Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Thursday, August 28, 2025

Projek Transporter Tesis 2.0 : Ke Arah Pengurusan Koleksi yang Lebih Sistematik

 


Shah Alam, 15 Ogos 2025 – Satu lagi inisiatif berjaya dilaksanakan oleh Jabatan Perpustakaan UiTM Shah Alam! Pada 14 dan 15 Ogos 2025, Projek Transporter Tesis 2.0 telah dijalankan dengan lancar, melibatkan kerja-kerja mengurus dan menyusun semula koleksi tesis demi memperkemas ruang dan meningkatkan kemudahan untuk pengguna perpustakaan.

Projek ini berlangsung di Aras 4 dan Aras 2 Perpustakaan Utama, dengan beberapa aktiviti utama seperti:

  • Mengikat dan melabel tesis,

  • Memindahkan bahan ke ruang transit sementara,

  • Menyusun semula koleksi di rak bagi membuka ruang baharu.

Lebih membanggakan, projek ini melibatkan kerjasama seramai 30 orang staf daripada pelbagai bahagian dan unit, termasuk penglibatan staf Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI) yang turut turun padang menggembleng tenaga bagi memastikan kelancaran keseluruhan proses.

Secara keseluruhan, sebanyak 2,300 bahan berjaya dipindahkan dengan kemas dan sistematik mengikut jadual yang ditetapkan. Kejayaan ini mencerminkan bukan sahaja kecekapan pengurusan fizikal koleksi, malah juga semangat kerja berpasukan dan kesepaduan dalam kalangan warga perpustakaan.

Jabatan Perpustakaan UiTM Shah Alam merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua staf yang telah menunjukkan dedikasi tinggi dalam menjayakan projek ini, khususnya kepada pasukan BPDI atas sokongan dan komitmen berterusan mereka.

Semoga inisiatif ini terus memperkukuhkan fungsi perpustakaan sebagai pusat rujukan utama yang responsif terhadap keperluan pengguna masa kini.


Sumber Asal Hantaran : Jabatan Perpustakaan UiTM