Google Analytic

Tuesday, November 12, 2024

12 Orang Pelajar dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (MASSCOM) Merasai Pengalaman Pengunaan Peralatan VR (Virtual Reality)

 

12 Orang Pelajar dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (MASSCOM) Merasai Pengalaman Pengunaan Peralatan VR (Virtual Reality)

10 November 2024, seramai 12 orang pelajar yang telah dipimpin oleh En. Mohd Nur Najmi Bin Nuji, pensyarah dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (MASSCOM) Universiti Teknologi MARA telah berpeluang merasai pengalaman menggunakan peralatan realiti maya (VR).

Pelajar-pelajar berkenaan diberi peluang untuk merasai pengalaman menggunakan teknologi VR yang kini semakin popular dalam industri media dan komunikasi.

Bertempat di Bilik Experiential Library Space (ELS) PTAR Utama UiTM, Satu sesi taklimat ringkas penggunaan peralatan VR ini turut yang diberikan oleh En. Ak. Nasaruddin Bin Pg. Tajudin, Pembantu Pustakawan Kanan, dan En. Mohamad Fairuz Bin Abdul Rahim, Pembantu Pustakawan Dari Bahagian Perpustakaan Digital.

Pengalaman menggunakan peralatan VR memberi peluang kepada pelajar untuk memahami dan merasai sendiri bagaimana teknologi ini dapat digunakan dalam dunia komunikasi dan pengajian media. Ini juga membuka peluang kepada pelajar untuk meneroka pelbagai aplikasi VR dalam industri kreatif dan pendidikan.

Melalui program seperti ini, pelajar dapat memperkaya pengetahuan mereka tentang teknologi baru yang semakin berkembang dalam dunia komunikasi dan pengajian media.







 

 




0 comments:

Post a Comment