Perpustakaan
Tun Abdul Razak telah menyediakan laman web/portal perpustakaan bagi
memudahkan pengguna membuat pencarian maklumat dan menggunakan perkhidmatan Perpustakaan secara
dalam talian dalam proses pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan mereka di
universiti. Bagi menjamin maklumat yang disampaikan adalah terkini
dan sahih, laman web perlu diurus dan disenggara serta dimantapkan dengan
sistematik.
Objektif utama bengkel ini ialah untuk:
- Menstruktur semula Laman Baru 2022 Perpustakaan UiTM dan Perpustakaan Cawangan
- Menyelaraskan dan menyeragamkan Laman Web Perpustakaan seluruh UiTM
- Memberi tunjuk ajar menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pengurusan dan penyelenggaraan laman web terutama dari aspek kriteria SEO (Search Engine Optimization)
Bengkel ini merupakan Siri 2 dan maklumat bengkel seperti dibawah:
Tarikh: 10-11 Ogos 2022
Tempat: Pusat IT, PTAR Shah Alam
Peserta: 20 orang staf Perpustakaan Cawangan dan Selangor
Cawangan | Selangor |
---|---|
Perlis | Puncak Alam |
Kedah | Puncak Perdana |
Negeri Sembilan | Hospital Sungai Buloh |
Melaka | |
Johor | |
Terengganu | |
Kelantan (Online) |
Bengkel berlangsung selama 2 hari, dan penceramah utama ialah Tuan Hj. Ahmad Faizar dan Puan Hasnatul. Penceramah jemputan untuk bengkel ini ialah En. Abdul Razak dari Jabatan Arkib dan En. Izwan Salim mantan staf JPDg. En. Omar dari Cawangan Kedah juga telah diberi peluang untuk menerangkan tentang kemudahan OKU di laman web PTAR.
0 comments:
Post a Comment