Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Showing posts with label Rujukan Digital. Show all posts
Showing posts with label Rujukan Digital. Show all posts

Thursday, May 23, 2024

Program Teaching Library Siri 1 & 2: Pendedahan Praktikal kepada Pelajar Pengurusan Perpustakaan

20 dan 21 Mei 2024 | 11 - 12 Zulkaedah 1445H 

Julung kalinya, Teaching Library telah diadakan dengan kerjasama PTAR UiTM Shah Alam dan Pusat Pengajian Sains Maklumat, Kampus Puncak Perdana. Teaching Library ini dihasratkan untuk dijadikan tempat pendidikan bagi bakal Profesional Maklumat dan penyebaran ilmu kepustakawanan serta latihan kepakaran kepada pelajar Pengurusan Perpustakaan.

Para pelajar akan diberikan pendedahan berbentuk pengalaman “hands-on”/praktikal yang signifikan dan berkait langsung dengan kurikulum pengajian.

Sebagai permulaan projek rintis Teaching Library ini, ia melibatkan para pelajar yang mengikuti kursus IML465: DIGITAL REFERENCE SERVICES/PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN DIGITAL. Pelajar berpeluang untuk bersama-sama Pustakawan dalam memahami pengurusan dan pengendalian perkhidmatan rujukan digital yang sebenar.

Siri 1 & 2 yang telah berlangsung pada 20 dan 21 Mei 2024 bertempat di PTAR UiTM Shah Alam ini, telah dihadiri seramai 43 orang pelajar Semester 2 dari Program Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan. Turut hadir bersama adalah 2 orang pensyarah pengiring, Dr. A'dillah Mustafa dan Puan Nor Aliah Abdullah.

Melalui program ini para pelajar telah didedahkan kepada platform perkhidmatan Rujukan Digital yang digunapakai di seluruh sistem Perpustakaan UiTM. 

Sesi perkongsian telah disampaikan oleh:


- Puan Hani Liza binti Norfin (Ketua Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan)

- Encik Mohd Izwan bin Salim (Pustakawan Kanan, Perpustakaan Digital)

- Cik Ummi Halimatunssaadiyya binti Shamsul Yuzli (Pustakawan, Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan)


Selain itu, para pelajar turut diberikan peluang sesi coaching yang turut dibantu oleh:

- Puan Siti Salwa binti A.Rahman (Pustakawan Kanan, Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan)

- Encik Muhammad Farid Zulhilmi bin Zulkafli (Pembantu Pustakawan, Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan)

- Encik Muhammad Nur Azri bin Salmi (Pembantu Pustakawan, Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan)

Melalui sesi ini, pelajar didedahkan secara langsung kepada "tips dan teknik" kaedah pelaksanaan perkhidmatan Rujukan Digital dengan menggunakan platform digital yang dibangunkan oleh Perpustakaan UiTM.
















#uitmdihatiku

#UiTM25Tahun

#MalaysiaMadani

#perpustakaanuitm

#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa

#teachinglibrary

Sumber : Facebook Page Perpustakaan UiTM