Pada 19 November 2024, 9.45 pagi, satu sesi perbincangan telah diadakan di Bilik Perbincangan, Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI), Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam.
Sesi perbincangan ini telah melibatkan beberapa orang pegawai di BPDI iaitu Dr. Hajah Adlina Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan, Encik Mohd Izwan Bin Salim, Pustakawan Kanan, Puan Norhamimi Binti Othman, Pustakawan Kanan, Encik Asraf Zamani Hazim, Pustakawan, Puan Ida Laila binti Ishak, Pustakawan, Puan Ja'amayah Binti Kosnan dan Puan Rapeah Binti Mohd Redzuan yang masing - masing merupakan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan di BPDI.
Antara agenda utama sesi perbincangan ini diadakan adalah untuk membincangkan perkembangan
isu-isu semasa dan berbangkit di BPDI serta
penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi meningkatkan pengalaman pengguna dalam
mengakses sumber-sumber digital di perpustakaan.
Secara keseluruhan, sesi perbincangan ini menjadi platform
penting untuk memperkukuhkan kerjasama antara pihak pengurusan dan staf BPDI dalam
usaha membangunkan perkhidmatan perpustakaan digital yang lebih efisien dan
relevan dengan perkembangan teknologi semasa.
Ia juga memberi peluang kepada semua yang terlibat untuk
memahami lebih mendalam mengenai cabaran dan peluang yang wujud dalam usaha
untuk memodernisasi sistem perpustakaan di UiTM.
0 comments:
Post a Comment