The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.
MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.
UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.
With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.
Dengan penuh penghargaan, pihak Jabatan Perpustakaan UiTM merakamkan ucapan terima kasih dan Selamat maju jaya kepada Cik Nur Aliah Izyany binti Jufri atas segala jasa, komitmen dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat sebagai Pembantu Pustakawan di Bahagian Perpustakaan Digital, Jabatan Perpustakaan UiTM dari 17 September 2025 hingga 22 Oktober 2025.
Semoga pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan di UiTM menjadi bekalan berharga dalam perjalanan kerjaya dan kehidupan akan datang.
KUALA LUMPUR, 17 Jun 2025 – Dalam satu ucapan penuh semangat dan wawasan, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, telah merasmikan 19th CONSAL General Conference & Meeting (CONSAL XIX) yang berlangsung di World Trade Centre, Kuala Lumpur. Konferens ini menghimpunkan para pustakawan dan penggerak ilmu dari seluruh Asia Tenggara, memperkukuh jaringan dan memperkasa peranan perpustakaandalam eradigitalserta masyarakat berbudaya ilmu.
📚 Perpustakaan sebagai Tunggak Tamadun
Dalam ucapannya, Perdana Menteri menekankan bahawa perpustakaan merupakan tunggak utama dalam pembinaan tamadun. Beliau menyatakan:
"Tunggak ilmu itu, selain dari sekolah dan universiti, ialah perpustakaan dan sejarah tamadun yang besar itu dikaitkan dengan gedung ilmu yang besar."
Ucapan ini memperingatkan kita tentang peranan penting perpustakaan sebagai pemangkin pembangunan intelektual masyarakat sejak zaman silam hingga kini.
🌟 Pustakawan sebagai Agen Transformasi Budaya Ilmu
YAB Perdana Menteri turut mengangkat martabat pustakawan sebagai penggerak budaya membaca dan pemikiran kritikal:
"Perhimpunan ini tentunya punya tugas yang besar, terutama peringatan kepada pustakawan bahawa ada suatu peranan utama bukan sekadar mempamerkan gedung buku dengan almari kaca, tetapi menjadikannya medan penting memupuk kesedaran dan minat membaca."
"Cabaran pustakawan hari ini adalah menjadi penyampai magis ilmu secara efektif membimbing dan membuka cakrawala kepada pengunjung supaya mencintai buku dan ilmu."
"Pustakawan yang bersemangat akan membantu membina perpustakaan sebagai pusat ilmu yang hidup, bukan sekadar tempat menyimpan buku."
🔄 Transformasi Perpustakaan: Dari Simpanan ke Kehidupan
Mengulas keperluan perubahan, beliau menyeru agar perpustakaan bergerak melampaui konsep tradisional:
"Perpustakaan tidak harus dibina sebagai monumen kebanggaan, tetapi tempat di mana ilmu dicari dan digunakan."
"Cabaran besar perpustakaan adalah mengembalikan budaya membaca — bukan hanya membaca dua ayat di media sosial dan membuat kesimpulan."
"Kita memerlukan pustakawan yang boleh menjadikan buku bukan sekadar bahan pameran, tetapi bahan bacaan yang hidup dan menggugah pemikiran."
🌐 Perpustakaan Masa Depan: Digital, Inklusif dan Hidup
Ucapan beliau turut merangkumi keperluan evolusi perpustakaan dalam era digital dan teknologi maklumat:
"Libraries must evolve not just spaces for monastic silence, but places alive with books, podcasts, e-books, films, and cultural expression."
"Librarians have a major task not only to disseminate knowledge found in books, but to ensure libraries become vibrant centers of learning."
Ucapan Perdana Menteri di CONSAL XIX bukan sahaja membakar semangat golongan pustakawan, tetapi turut membentuk naratif baharu mengenai peranan strategik perpustakaan dan pustakawan dalam era moden. Dari menjadi penjaga koleksi kepada peneraju pembudayaan ilmu, mesej beliau jelas: perpustakaan perlu hidup, pustakawan perlu bersemangat, dan masyarakat mesti kembali kepada ilmu sebagai asas kemajuan.
Ketua Pustakawan dan warga
Perpustakaan UiTM merakamkan ucapan tahniah kepada :
Dr. Hjh. Adlina Abdullah
Timbalan Ketua
Pustakawan
Perpustakaan Tun
Abdul Razak, UiTM Shah Alam
Encik Syaiful Hisyam Saleh
Pustakawan
Perpustakaan Tun
Abdul Razak, UiTM Cawangan Negeri Sembilan
Puan Syarifah Hanisah Bt Syed Mokhtarruddin
Pembantu
Pustakawan Kanan
Perpustakaan Tun
Abdul Razak, UiTM Cawangan Perak
Diatas pencapaian menerima pensijilan Trained
Data Steward daripada Akademi Sains Malaysia.
Dengan kejayaan yang diperolehi ini, diharap tuan / puan
dapat menyumbangkan perkhidmatan dengan lebih cemerlang di dalam bidang
kepakaran puan untuk perpustakaan khasnya dan UiTM amnya.
Semoga dengan pensijilan ini akan memberi aspirasi kepada
semua staf PTAR untuk terus berusaha dengan gigih dalam meningkatkan kompetensi
dan kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi.