Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Showing posts with label PTAR. Show all posts
Showing posts with label PTAR. Show all posts

Tuesday, September 29, 2026

Tahniah Perpustakaan UiTM! Cemerlang di Persidangan Tahunan Perpustakaan Malaysia (PTPM) 2026



SHAH ALAM, 25 September 2026 – Warga Perpustakaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) meraih kejayaan membanggakan apabila memperoleh 11 pengiktirafan dalam Pertandingan Poster Inovasi Perpustakaan sempena Persidangan Tahunan Perpustakaan Malaysia (PTPM) 2026. Pencapaian ini merangkumi satu Naib Johan, dua Emas dan lapan Perak.

Antara kejayaan tersebut ialah projek University Memory: Where Memories Live. Where Legacy Leads. yang meraih Naib Johan. Kejayaan ini turut melibatkan Encik Mohd Faizal bin Sawardi Lukman, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI), sebagai sebahagian daripada pasukan PTAR UiTM.

Senarai projek yang menerima pengiktirafan:

Naib Johan

  • University Memory: Where Memories Live. Where Legacy Leads. — Siti Salwa binti A. Rahman, PTAR UiTM.

Anugerah Emas

  • PERMATA – 2u2c: Medical Library Driving an Impactful Community — Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam.

Anugerah Perak

  • UiTM Speed Reading — PTAR UiTM.

  • University Document Repository (RDU): Empowering Access, Enhancing Transparency — PTAR UiTM.

  • UiTM Library Data Request System — PTAR UiTM.

  • Teaching Library — PTAR UiTM dan Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM.

  • Knowledge Inspiration Project: PTAR UCS Knowledge Inspiration Module — PTAR UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam.

  • Smart Trolley: Furniture & Equipment Relocation Management Innovation — PTAR UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam.

  • Knowledge Networking & Connections: Community Service Innovation & Digital Information Literacy Empowerment — Perpustakaan Tun Dr. Ismail, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat.

  • Knowledge Trail: From Library to Community — Perpustakaan Tun Dr. Ismail, UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang.

Pencapaian ini mencerminkan komitmen warga Perpustakaan UiTM dalam menghasilkan inovasi merangkumi pendigitalan, pengurusan data, kecerdasan buatan, perkhidmatan perpustakaan dan pemerkasaan komuniti.

Tahniah kepada seluruh warga Perpustakaan UiTM, khususnya pasukan projek University Memory: Where Memories Live. Where Legacy Leads., atas kejayaan yang diraih.

Kredit Sumber:

Artikel blog ini diolah semula berdasarkan laporan asal bertajuk “Congratulations UiTM Library! Outstanding Success at the Malaysian Library Annual Conference 2026” yang diterbitkan di Portal PTAR UiTM.

Pautan sumber: [https://library.uitm.edu.my/news/achievement/award/uitm-library-wins-11-awards-ptpm-2026?highlight=WyJkaWdpdGFsIiwiaW4iLDIwMjZd]





Friday, February 27, 2026

Taklimat dan Latihan Laman Web Siri 1 Perkukuh Kompetensi Staf Perpustakaan UiTM

 


SHAH ALAM, 26 Februari 2026 – Program Taklimat dan Latihan Laman Web Perpustakaan UiTM Siri 1 telah diadakan di Makmal Komputer 1, PTAR Shah Alam, dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang. Program ini disertai 11 orang staf daripada perpustakaan fakulti, Bahagian Arkib Universiti dan GTAR.

Program ini bertujuan meningkatkan pemahaman staf tentang struktur, konfigurasi dan tadbir urus laman web rasmi Perpustakaan UiTM. Sesi latihan turut memberi pendedahan berkaitan penyusunan kandungan, hierarki navigasi, penyeragaman laman web serta pengurusan sistem melalui latihan praktikal.

Taklimat ini disampaikan oleh tiga orang penceramah daripada Bahagian Perpustakaan Digital iaitu  , iaitu Encik Mohd Izwan Salim, Encik Mohamad Amarfarhan Aminuddin dan Puan Hasnatul Sabarina Amer.

Penganjuran program ini mencerminkan usaha berterusan Perpustakaan UiTM dalam memperkukuh kompetensi staf, meningkatkan kecekapan pengurusan laman web dan menyokong penambahbaikan perkhidmatan digital universiti.

Kredit Sumber:

Artikel blog ini diolah semula berdasarkan laporan asal bertajuk “Website Briefing and Training Series 1 to Strengthen Staff Competency” yang diterbitkan di Portal PTAR UiTM.

Pautan sumber: [https://library.uitm.edu.my/news/programme/workshop/website-briefing-and-training-series-1?highlight=WyJkaWdpdGFsIiwiaW4iLDIwMjZd]
























Saturday, August 13, 2022

Bengkel Migrasi Data Sistem NILAMs UiTM

Bengkel ini telah diadakan pada 13-14 Ogos 2022 bertempat Hotel Mudzaffar, Melaka. Para peserta terdiri daripada staf Pejabat Penasihat Undang-undang, Perpustakaan Tun Abdul Razak, Jabatan Infostruktur, ICAN dan UiTM Global.

Berikut merupakan tentatif program :
1. Taklimat Bengkel – YBrs. Prof. Dr. Haidar Dziyauddin, Penasihat Undang-Undang Universiti.

2. Taklimat Migrasi data MoU/MoA pra-NILAMs – En. Mohd Hairy bin Mohammadiah Timbalan Pegawai Teknologi Maklumat

3. Taklimat Pencapaian Integrasi Data NILAMs dan AMS PTAR - Ts. Haji Azizi Bin Hj. Jantan Ketua Timbalan Pustakawan
Pada hari kedua bengkel telah membincangkan peluang penambahbaikan hasil brainstorming dari semua pihak terlibat. Semoga penambahbaikan ini dapat menghasilkan satu flow sistem yang lengkap dan meningkatkan tahap kecekapan sistem pengurusan MOA/MOU UiTM

Wednesday, June 15, 2022

Digital Library Chit Chat Series 4: eSPORTS

 

Digital Library Chit Chat Siries ke 4 pada kali ini membawa tajuk eSports. Program telah diadakan pada 17 Jun 2022 bersamaan hari Jumaat bermula jam 9.00 sehingga 10.30 pagi. Platform YouTube Perpustakaan UiTM telah digunakan. Penceramah pada kali ini ialah Encik Muhammad Nufail Akram bin Mat Nasir, Jawatankuasa MYTA eSports Tournament 3.0 dan moderator  ialah Tn. Haji Ahmad Faizar bin Jaafar.   

 

 
 

Program pada kali ini merupakan salah satu program PTAR ESPORT CHALLENGE WEEK 13-19 Jun 2022. Program PTAR ESPORT CHALLENGE WEEK julung kali dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak yang dijadualkan berlangsung sepanjang 13 Jun - 19 Jun 2022. Tujuan program adalah untuk mempromosikan ruang santai dan eSports peranti serta konsol permainan elektronik (PS4) di samping menarik warga universiti berkunjung ke perpustakaan. Objektif PTAR ESPORT CHALLANGE WEEK adalah:

i. Memberi pengalaman awal kepada PTAR untuk menyediakan platform eSport 

ii. Meningkatkan ketampakan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan.

iii. Mengadakan kaloborasi antara PTAR, Komunity Kampus seperti Kelab Pelajar MYTA dan Fakulti

Gambar disekitar program Digital Library Chit Chat Siries ke 4:

 
 
 
 
 
 
 

Perbincangan Awal Mengenai Penambahbaikan Sistem eAduan Korporat PTAR

 

Pada tarikh 14 Jun 2022 hari Selasa, telah diadakan perbincangan awal mengenai pembangunan sistem eAduan PTAR. Perbincangan telah diadakan di bilik mesyuarat JPD pada jam 3.00 petang bagi membincangkan penerbitan sistem baru eAduan PTAR. Perbincangan ini diantara wakil Jabatan Perpustakaan Digital dan Jabatan Perkhidmatan Pelanggan dihadiri oleh Puan Wan Izzatul Fahrah, Encik Mohd Faizal, Puan Rapeah, Encik Norhazlan dan Encik Mohd Alfarabie. 

Tuesday, June 14, 2022

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Dalaman JPD PTAR Bil.3/2022

 

Pada hari Isnin, 13 Jun 2022 telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Dalaman, PTAR UiTM Shah Alam Bil.3/2022. Bertempat di Bilik Seminar PTAR dan bermula pada jam 9.00 pagi. 

Agenda mesyuarat adalah Pengurusan Bahan Repostori UiTM dan membincangkan Pencapaian Muat Naik Bahan IR UiTM bagi Jan - Mei 2022.   

 
 

Gambar disekitar mesyuarat:

Monday, June 6, 2022

UiTM REPOSITORY IS NOW RANKED #83 AMONG THE WORLD REPOSITORY INSTITUTIONS

Alhamdulillah dengan izinnya, Repositori UiTM telah berjaya melonjak ranking dari 101 kepada 83 dunia bagi edisi ke 14. Pencapaian cemerlang ini adalah hasil kerjasama dan sepenuh komitmen warga kerja UiTM yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. 

Semoga kerjasama yang terjalin ini akan diteruskan bagi memastikan agenda Universiti tercapai menjelang GRU2025 dan memastikan bahan harta intelek Universiti dipelihara untuk rujukan generasi masa hadapan



Link: https://www.facebook.com/105733301850501/posts/pfbid023pSvgAc54hzJ7y3zpT3jmbgBuHMRSJVgZuH9LV2jGZpHSZS6ESR4Fh9s9o6rFTUZl/?d=n

Friday, May 20, 2022

Kursus Pemantapanan Pendigitalan Perpustakaan UiTM



Bagi memantapkan mutu perkhidmatan, pihak PTAR telah menganjurkan Kursus Pemantapan Pendigitalan  Perpustakaan UiTM kepada staf Perpustakaan UiTM. Kursus ini telah dibahagikan kepada 2 fasa iaitu, Fasa 1 untuk kumpulan Pelaksana dan Fasa 2 untuk kumpulan Pengurusan dan Profesional. Untuk Fasa 1, seramai 106 orang Pelaksana PTAR Shah Alam telah menghadiri kursus ini.  Fasa 1 kursus ini telah dibahagikan kepada 4 sesi iaitu:
Sesi 1 : 21 Mac 2022 Isnin                 Sesi 2 : 11 Mei 2022 Rabu              
Sesi 3 : 12 Mei 2022 Khamis              Sesi 4 : 19 Mei 2022 Khamis  
                


 
Objektif penganjuran kursus adalah untuk meningkatkan pengetahuan tentang perkhidmatan perpustakaan digital kepada semua staf Perpustakaan. Kursus ini juga bertujuan untuk memberikan kefahaman tentang penggunaan dan fungsi setiap perkhidmatan perpustakaan digital serta meningkatkan tahap kompetensi staf perpustakaan di dalam melaksanakan taklimat, penerangan atau aktiviti promosi berkaitan perkhidmatan perpustakaan digital kepada pengguna Perpustakaan.
 


Kursus ini mengandungi 2 Modul Pembelajaran Perpustakaan Digital iaitu:
Modul 1: Perkhidmatan Digital
• My Knowledge Management (MyKM) • Mobile App@PTAR • Massive Online Open Course (MOOCs) • Online Public Access Catalog (OPAC) • Chat with Librarian • Virtual & Augmented Reality (AR & VR) • Updates@PTAR • Online Finding Archive (OFA) • Cashless@PTAR • Portal ERA Modul 2: Koleksi Digital • Online Database • Institutional Repository (IR) • Portal eBook • Discovery Search • Electronic Question Paper System (EQPS) • Local Content Hub • Open Access Discovery • Khazanah Melayu Repository • UiTM eGallery Repository • Open Access Research Repository • Article Indexing