Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Showing posts with label hands-on. Show all posts
Showing posts with label hands-on. Show all posts

Wednesday, June 25, 2025

PTAR Perkasa Literasi Digital Staf Melalui Kursus Hands-On Google Site


Shah Alam, 24 Jun 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam telah menganjurkan Kursus Hands-On Google Site di Pusat IT, PTAR dengan penyertaan 40 orang staf daripada pelbagai jawatan.

Kursus sehari ini dikendalikan oleh Encik Mohd Alfarabie bin Mohd Nasir, Ketua Seksyen Penerbitan & Perhubungan Awam, Unit Korporat dan Kolaborasi, yang berkongsi ilmu membina laman digital efektif menggunakan Google Site. Beliau turut menekankan kepentingan penjenamaan jabatan secara digital.

Turut menjayakan kursus ini ialah Encik Asraf Zamani Hazim dari Bahagian Pengurusan Dokumentasi dan Informasi (BPDI), PTAR, yang berperanan penting sebagai fasilitator. Kepakaran teknikal beliau banyak membantu peserta mengaplikasikan kemahiran secara langsung semasa sesi praktikal.

Antara objektif kursus :

  • Membangunkan platform Google Site sebagai pusat rujukan berpusat untuk dokumen penting jabatan
  • Menyediakan kaedah capaian maklumat yang sistematik, tersusun dan mesra pengguna
  • Meningkatkan kemahiran staf dalam pengurusan maklumat digital menggunakan platform percuma dan efektif
  • Memberi latihan praktikal (hands-on) dalam membina, menyusun dan menyelenggara kandungan digital secara berkesan.

Kursus ini adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan PTAR dalam memperkasakan staf dengan kemahiran digital yang relevan dan praktikal. Penganjurannya mencerminkan iltizam PTAR dalam membentuk persekitaran kerja yang inovatif, responsif serta bersedia menghadapi cabaran masa hadapan melalui pengurusan maklumat yang lebih efisien dan strategik.

Melangkah ke hadapan, PTAR akan terus menganjurkan program pembangunan profesional yang menyokong aspirasi pendigitalan universiti, seiring dengan hala tuju UiTM sebagai peneraju pendidikan tinggi negara dalam era Revolusi Industri 4.0.












Sumber Gambar:  Laman Web Perpustakaan UiTM

                                     Unit Korporat Dan Kolaborasi, Perpustakaan Tun Abdul Razak

Wednesday, October 19, 2022

Bengkel Hands-On Penambahbaikan Laman Web PTJ


Telah diadakan satu bengkel bertajuk Bengkel Hands-On Penambahbaikan Laman Web PTJ. Bengkel ini merupakan anjuran Jabatan Komunikasi UiTM dalam usaha untuk memantapkan laman web rasmi di peringkat setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ). Infomasi berkaitan bengkel seperti di bawah:

                        Tarikh: 19/10/2022 (Rabu)
                        Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
                        
Tempat: Perpustakaan Undang-Undang                       
                        Peserta PTAR: Tuan Haji Ahmad Faizar dan
                                            Puan Hasnatul Sabarina
  
                   
Objektif utama bengkel ini adalah untuk memastikan keseragaman dan penambahbaikan layout laman web PTJ dengan kandungan maklumat yang dikemaskini.




Gambar para peserta bengkel: