Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Thursday, September 29, 2022

Latihan Hands On Sistem Pengurusan Dokumen-Projek Inovasi, Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan (BKRP)

 
Telah diadakan satu sesi latihan seperti berikut:

Nama : Latihan Hands On Sistem Pengurusan Dokumen-Projek Inovasi, Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan (BKRP)
Tarikh: 28 September 2022 (Rabu)
Masa: 9.00 pagi
Tempat:
Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Penceramah: Tuan Haji Ahmad Faizar B. Jaafar
                     Encik Mohd Izwan B. Salim

Objektif utama latihan ini diadakan adalah untuk mendedahan kepada peserta kaedah pengendalian dan penggunaan secara hands on bagi operasi Sistem Pengurusan Dokumen yang telah dibangunkan dengan kerjasama BKRP dan UiTM.


Para penceramah juga telah menerima cenderahati dari pihak BKRP sebagai tanda penghargaan.


Gambar disekitar latihan:

   

Majlis Menandatangani Surat Hasrat BKRP, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan PTAR, UiTM

 

28 September 2022 (Rabu) – Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) kerana pada hari ini, satu majlis menandatangani Surat Hasrat (Letter of Intent) antara Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan (BKRP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM). Majlis ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Aras 4, Blok E3, Kompleks E, Kementerian Kesihatan Malaysia di Putrajaya.

Dalam majlis ini, wakil pengurusan dari PTAR terdiri daripada Ketua Pustakawan UiTM iaitu Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman, Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan, Ketua Timbalan Pustakawan dan Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli, Timbalan Ketua Pustakawan. Manakala, wakil dari BKRP pula dihadiri oleh Encik Yusri bin Yusof, Ketua Seksyen Penguatkuasaan yang mewakili pengarah BKRP serta barisan ketua-ketua seksyen di KKM bagi menyaksikan majlis yang bersejarah ini.


Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa bagi melancarkan majlis dan saudari pengerusi majlis dan mengalu-alukan kedatangan pihak BKRP dan PTAR dalam majlis tersebut. Seterusnya, majlis menjemput Encik Yusri bin Yusof bagi memberikan ucapan dan antara intipati ucapan tersebut, beliau berterima kasih di atas perkongian kepakaran dan amalan terbaik dalam pembangunan dan pengetahuan digital serta pengurusan dokumen di PTAR semasa mengadakan lawatan kerja ke perpustakaan sebanyak 2 kali pada tahun 2019 dan 2022. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pustakawan Kanan, Tn. Hj. Ahmad Faizar bin Jaafar dan Encik Mohd Izwan bin Salim yang telah memberikan taklimat dan hands-on di sebelah pagi mengenai sistem yang digunapakai bagi pengurusan dan penyimpanan dokumen dan rekod dalam bentuk digital yang mana, ia merupakan projek inovasi BKRP.


Selesai ucapan dari Encik Yusri bin Yusof, majlis diteruskan dengan ucapan dari Ketua Pustakawan UiTM, Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman. Antara ucapan beliau adalah mengenai perpustakaan yang amat mengalu-alukan jalinan kerjasama seperti ini sama ada di dalam dan di luar negara kerana PTAR perlu seiiring dengan misi dan visi universiti di mana ingin menjadikan Universiti Teknologi MARA bertaraf dunia menjelang tahun 2025. Ketampakan atau visibility memainkan peranan penting dalam merealisasikan hasrat ini. Di samping itu, beliau juga berkongsi kejayaan inovasi PTAR yang telah berjaya sehingga ke peringkat antarabangsa serta pencapaian Jabatan Arkib Universiti, UiTM terutama dalam penyimpanan dan pengurusan dokumen dan rekod penting serta pembangunan sistem dengan menggunakan kepakaran dalaman.

Selesai kedua-dua ucapan tersebut, tetamu dipertontonkan dengan montaj yang telah disediakan oleh BKRP dengan memaparkan gambar-gambar lawatan penandaarasan ke PTAR serta sistem yang digunapakai bagi tujuan pengurusan rekod dan dokumen yang lebih sistematik.

Selepas itu, acara yang ditunggu-tunggu iaitu acara menandatangani surat hasrat yang telah disaksikan kira-kira 20 orang hadirin yang hadir dari pihak BKRP dan PTAR. Surat hasrat yang ditandatangani bertujuan menjalin kerjasama strategik melalui:
  1. Projek pembangunan Pusat Pengurusan Pengetahuan Digital (Digital Knowledge Centre);
  2. Perkongsian pintar dalam pengurusan inovasi
  3. Projek pembangunan Sistem Pengurusan Rekod dan Arkib

Sesi bergambar dan bertukar cenderamata juga diadakan sebagai tanda penghargaan dari kedua-dua pihak serta disusuli dengan sesi bergambar beramai-ramai di luar bilik mesyuarat sebagai kenangan.
Diharap agar jalinan kerjasama ini dapat dilaksanakan sepenuhnya dan mencapai objektif yang disasarkan serta memberi pelbagai impak yang positif bagi menyokong program transformasi digital.

Majlis ini tamat pada jam 4.40 petang dan diakhiri dengan jamuan minum petang yang telah disediakan oleh BKRP.

 
 Video disekitar majlis:



Petikan diambil dari https://perpustakaanuitm.blogspot.com/2022/09/majlis-menandatangani-surat-hasrat.html

Wednesday, September 28, 2022

Perbincangan Bersama Pihak JAU


Telah diadakan satu sesi perbincangan bersama barisan pengurusan tertinggi pihak JAU pada 27/09/2022 (Selasa) pada jam 11.00 pagi bertempat dibilik mesyuarat JPDg. Tujuan utama perbincangan ini adalah untuk membincangkan portal semakan pengurus rekod universiti. Pihak JAU diwakili oleh En. Ahmad Amiri Mohamad (Ketua JAU), En. Norhazlan Nordin, Pn. Azniza Hj. Mohamad Nor dan En. Muhammad Azrul Nizam. Bagi pihak JPDg pula diwakili oleh Pn. Rapeah Mohd. Redzuan dan Pn. Ja'amayah Kosnan.

Tahniah PTAR. Sistem MyKM Tuai Emas

 

Pada 27 September 2022 (Selasa), Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menghantar satu (1) pasukan yang diketuai oleh Ts. Hj Azizi bin Hj. Jantan (Ketua Timbalan Pustakawan), Tn. Hj. Ahmad Faizar bin Jaafar (Pustakawan Kanan) dan Encik Mohd Faizal bin Sawardi Lukman (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat) bagi menyertai pertandingan National Invention, Innovation, Design & Research (NIIDR 2022). Pertandingan ini telah diadakan bersempena Seminar Literasi Media dan Maklumat Kebangsaan 2022 anjuran Fakulti Pengajian Maklumat bersama Perpustakaan Negara Malaysia. Seminar ini telah diadakan di Hotel UiTM, Shah Alam.


Pasukan inovasi PTAR ini telah membentangkan Sistem My Knowledge Management (MyKM) - Personalized Education. MyKM merupakan sistem yang dibangunkan bagi memudahkan pengguna perpustakaan mendapatkan bahan pengajaran dan pembelajaran mengikut bidang pengajian masing-masing. Konsep personalized penting dan menjadi keperluan masa hadapan. Di samping itu, kemudahan lain seperti semakan maklumat penulisan dari Google Scholar, Scopus dan Web of Science serta pembayaran denda melalui UiTM Pay juga boleh diakses melalui MyKM.


Alhamdulillah berkat kerjasama semua yang terlibat terutama yang melibatkan proses integrasi, sistem MyKM ini telah dianugerahkan EMAS bagi kategori Professional.
Syukur dan Tahniah!

Gambar disekitar seminar:


Berita diambil dari https://www.facebook.com/libraryuitm dan disunting oleh Erry Ezzani Hj.Mazlee.


Friday, September 23, 2022

Kursus Digital Dalam Urusan Seharian Pejabat (Microsoft Teams)

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam telah menganjurkan kursus seperti ketetapan berikut:

    Tajuk       : Kursus Digital Dalam Urusan Pejabat (Microsoft Teams)
    Tarikh       : 22 Sep 2022 (Khamis)
    Masa        : 9.00 pagi - 4.30 petang
    Tempat     : Pusat IT, PTAR
    Peserta     : Staf Pelaksana dan Pengurusan & Profesional, PTAR Shah Alam

Kursus dimulakan dengan ucapan pengenalan dari Hj. Ahmad Faizar yang memperkenalkan penceramah dan tujuan kursus diadakan.


Kursus dimulakan dengan pengenalan Microsoft Office 365 dan semakan semula akaun
Microsoft Office 365 staf UiTM.


Tutorial cara menggunakan Yammer juga telah diberikan pada sesi petang.

Gambar disekitar kursus: