Google Analytic

Friday, February 24, 2023

Bengkel Pembangunan Laman Web PTAR Virtual 2023


Kemudahan serta kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi digunakan oleh kebanyakan organisasi untuk meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pengguna diantaranya dengan menyediakan kemudahan laman web/portal masing-masing.

Perpustakaan Tun Abdul Razak juga telah menyediakan laman web/portal perpustakaan bagi memudahkan pengguna membuat pencarian maklumat dan menggunakan perkhidmatan secara dalam talian dalam proses pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan mereka di universiti.


Bagi memenuhi  Road Map PTAR 2023 mewujudkan PTAR Virtual 2023 maka satu Bengkel Pembangunan Laman Web PTAR Virtual telah diadakan pada 23 Feb 2023. Butiran bengkel sepertti dibawah:

Tarikh    : 23 Februari 2023 (Khamis)
Masa     : 09.00 pagi – 05.00 petang
Tempat  : Pusat IT, Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam
Anjuran : Bahagian Pembelajaran Perpustakaan Digital, Jabatan Perpustakaan Digital, PTAR

Objektif utama bengkel ini adalah untuk:
1.    Pengguna perpustakaan boleh mengalami suasana PTAR secara maya.
2.    Memperkenalkan pameran perkhidmatan perpustakakaan secara maya
3.    Menyampaikan maklumat secara maya kepada pengguna PTAR Virtual
4.    Mengaplikasi teknologi AR / VR

Kursus dimulakan oleh Tuan Hj. Ahmad Faizar Bin Jaafar sebagai Ketua Bahagian Pembelajaran Perpustakaan Digital. Beliau memberikan taklimat berkenaan projek PTAR Virtual yang akan dibangunkan pada tahun 2023 sebagai inisiatif PTAR.


Penceramah bengkel ini adalah En. Muhamad Nasrul,  Pembantu Pustakawan (S22) dan fasilitator oleh Pn.Hasnatul Sabarina Amer , Pen. Pegawai Teknologi Maklumat (FA29).


Gambar disekitar bengkel:



0 comments:

Post a Comment