3 Jun 2026, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) 1 telah melaksanakan pemasangan peralatan RFID yang melibatkan Tagging Station di Kaunter Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan (BPPN) dan Workstation Bahagian Seksyen Rujukan Universiti (BSRU).
Bagi memastikan penggunaan teknologi RFID dapat dilaksanakan dengan berkesan, sesi ujilari peralatan (User Acceptance Test - UAT) dan latihan penggunaan peralatan RFID secara hands-on turut diadakan pada sebelah petang. Latihan ini melibatkan penyertaan staf daripada Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI), BPPN dan BSRU.
Selain penggunaan peralatan baharu, sesi latihan turut merangkumi penggunaan Gate Detection System sedia ada bagi memberikan pemahaman menyeluruh kepada staf berkaitan proses kerja RFID, termasuk penandaan bahan (tagging), pengesahan keselamatan bahan serta pengendalian peralatan yang berkaitan.
Pelaksanaan aktiviti ini merupakan satu langkah penting dalam memperkukuh transformasi digital perkhidmatan perpustakaan ke arah pengurusan koleksi yang lebih cekap, sistematik dan mesra pengguna.
Kredit Gambar oleh Staff BPDI




.jpeg)

0 comments:
Post a Comment