Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menerima lawatan kerja penandaarasan daripada Perpustakaan Universitas Pendidikan Indonesia (UPI) secara atas talian menggunakan platform Zoom Meeting. Lawatan ini diketuai oleh Ketua Pustakawan iaitu Ibu Dr. Riche Cynthia Johan, M. Si serta beberapa pegawai perpustakaan dan diraikan oleh Ts. Hj. Azizi bin Jantan selaku Ketua Jabatan Perpustakaan Digital, Tn Hj Ahmad Faizar dan En. Ashraf Zamani.
Tujuan lawatan kerja penandaarasan ini adalah untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai pengurusan koleksi digital seperti yang telah diwujudkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak. Justeru, pihak PTAR amat berbesar hati berkongsi maklumat mengenai pengurusan koleksi digital akses terbuka (open access) dan laman web perpustakaan. Penekanan turut diberikan kepada tiga komponen Perpustakaan Digital PTAR iaitu perkhidmatan digital (digital service), koleksi digital (digital collection) dan proses digital (digital proccess). Di samping itu, proses pengindeksan bahan akses terbuka seperti Directory Open Access Journal (DOAJ), Directory Open Access Book (DOAB) dan lain-lain repositori institusi turut dikongsi bersama. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada seluruh warga Perpustakaan Universitas Pendidikan Indonesia (UPI).
http://perpustakaan.upi.edu/benchmarking-pengelolaan-koleksi-digital-open-access-dan-website-ptar-universitas-teknologi-mara-uitm-shah-alam-malaysia/
sumber :
Lawatan Kerja Penandaarasan Perpustakaan Universitas Pendidikan Indonesia (UPI) - UiTM Library
https://library.uitm.edu.my/en/pages/upcoming-events/latest-at-ptar/108-news/436-lawatan-upi
0 comments:
Post a Comment