Google Analytic

Thursday, November 23, 2023

Hari Bertemu Pelanggan Bersama Kelab/Persatuan Pelajar UiTM Shah Alam

Pihak JPDg sekali lagi telah diundang untuk mengikuti Hari Bertemu Pelanggan Bersama Kelab/Persatuan Pelajar UiTM Shah Alam sebagai salah satu wakil PTAR. Program ini telah diketuai oleh Encik Shahrul Hairy B. Shahruddin dari Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan. Aktiviti ini telah berlangsung selama 2 hari, bertempat di Dewan Mawar Qaseh UiTM Shah Alam.

Hari Pertama:
Para petugas pada hari pertama seramai 4 orang. Bertolak dari PTAR Utama pada jam 8.30 pagi dan selesai menyiapkan booth pada jam 9.15 pagi. Program bermula jam 9.30 pagi dengan kehadiran para pelajar di dewan Qaseh.

Seramai 17 orang pelajar telah mencuba dan merasai pengalaman menggunakan set ARVR untuk hari pertama.

Hari Kedua:

Program hari kedua bermula jam 9.00 pagi. Untuk hari kedua pula, akan diadakan majlis pembukaan dan penutup oleh YBhg. Prof. Dr. Hj. Mohd. Sazili Shahibi selaku Timbalan Naib Canselor HEP. Majlis tersebut telah bermula pada jam 2.15 petang dengan kehadiran YBhg. Prof. Dr. Hj. Mohd. Sazili Shahibi. Selepas majlis tersebut, Ybhg Prof. sempat melawat semua booth di dalam dewan termasuk booth PTAR. YBhg. Prof. juga sempat mencuba set ARVR di booth PTAR.


Hari kedua tamat pada jam 4.00 petang dan selsai mengemas booth pada jam 4.30 petang. Alhamdulillah, program pada kali ini berjaya menarik seramai 40 orang pelajar untuk menggunakan set ARVR dan lebih dari 200 orang mengunjungi booth PTAR sepanjang 2 hari program. Berikut merupakan gambar disepanjang program:   

0 comments:

Post a Comment