Alhamdulillah,sempena hari raya yang mulia pada tahun 2022, dapat staf JPD bergambar semula sebagai tanda kenangan untuk disimpan. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
JABATAN PERPUSTAKAAN DIGITAL (JPD) PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK (PTAR)
Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.
The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.
MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.
UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.
With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.
22 UiTM Digital Services
Alhamdulillah,sempena hari raya yang mulia pada tahun 2022, dapat staf JPD bergambar semula sebagai tanda kenangan untuk disimpan. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
Bersempena dengan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang disambut pada tarikh 23 April setiap tahun, Perpustakaan Negara Malaysia menerajui program “Jom Baca Bersama untuk 10 Minit di peringkat Kebangsaan. Untuk itu, Program “Jom Baca Bersama untuk 10 Minit” telah berlangsung secara serentak di seluruh negara bertujuan untuk menerapkan nilai dan budaya cinta membaca buku dan cinta akan ilmu.
Walaupun dunia telah berkembang pesat dengan kewujudan teknologi yang canggih, namun aktiviti membaca mesti diteruskan oleh setiap individu. Hanya melalui membaca maka pengetahuan (knowledge) akan dapat diperolehi dan boleh digunakan untuk sebarang penciptaan nilai. Pada tarikh 23 April 2022, dalam tempoh antara pukul 11.00 pagi hingga 11.10 pagi, semua individu, pejabat, persatuan dan komuniti digalakkan untuk berhenti sebentar daripada melakukan apa-apa juga pekerjaan atau aktiviti untuk membaca apa-apa juga bahan bacaan selama 10 minit. Pihak yang terlibat juga dialu-alukan untuk menghantar gambar atau video masing-masing dalam media sosial dengan slogan #MalaysiaMembaca.Program “Jom Baca Bersama untuk 10 Minit” yang mula diadakan pada tahun 2014 bermatlamat agar masyarakat Malaysia sebati dengan budaya membaca, seterusnya menjadikan tabiat suka membaca sebagai satu amalan hidup.
Maka itu, seharusnya usaha ini diangkat sebagai agenda penting dalam pembangunan negara dan perlu dijadikan fokus utama dalam usaha mentransformasikan pemikiran rakyat supaya cinta membaca buku dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai budaya membaca dan berilmu.
Layari pautan : Jom Baca Bersama 10 minit Perpustakaan UiTM
Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Infostruktur, Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur, Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan menganjurkan program Konferensi ICT 2022 pada 17 - 18 Ogos 2022 secara maya dengan tema Embracing Digital Learning Transformation.
Open Access by country. Showing output counts, number and percentage of accessible outputs published between 2000 and 2021. You can sort and filter by region, subregion, number of publications, and open access levels. You may also search for a specific country in the search bar at the top right.
Pada 06 April 2022 (Rabu) satu lawatan dari DPPC, Malaysia Japan International Institute of Technology (MJIIT),Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur yang terdiri dari 3 orang staf iaitu:
1. PM Sr Dr Siti Uzairiah ( Timb.Pengarah ,DPPC UTM )
2. En. Muhammad Syahir, Penolong Pegawai Penyelidik
3. Encik Muhammad Islah Bin Sulaiman, Penolong Jurutera
Deligasi lawatan telah disambut oleh En Jamalludin Bin Sulaiman Ketua Timbalan Pustakawan , Tuan Haji Azizi Jantan dan Tuan Hj Ahmad Faizar serta pegawai dan staf BKK
Tujuan lawatan untuk berkongsi maklumat mengenai kemudahan Augmented Reality dan Virtual Reality yang di Perpustakan Digital UiTM, Shah Alam.
https://library.uitm.edu.my/en/digital-initiative/services/virtual-augmented-reality
Foto sekitar lawatan:
Video sekitar lawatan:
Like & Follow Us
PTAR TV: https://youtu.be/IT3Pia1bxgI
TikTok : https://vt.tiktok.com/ZSd6qXS24/
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam menganjurkan bengkel seperti ketetapan berikut:
Tajuk : Kursus Pemantapan Pendigitalan Perpustakaan UiTM
Tarikh : 21 Mac 2022 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi - 4.30 petangTempat : Pusat IT, PTAR
1. Meningkatkan pengetahuan tentang perkhidmatan perpustakaan digital kepada semua staf Perpustakaan.
2. Memberikan kefahaman tentang penggunaan dan fungsi setiap perkhidmatan perpustakaan digital.
3. Meningkatkan tahap kompetensi staf perpustakaan di dalam melaksanakan taklimat, penerangan atau aktiviti promosi berkaitan perkhidmatan perpustakaan digital kepada pengguna Perpustakaan.