UMUM mengetahui pandemik Covid-19 yang melanda dunia pada ketika ini melangkaui krisis kesihatan kerana ia memberi kesan mendalam terutamanya dalam sektor ekonomi. Desakan pandemik yang tidak terbatas ini telah meningkatkan kadar kemiskinan, pengangguran dan menjadikan pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) sesuatu yang mencabar.
Terma ekonomi digital kembali hangat diperkatakan kerana pakar-pakar ekonomi di seluruh dunia mempercayai sektor ini mampu mempercepatkan pembangunan ekonomi global, meningkatkan produktiviti industri-industri sedia ada, mencambah pasaran baharu dan mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan.
Sumber rujukan : https://www.utusan.com.my/rencana/2021/09/ekonomi-digital-pulihkan-negara/