Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Monday, November 11, 2024

Perbincangan Perolehan ICT Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI) PTAR UiTM

Pada 7 November 2024, satu sesi perbincangan yang penting mengenai perolehan ICT telah diadakan di Bilik Perbincangan, Bahagian Perpustakaan Digital, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM.

Sesi ini dihadiri oleh semua pegawai di Bahagian Perpustakaan Digital, yang bertujuan untuk membincangkan keperluan perolehan ICT terkini bagi menyokong operasi serta pengurusan Perpustakaan Digital PTAR UiTM.

Perbincangan ini diadakan berikutan perkembangan teknologi yang semakin pesat, yang memerlukan perpustakaan digital untuk terus berada di barisan hadapan dalam menyediakan perkhidmatan yang efisien dan relevan. Dengan memperkenalkan perolehan ICT yang lebih canggih, PTAR UiTM berhasrat untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan kepada warga UiTM umumnya, termasuk pelajar, pensyarah, dan penyelidik.

Antara fokus utama dalam perbincangan tersebut adalah untuk mengenal pasti teknologi dan sistem ICT yang dapat meningkatkan kelancaran operasi serta memenuhi keperluan semasa pengguna. Dengan peningkatan sistem ICT, PTAR UiTM berupaya untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih pantas, efisien, dan relevan, sekali gus memperkukuh peranan perpustakaan digital dalam menyokong ekosistem pendidikan di UiTM. 

Secara keseluruhannya, sesi perbincangan ini menjadi platform yang penting bagi memastikan PTAR UiTM sentiasa berada di hadapan dalam memanfaatkan teknologi untuk manfaat penggunanya.





Wednesday, November 6, 2024

Announcement: Discontinuation of ProQuest Dissertations & Theses (PQDT) Global Subscription

 

Announcement: Discontinuation of ProQuest Dissertations & Theses (PQDT) Global Subscription

Dear UiTM Community,

Please be informed that effective 1 November 2024, UiTM will discontinue its subscription to ProQuest Dissertations & Theses (PQDT) Global. This decision comes as part of an ongoing assessment to optimize resources and align with the evolving needs of our academic community.

We understand that PQDT Global has been a valuable resource for accessing many dissertations and theses from universities worldwide. To support continued research, we encourage users to explore alternative databases available through UiTM Libraries, such as institutional repositories, open-access sources, and other databases that provide scholarly materials.

UiTM Thesis via UiTM Institutional Repository
Download full text via MyKM Portal

Open Access Thesis via Open Access Discovery

If you have any questions or need assistance locating resources, please contact our library support team. We appreciate your understanding and are committed to providing resources that best meet your research needs.

 


Upgrading from Eikon and Datasream to LSEG Workspace



Dear UiTM Library Users,

We are excited to announce that our library is upgrading from Eikon and Datastream to LSEG Workspace. This new platform will provide you with enhanced access to financial data and analytics and offer a more integrated and efficient experience, aligning with the latest economic research tools.

Key Details:Platform: LSEG Workspace (Replacing Eikon and Datastream). Download the desktop app here or access it online.
Access Date: Starting from November 2024
Features: Comprehensive market data, analytics tools, and real-time insights—all in a user-friendly environment tailored for advanced financial research.

We encourage all users to explore LSEG Workspace and experience its improved capabilities. For more information or assistance, don't hesitate to get in touch with our library support team.

Thank you for your continued commitment to using UiTM Library resources!

Best Regards,
UiTM Library Management

































LSEG Workspace has now been added to the list of online databases in the MyKM Portal.UiTM Digital Library




Additional Resources
Upgrading from Eikon to LSEG Workspace
Download LSEG Workspace
LSEG Learning Centre (Video Tutorial)
Workspace web access

Click Here For More Details


Friday, November 1, 2024

Penempatan 6 Orang Pelajar Praktikal Di Bahagian Perpustakaan Digital,Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)

Pada 1 November 2024 hingga 5 November 2024, enam orang pelajar praktikal akan menjalani penempatan di Bahagian Perpustakaan Digital.Pelajar tersebut adalah Hanik Aulia Azhani, Kavina Bi'izzika, Laila Fitriatin Nur Khasanah, Nabila Nur Azizah, Nihayatul Lu'lu'in Nihlah, dan Salwa Merta Althifannida.

Penempatan ini bertujuan untuk memberikan pengalaman praktikal kepada pelajar dalam mengendalikan sumber-sumber digital serta memahami operasi perpustakaan moden.

Taklimat telah diadakan di  bilik perbincangan Bahagian Perpustakaan Digital  dan disampaikan oleh Dr. Adlina Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan, bersama Encik Asraf Zamani Hazim, Pustakawan.

Taklimat tersebut telah diadakan sebelum penempatan bermula bagi memastikan pelajar-pelajar tersebut bersedia untuk menghadapi tugasan yang akan datang.

Penempatan pelajar praktikal ini penting dalam memberi  peluang kepada pelajar untuk mempraktikkan pengetahuan yang telah dipelajari dan juga untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang perpustakaan digital.

Dengan ini, diharapkan penempatan ini akan memberi manfaat kepada pelajar-pelajar terbabit dan juga kepada Bahagian Perpustakaan Digital dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan.












Tuesday, October 29, 2024

Cashless Initiative

 

Cashless Initiative

Alt Text

Cashlessin the Library

The UiTM Digital Library initiative has embraced a cashless approach, transforming users' interactions with library services. Now, all library transactions can be seamlessly completed using e-wallets, debit, or credit cards.

Additionally, users have the option to make payments through a secure online portal with a payment gateway, making the process even more accessible.

This cashless system simplifies and accelerates payment for library services and enhances security, offering a modern, user-friendly experience for everyone.

Do you know that now you can pay your library fine online?
The UiTM Librarian
  1. Login to MyKM Portal
  1. Menu My Account > Library Fine
*A fine of more than RM1 can be paid online, while less than RM1 can be paid at the library counter using a card or e-wallet.

My Knowledge Management (MyKM Portal)

 

Introducing MyKM v4 , an innovative platform tailored to create a personalized learning network for the UiTM community! With this latest version, explore customized dashboards and borderless knowledge sharing that will revolutionize how you learn and collaborate.

MyKM is designed for students to track their courses and subjects, and for academicians to monitor their research performance, making it easier for everyone to access personalized resources and stay connected with the knowledge-sharing ecosystem.

Start using MyKM v4 today and enjoy instant access to your learning tools, research data, and collaborative platforms.

Available across all UiTM campuses, MyKM can be accessed on your mobile device or desktop via the MyKM Dashboard. Check out the LibGuide to learn more: 👉 MyKM Dashboard Services > LibGuide > General Guides > My Knowledge Management (MyKM)
🔗 LibGuide Link

Whether you are a student seeking structured learning or an academician striving for research excellence, MyKM v4 has something for everyone. It’s your one-stop solution for a seamless educational journey!

Need help? Contact us at the Knowledge Management Section or use our Chat with Librarian service: 🔗 Chat with Librarian
Dr. Adlina Abdullah: adlin@uitm.edu.my
Ida Laila Ishak: idalaila@uitm.edu.my

Get on board with MyKM v4 today and experience the future of personalized education at UiTM

Tuesday, October 1, 2024

Sesi Libat Urus dan Perkhidmatan Perpustakaan Digital Bersama Pejabat Polis Bantuan

 Sesi Libat Urus dan Perkhidmatan Perpustakaan Digital Bersama Pejabat Polis Bantuan

Pada 1 Oktober 2024, Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak telah menganjurkan sesi libat urus dan perkhidmatan perpustakaan digital bersama Pejabat Polis Bantuan. Sesi ini diadakan di makmal komputer perpustakaan dengan penyertaan seramai 25 orang peserta. Program ini berlangsung dari pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang dan dikendalikan oleh penceramah berpengalaman, Puan Wan Rohani Wan Chin, Pustakawan Kanan, dan Puan Nurul Atika Harud Din, seorang pustakawan.

 

Tujuan utama sesi ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada staf HASA mengenai kewujudan perpustakaan digital serta pendedahan tentang perkhidmatan dan fungsi portal MyKM. Dengan memperkenalkan portal ini, peserta diharapkan dapat memahami lebih lanjut tentang kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan dan bagaimana ia boleh dimanfaatkan dalam tugasan harian mereka.

 

Selain itu, sesi ini juga bertujuan untuk menjalin hubungan baik dan kerjasama di antara perpustakaan dan jabatan. Melalui perbincangan yang dijalankan, peserta dapat memberikan maklum balas berkaitan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan. Input yang diterima adalah penting bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan agar lebih sesuai dengan keperluan pengguna.

 

Secara keseluruhan, sesi ini telah mencapai matlamatnya dengan baik, memberikan maklumat yang berguna kepada staf dan membuka ruang untuk kerjasama yang lebih erat antara perpustakaan dan Jabatan Farmasi HASA. Diharapkan, program-program seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang bagi meningkatkan kesedaran dan penggunaan perpustakaan digital dalam kalangan staf.




Wednesday, September 25, 2024

Bengkel Pembangunan Laman Web Perpustakaan UiTM Secara Berpusat

 

Bengkel Pembangunan Laman Web Perpustakaan UiTM Secara Berpusat

Pada 25 September 2024, satu bengkel khas bertajuk Bengkel Pembangunan Laman Web Perpustakaan Secara Berpusat telah diadakan secara atas talian menggunakan platform Google Meet. Bengkel ini disasarkan kepada pentadbir laman web (webmaster) dan pengurus laman web perpustakaan dari seluruh cawangan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Pustakawan automasi dari Unit Pembelajaran Digital , Mohd Izwan Salim dan Dr. Hajah Adlina Binti Abdullah, telah dijemput untuk membimbing peserta melalui pelbagai aspek teknikal dan pengurusan kandungan laman web perpustakaan.

Objektif utama bengkel ini adalah untuk memberi makluman tentang pembangunan laman web perpustakaan baharu, disertai dengan panduan pengurusan kandungan secara efisien. Selain itu, peserta juga diberi taklimat mengenai penetapan laman web bagi tujuan keseragaman dan kebolehgunaan yang lebih baik.

Bengkel yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang ini mengandungi dua sesi utama. Sesi pertama memfokuskan kepada pengurusan laman web menggunakan aplikasi Joomla, manakala sesi kedua pula memberikan panduan penulisan kandungan laman web dengan bantuan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Program ini penting bagi memastikan pentadbir laman web perpustakaan UiTM cawangan dapat mengurus dan memperbaharui laman web perpustakaan mereka dengan lebih efektif, seiring dengan keperluan digital yang semakin berkembang.

Dengan adanya bengkel ini, diharapkan setiap cawangan perpustakaan UiTM dapat memanfaatkan laman web baharu untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kepada pengguna.

Thursday, September 12, 2024

Sesi Libat Urus dan Perkhidmatan Perpustakaan Digital Bersama Jabatan Makmal Diagnostik Klinikal

 

Sesi Libat Urus dan Perkhidmatan Perpustakaan Digital Bersama Jabatan Makmal Diagnostik Klinikal

12 September 2024 | 08 Rabi’ulawal 1446H: Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR), Hospital Al- Sultan Abdullah, Kampus Cawangan Selangor pada kali ini telah melaksanakan sesi libat urus dan perkhidmatan Perpustakaan digital Bersama Jabatan Makmal Diagnostik, HASA. Sesi ini telah dijalankan bertempat di makmal komputer, Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, HASA.

 

Sesi ini telah diketuai oleh Puan Wan Rohani Wan Chin (Pustakawan Kanan) dan turut hadir bersama ialah Puan Nurul Atika Harud Din (Pustakawan). Agenda sesi libat urus tersebut terarah kepada perbincangan dalam memberi kesedaran tentang kewujudan perpustakaan digital kepada staf Jabatan Makmal Diagnostik serta memberi pendedahan tentang perkhidmatan dan fungsi portal MyKM yang boleh digunakan olah staf. Sesi libat urus ini juga dapat menjalinkan hubungan baik dan kerjasama di antara perpustakaan dan PTJ di HASA malah membincangkan dan mendapatkan maklum balas berkaitan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan bagi tujuan penambahbaikan.

 

Menerusi sesi yang dijalankan ini, diharapkan dapat mengukuhkan sinergi di antara kedua-dua pihak bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan yang dapat memberi manfaat kepada warga HASA.





Monday, August 12, 2024

Bengkel Transformasi AI Dalam Pengurusan dan Perkhidmatan Perpustakaan


Pada 12 Ogos 2024, satu bengkel bertajuk "Bengkel Transformasi AI Dalam Pengurusan dan Perkhidmatan Perpustakaan" telah diadakan di Makmal IT 2, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam. Bengkel ini berlangsung dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang dan dikendalikan oleh penceramah yang berpengalaman, Profesor Madya Ts. Dr. Syamsul Nor Azlan Mohamad, Pengarah Bahagian Pentaksiran dan Penilaian Akademik.

Tujuan utama bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada staf perpustakaan mengenai teknologi kecerdasan buatan (AI) yang semakin relevan dalam sektor pengurusan dan perkhidmatan perpustakaan. Melalui bengkel ini, peserta diajar tentang asas teknologi AI dan bagaimana ia boleh diintegrasikan dalam tugas harian mereka untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan perpustakaan.

Antara perisian yang dibincangkan dalam bengkel ini termasuk ChatGPT Prompting, Co-Pilot, Pixlr, InVideo, Suno, dan Gamma. Setiap perisian tersebut mempunyai keunikan tersendiri yang boleh dimanfaatkan dalam pelbagai aspek pengurusan perpustakaan, termasuk automasi, penghasilan kandungan digital, dan analisis data pengguna perpustakaan.

Salah satu objektif penting bengkel ini adalah untuk memastikan setiap peserta memahami cara mengaplikasikan teknologi AI secara praktikal. Dengan bimbingan Profesor Madya Ts. Dr. Syamsul Nor Azlan, peserta diberi peluang untuk berinteraksi secara langsung dengan perisian yang diperkenalkan, menjadikan pembelajaran lebih efektif dan interaktif.

Di akhir program, peserta diminta mengisi borang kehadiran sebagai syarat untuk menerima sijil penyertaan. Ini bukan sahaja bertujuan untuk merekod kehadiran, tetapi juga sebagai satu langkah untuk memastikan peserta mempunyai komitmen yang tinggi dalam usaha memperkasa kemahiran mereka dalam teknologi AI.

Bengkel ini adalah salah satu inisiatif penting UiTM untuk memperkukuh daya saing perpustakaan dalam era digital. Dengan pengenalan teknologi AI, perpustakaan di UiTM dijangka akan dapat menawarkan perkhidmatan yang lebih inovatif dan responsif terhadap keperluan pengguna, sekali gus mengekalkan relevansinya dalam persekitaran pendidikan tinggi yang sentiasa berubah.













Ulasan Berkaitan
Facebook Ketua Pustakawan UiTM

Sumber             : UiTM Library

Pautan Artikel    Klik Di sini

Wednesday, July 3, 2024

 [Perpustakaan Bergerak]

30 April 2024 | 21 Syawal 1445H

Pada 30 April 2024, Team Perpustakaan Bergerak PTAR telah menyertai program anjuran Raya Perdana NR yang diadakan di Dewan Melati MBSA, Seksyen 7, Shah Alam. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan perkhidmatan-perkhidmatan terbaru dari Perpustakaan Tun Abdul Razak kepada orang ramai, terutamanya warga kampus UiTM.

Beberapa perkhidmatan menarik telah diperkenalkan kepada para pengunjung, antaranya adalah:

  1. Perkhidmatan Digital dan Koleksi Terkini Perpustakaan
    Pengunjung berpeluang untuk melihat koleksi terbaru yang ditawarkan oleh perpustakaan, serta cara mudah untuk mengakses bahan-bahan bacaan secara digital melalui platform yang disediakan.

  2. Pengalaman Virtual Reality (VR)
    Team Perpustakaan Bergerak juga menyediakan pengalaman Virtual Reality (VR) bagi para pelajar dan pengunjung yang ingin merasai dunia maya dengan teknologi terkini. Ini adalah peluang hebat untuk mencuba sesuatu yang baru dan menarik!

  3. Perkhidmatan Pinjaman Buku "On the Spot"
    Para pengunjung juga berpeluang untuk meminjam buku secara langsung di lokasi program. Ini memudahkan mereka mendapatkan bahan bacaan tanpa perlu ke perpustakaan utama.

Kami berterima kasih kepada semua yang telah menyertai program ini dan berharap dapat bertemu lagi di lokasi hotspot seterusnya! Teruskan menyokong inisiatif perpustakaan bergerak untuk memudahkan akses kepada ilmu di mana sahaja!

#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
#mobilelibrary