Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Wednesday, September 28, 2022

Perbincangan Bersama Pihak JAU


Telah diadakan satu sesi perbincangan bersama barisan pengurusan tertinggi pihak JAU pada 27/09/2022 (Selasa) pada jam 11.00 pagi bertempat dibilik mesyuarat JPDg. Tujuan utama perbincangan ini adalah untuk membincangkan portal semakan pengurus rekod universiti. Pihak JAU diwakili oleh En. Ahmad Amiri Mohamad (Ketua JAU), En. Norhazlan Nordin, Pn. Azniza Hj. Mohamad Nor dan En. Muhammad Azrul Nizam. Bagi pihak JPDg pula diwakili oleh Pn. Rapeah Mohd. Redzuan dan Pn. Ja'amayah Kosnan.

Tahniah PTAR. Sistem MyKM Tuai Emas

 

Pada 27 September 2022 (Selasa), Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menghantar satu (1) pasukan yang diketuai oleh Ts. Hj Azizi bin Hj. Jantan (Ketua Timbalan Pustakawan), Tn. Hj. Ahmad Faizar bin Jaafar (Pustakawan Kanan) dan Encik Mohd Faizal bin Sawardi Lukman (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat) bagi menyertai pertandingan National Invention, Innovation, Design & Research (NIIDR 2022). Pertandingan ini telah diadakan bersempena Seminar Literasi Media dan Maklumat Kebangsaan 2022 anjuran Fakulti Pengajian Maklumat bersama Perpustakaan Negara Malaysia. Seminar ini telah diadakan di Hotel UiTM, Shah Alam.


Pasukan inovasi PTAR ini telah membentangkan Sistem My Knowledge Management (MyKM) - Personalized Education. MyKM merupakan sistem yang dibangunkan bagi memudahkan pengguna perpustakaan mendapatkan bahan pengajaran dan pembelajaran mengikut bidang pengajian masing-masing. Konsep personalized penting dan menjadi keperluan masa hadapan. Di samping itu, kemudahan lain seperti semakan maklumat penulisan dari Google Scholar, Scopus dan Web of Science serta pembayaran denda melalui UiTM Pay juga boleh diakses melalui MyKM.


Alhamdulillah berkat kerjasama semua yang terlibat terutama yang melibatkan proses integrasi, sistem MyKM ini telah dianugerahkan EMAS bagi kategori Professional.
Syukur dan Tahniah!

Gambar disekitar seminar:


Berita diambil dari https://www.facebook.com/libraryuitm dan disunting oleh Erry Ezzani Hj.Mazlee.


Friday, September 23, 2022

Kursus Digital Dalam Urusan Seharian Pejabat (Microsoft Teams)

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam telah menganjurkan kursus seperti ketetapan berikut:

    Tajuk       : Kursus Digital Dalam Urusan Pejabat (Microsoft Teams)
    Tarikh       : 22 Sep 2022 (Khamis)
    Masa        : 9.00 pagi - 4.30 petang
    Tempat     : Pusat IT, PTAR
    Peserta     : Staf Pelaksana dan Pengurusan & Profesional, PTAR Shah Alam

Kursus dimulakan dengan ucapan pengenalan dari Hj. Ahmad Faizar yang memperkenalkan penceramah dan tujuan kursus diadakan.


Kursus dimulakan dengan pengenalan Microsoft Office 365 dan semakan semula akaun
Microsoft Office 365 staf UiTM.


Tutorial cara menggunakan Yammer juga telah diberikan pada sesi petang.

Gambar disekitar kursus:


Thursday, September 22, 2022

Bengkel Penstrukturan Semula Laman Web Perpustakaan UiTM 2022, Siri 2

Perpustakaan Tun Abdul Razak telah menyediakan laman web/portal perpustakaan bagi memudahkan pengguna membuat pencarian maklumat dan menggunakan perkhidmatan Perpustakaan secara dalam talian dalam proses pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan mereka di universiti. Bagi menjamin maklumat yang disampaikan adalah terkini dan sahih, laman web perlu diurus dan disenggara serta dimantapkan dengan sistematik.
Objektif utama bengkel ini ialah untuk:

  • Menstruktur semula Laman Baru 2022 Perpustakaan UiTM dan Perpustakaan Cawangan 
  • Menyelaraskan dan menyeragamkan Laman Web Perpustakaan seluruh UiTM
  • Memberi tunjuk ajar menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pengurusan dan penyelenggaraan laman web terutama dari aspek kriteria SEO (Search Engine Optimization)

Bengkel ini merupakan Siri 2 dan maklumat bengkel seperti dibawah:              

                    Tarikh: 10-11 Ogos 2022
                    Tempat: Pusat IT, PTAR Shah Alam
                    Peserta: 20 orang staf Perpustakaan Cawangan dan Selangor

Cawangan Selangor
Perlis Puncak Alam
Kedah Puncak Perdana
Negeri Sembilan Hospital Sungai Buloh
Melaka
Johor
Terengganu
Kelantan (Online)

Bengkel telah dimulai dengan ucapan dari Ketua Jabatan Perpustakaan Digital, En. Ahamad Zuber.


Bengkel berlangsung selama 2 hari, dan penceramah utama ialah Tuan Hj. Ahmad Faizar dan Puan Hasnatul. Penceramah jemputan untuk bengkel ini ialah En. Abdul Razak dari Jabatan Arkib dan En. Izwan Salim mantan staf JPDg. En. Omar dari Cawangan Kedah juga telah diberi peluang untuk menerangkan tentang kemudahan OKU di laman web PTAR.


Gambar disekitar bengkel:

Monday, September 19, 2022

Kursus Pemantapan Pendigitalan Perpustakaan UiTM Siri 5

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam telah menganjurkan kursus seperti ketetapan berikut:

    Tajuk       : Kursus Pemantapan Pendigitalan Perpustakaan UiTM
    Tarikh       : 19 Sep 2022 (Isnin)
    Masa        : 9.00 pagi - 4.30 petang
    Tempat     : Pusat IT, PTAR
    Peserta     : Staf baru PTAR, Staf Pelaksana dan Pengurusan & Profesional


Objektif penganjuran kursus adalah untuk:

1. Meningkatkan pengetahuan tentang perkhidmatan perpustakaan digital kepada semua staf Perpustakaan. 

2. Memberikan kefahaman tentang penggunaan dan fungsi setiap perkhidmatan perpustakaan digital.

3. Meningkatkan tahap kompetensi staf perpustakaan di dalam melaksanakan taklimat, penerangan atau aktiviti promosi berkaitan perkhidmatan perpustakaan digital kepada pengguna Perpustakaan.