta perkongsian ilmu.  Ts. Hj. Azizi bin Jantan Ketua Jabatan Perpustakaan Digital (JPD), bersama Tn Haji Ahmad Faizar bin Jaafar, Ketua Unit Web dan Pembelajaran Digital telah membuat pembentangan dan penerangan mengenai pembangunan dan pengurusan KM Perpustakaan Tun Abdul Razak. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada warga USIM khususnya barisan pengurusan Perpustakaan USIM.




Friday, August 7, 2020

Taklimat Latihan TOT AR VR - ClassVR

Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam telah mengadakanTaklimat dan Latihan TOT AR VR bagi produk ClassVR CPD Training  kepada Staf PTAR

Tarikh : 6 Ogos 2020 (Khamis)
Waktu  : 10.00 pagi - 1.00 tgh
Lokasi : Makamal Pusat IT , PTAR Utama UiTM, Shah Alam
Anjuran : Unit Web dan Pembelajaran Digital, Jabatan Perpustakaan Digital, Perpustakaan Tun Abdul Razak,  Universiti Teknologi MARA

CPD - Continuing Professional Development

https://www.classvr.com/education-virtual-reality-training/classvr-online-continuing-professional-development-course/

https://portal.classvr.com/classvr/login.cfm











Wednesday, August 5, 2020

Penerangan kepada Naib Canselor UiTM mengenai Perpustakaan Digital UiTM

 


Penerangan berkaitan  Perpustakaan Digital UiTM kepada  Naib Canselor UiTM, Ybhg Prof Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim semasa  berkunjung ke Galeri Pameran  sempena  Pelancaran Pameran Hari Kebangsaan peringkat Perpustakaan Tun Abdul Razak, pada 5 Ogos 2020.

Wednesday, July 15, 2020

Peningkatan Ranking Web of Repositories UiTM

Perpustakaan UiTM telah berjaya menjalankan tanggungjawab memelihara bahan harta intelek Universiti melalui repositori institusi Universiti. Repositori ini telah diukur dan mempunyai kedudukan ranking diperingkat dunia. Untuk itu, bagi pencapaian pada Julai 2020, IR UiTM telah berjaya menduduki ranking 258 berbanding 284 sebelumnya.



Wednesday, July 8, 2020

Penambahbaikan Portal Local Content Hub

Setelah pilot projek melalui local content hub dengan Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, PTAR telah meluaskan akses bahan-bahan local content hub ini kepada fakulti lain di UiTM



Friday, June 26, 2020

LIVE@PTAR INTERNATIONAL : “PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK PENGURUSAN DAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN SEMASA PANDEMIK COVID-19

 



LIVE@PTAR INTERNATIONAL : “PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK PENGURUSAN DAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN SEMASA PANDEMIK COVID-19 ANTARA PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK UITM (MALAYSIA), PERPUSTAKAAN UNIVERSITAS NEGERI SEMARANG (INDONESIA), DAN PERPUSTAKAAN INSTITUT TEKNOLOGI BANDUNG, INDONESIA. ”|26 Jun 2020 Oleh: Mohd Ismail Bin Abidin. Timbalan Ketua Pustakawan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam telah menganjurkan Program Live@PTAR International bertajuk Perkongsian Amalan Terbaik Pengurusan dan Perkhidmatan Perpustakaan semasa Pandemik Covid-19 antara Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM (Malaysia), Perpustakaan Universitas Negeri Semarang (Indonesia), dan Perpustakaan Institut Teknologi Bandung, Indonesia. Antara kupasan utama adalah perkongsian pengurusan dan penawaran perkhidmatan perpustakaan kepada pengguna, teknologi yang digunapakai dan persediaan dalam menghadapi pandemik. Program secara langsung menerusi Youtube dan Facebook Rasmi Perpustakaan ini telah mendapat tontotan lebih dari 3000 penonton dari dalam dan luar negara. Program ini dikendalikan oleh : En Jamalludin Sulaiman, Ketua Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan selaku moderator dan Panel jemputan terdiri daripada wakil Perpustakaan UiTM - Ts Tuan Haji Azizi Jantan, Ketua Jabatan Perpustakaan Digital, Perpustakaan UNNES - Mr. Mokhamad Zakaria Eko Handoyo, Kepala Perpustakaan UNNES dan Perpustakaan ITB - Dr.Eng. Yuli Setyo Indartono, Kepala UPT Perpustakaan ITB Untuk melihat semula rakaman program sila layari pautan Facebook Live : https://www.facebook.com/uitmrasmi/videos/936554400120730/ atau Youtube Live : https://www.youtube.com/watch?v=07ZKIbUButY

Friday, May 8, 2020

Webinar - Perkhidmatan Digital Perpustakaan UiTM


Sesi Webinar telah diadakan bagi memberi kefahaman kepada warga Perpustakaan UiTM berkaitan perkhidmatan digital Perpustakaan UiTM. Sesi ini perlu diberikan berikutan perubahan norma baharu (new normal) sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020

 

Thursday, April 30, 2020

Evolusi Web 1.0 kepada 3.0

 


Evolusi dan konsep Web 1.0, web 2.0, web 3.0 dan web 4.0 diterangkan oleh Tn Hj Ahmad Faizar Jaafar Pustakawan Kanan dari Unit Web, Perpustakaan Digital UiTM.


Wednesday, March 18, 2020

Penggunaan Sepenuhnya Perpustakaan Digital Sepanjang Penutupan Waktu Perkhidmatan Perpustakaan

 


Pada 18 Mac 2020, kerajaan telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Movement Control Order (MCO) dilaksanakan di Malaysia susulan kes COVID-19 yang meningkat. Justeru, waktu perkhidmatan perpustakaan telah ditutup kepada pengguna Perpustakaan. Bagi memastikan kelangsungan penggunaan perkhidmatan perpustakaan, maka pengguna telah menggunakan Perpustakaan  Digital UiTM sepenuhnya bagi membuat penyelidikan dan pembelajaran

Peranan Perpustakaan Digital dalam PKP 1.0

 Kerajaan mengumumkan bahawa pada 18 Mac 2020 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh negara. Perkara ini penting dalam membendung wabak COVID-19 yang melanda negara.

Sepanjang norma baharu yang bakal ditempuh ini, maka Perpustakaan Digital akan memainkan peranan penting bagi menyediakan perkhidmatan Perpustakaan