Google Analytic

Monday, March 13, 2023

Bengkel Reka Letak Laman Web Baharu dan PTAR Virtual 2023


 Kemudahan serta kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi digunakan oleh kebanyakan organisasi untuk meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pengguna diantaranya dengan menyediakan kemudahan laman web/portal masing-masing.

 Perpustakaan Tun Abdul Razak juga telah menyediakan laman web/portal perpustakaan bagi memudahkan pengguna membuat pencarian maklumat dan menggunakan perkhidmatan
secara dalam talian dalam proses pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan mereka di universiti.

 Arahan Web Media UiTM semua laman Web UiTM perlu diseragamkan Penjenaman semula Laman Web Perpustakaan serta tambahan link GRU & SDG disamping insiatif PTAR Virtual, maka satu Bengkel Reka Letak Laman Web Baharu PUiTM 2023 telah diadakan pada 13, 14, 15 Mac 2023 bagi membangunkan pertukaran template baharu laman web serta pembangunan laman web virtual.

Objektif
1. Menstruktur semula Reka Letak Laman Web Baharu Perpustakaan Fakulti dan Perpustakaan Cawangan UiTM
2. Menyelaraskan dan menyeragamkan Laman Web Perpustakaan seluruh UiTM
3. Memberi tunjuk ajar pembangunan PTAR VIRTUAL menggunakan Open Source Pannellum

Informasi berkaitan bengkel adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 13-15 Mac 2023 (Isnin-Rabu)
  • Speaker 1: Ahmad Faizar B. Jaafar
  • Speaker 2: Hasnatul Sabarina Bt. Amer
  • Speaker 3: Muhamad Nasrul B. Hussain

Gambar disekitar bengkel:




0 comments:

Post a Comment