Sempena Syawal tahun 2026, seluruh warga Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga Universiti Teknologi MARA serta pengguna perpustakaan.
Ucapan ini dizahirkan oleh Dr. Hjh. Zalifah Awang Zakaria selaku Pengarah bersama barisan kepimpinan dan seluruh warga BPDI.
Dalam suasana Syawal yang penuh keberkatan ini, BPDI terus komited dalam menyediakan perkhidmatan digital yang berkualiti dan berterusan kepada semua pengguna. Walaupun dalam musim perayaan, sumber digital perpustakaan tetap tersedia bagi menyokong keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.
BPDI juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengguna atas sokongan berterusan terhadap perkhidmatan yang disediakan. Semangat kebersamaan dan hubungan erat antara perpustakaan dan para pengguna amat dihargai dan akan terus diperkukuhkan.
Akhir kata, semoga sambutan Aidilfitri tahun ini membawa kegembiraan, kebahagiaan dan keberkatan kepada kita semua.
Insya-Allah
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin







.jpeg)