Bersempena dengan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang disambut pada tarikh 23 April setiap tahun, Perpustakaan Negara Malaysia menerajui program “Jom Baca Bersama untuk 10 Minit di peringkat Kebangsaan. Untuk itu, Program “Jom Baca Bersama untuk 10 Minit” telah berlangsung secara serentak di seluruh negara bertujuan untuk menerapkan nilai dan budaya cinta membaca buku dan cinta akan ilmu.
Walaupun dunia telah berkembang pesat dengan kewujudan teknologi yang canggih, namun aktiviti membaca mesti diteruskan oleh setiap individu. Hanya melalui membaca maka pengetahuan (knowledge) akan dapat diperolehi dan boleh digunakan untuk sebarang penciptaan nilai. Pada tarikh 23 April 2022, dalam tempoh antara pukul 11.00 pagi hingga 11.10 pagi, semua individu, pejabat, persatuan dan komuniti digalakkan untuk berhenti sebentar daripada melakukan apa-apa juga pekerjaan atau aktiviti untuk membaca apa-apa juga bahan bacaan selama 10 minit. Pihak yang terlibat juga dialu-alukan untuk menghantar gambar atau video masing-masing dalam media sosial dengan slogan #MalaysiaMembaca.Program “Jom Baca Bersama untuk 10 Minit” yang mula diadakan pada tahun 2014 bermatlamat agar masyarakat Malaysia sebati dengan budaya membaca, seterusnya menjadikan tabiat suka membaca sebagai satu amalan hidup.
Maka itu, seharusnya usaha ini diangkat sebagai agenda penting dalam pembangunan negara dan perlu dijadikan fokus utama dalam usaha mentransformasikan pemikiran rakyat supaya cinta membaca buku dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai budaya membaca dan berilmu.
Layari pautan : Jom Baca Bersama 10 minit Perpustakaan UiTM
0 comments:
Post a Comment