Google Analytic

Thursday, February 24, 2022

Digital Chit Chat Series 2: Cashless

 
Program ini diadakan dengan tujuan untuk memberi informasi terkini serta Kemaskini Teknologi kepada warga Perpustakaan secara khususnya dan warga UiTM secara amnya. informasi berkaitan perkembangan semasa teknologi dan kemudahan digital yang terdapat di Perpustakaan UiTM pada waktu ini.
 
 
Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kefahaman tentang perkembangan teknologi digital semasa serta untuk meningkatkan tahap kopetensi warga UiTM terhadap penggunaan teknologi dan digitla di Perpustakaan UiTM. Program ini juga bertujuan untuk memberi kefahaman tentang Cashless dan kegunaannya khasnya di Perpustakaan UiTM dan amnya di UiTM.
 

 
Program ini telah diadakan pada hari Khamis, 24 Febuari 2022 pada jam 2.30 petang. Platform dalam talian Cisco Webex telah digunakan dan penceramah program ialah Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar, Pustakaan Kanan. Moderator program ini ialah Puan Siti Salwa binti A.Rahman, Pustakawan Kanan.
 
 
Berikut merupakan garis masa Cashless Digital Library UiTM
  • https://library.eitm.edu.my/en/digital-initiative/services/cashless
  • 22 Januari 2018: Fasa Pertama e-Wallet Boost - Majlis Perasmian Casless@UiTM https://perpustakaanuitm.blogspot.my/2018/01/sekitar-majlis-perasmian-cashlessuitm.html
  • Jan 2019 : Fasa Kedua - Pengguna Terminal Kad Debit/Kredit
  • Jan 2021 : Fasa Ketiga - Pembayaran Denda Perpustakaan Dalam Talian Melalui UiTMPay
  • Jan 2022 : Fasa Keempat - Pembayaran Keahlian Perpustakaan Dalam Talian Melalui UiTMPay 
Nantikan Penyelesaian Tanpa Tunai dimasa hadapan


*Bayaran Keahlian Perpustakaan Dalam Talian Melalui UiTMPay
Cara membuat pendaftaran ahli dan pembayaran Keahlian Luar Perpustakaan UiTM pergi ke https://mykm.uitm.edu.my/external/
ataupun terus ke halaman
https://mykm.uitm.edu.my/external/register.php



0 comments:

Post a Comment