Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Wednesday, April 12, 2023

MOBILE LIBRARY @ KOLEJ KEDIAMAN MAWAR UiTM SHAH ALAM

 Nak pinjam buku? Nak pulangkan buku yang dipinjam? Nak akses eJournal? Nak akses eBook? Nak guna perpustakaan digital?

 Jom jumpa kami Team Mobile Library di Ruang Legar Kolej Kediaman Mawar, UiTM Shah Alam pada 13 April 2023 (Khamis) bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 4.00 petang! Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

 Ingin kami ke tempat anda? Hubungi Pn. Siti Salwa A. Rahman di talian 03-5544 3718 atau email siti_salwa@uitm.edu.my untuk tempah slot anda.
 

 
 Pihak JPDg telah membawa set ARVR untuk dicuba oleh para pelajar pada program kali ini.

Gambar disekitar program:

Wednesday, April 5, 2023

Bengkel Reka Letak Laman Web Baharu dan PTAR Virtual 2023 Siri 2

 

 Kemudahan serta kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi digunakan oleh kebanyakan organisasi untuk meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pengguna diantaranya dengan menyediakan kemudahan laman web/portal masing-masing.

 Perpustakaan Tun Abdul Razak juga telah menyediakan laman web/portal perpustakaan bagi memudahkan pengguna membuat pencarian maklumat dan menggunakan perkhidmatan secara dalam talian dalam proses pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan mereka di universiti.

 Arahan Web Media UiTM semua laman Web UiTM perlu diseragamkan Penjenaman semula Laman Web Perpustakaan serta tambahan link GRU & SDG disamping insiatif PTAR Virtual, maka satu Bengkel Reka Letak Laman Web Baharu PUiTM 2023 telah diadakan pada 3 dan 4 April 2023 bagi membangunkan pertukaran template baharu laman web serta pembangunan laman web virtual.
Bengkel ini merupakan Siri 2 dimana Siri 1 telah diadakan pada bulan Mac 2023.

Objektif
1. Menstruktur semula Reka Letak Laman Web Baharu Perpustakaan Fakulti dan Perpustakaan Cawangan UiTM
2. Menyelaraskan dan menyeragamkan Laman Web Perpustakaan seluruh UiTM
3. Memberi tunjuk ajar pembangunan PTAR VIRTUAL menggunakan Open Source Pannellum

Informasi berkaitan bengkel adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 3 & 4 Apr 2023 (Isnin-Selasa)
  • Speaker 1: Ahmad Faizar B. Jaafar
  • Speaker 2: Hasnatul Sabarina Bt. Amer
  • Speaker 3: Muhamad Nasrul B. Hussain (Microsoft Team)


Para peserta Siri 2 ini terdiri dari PUiTM Perlis, Kedah dan Selangor seramai 20 orang peserta.


Gambar pada hari pertama:

Hari kedua:



Friday, March 24, 2023

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak


 Pihak JPDg ingin mungucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1444/2023 kepada seluruh warga UiTM dan warga PTAR secara khususnya.

Tuesday, March 21, 2023

Welcome On Board Students


 Pihak Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan telah membuka booth di semua perpustakaan UiTM Shah Alam. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh PTAR. Antara perkhidmatan yang disediakan di booth adalah Library Tour, Online Quiz, MobileApp @ UiTM Library installation dan juga AR/VR Experience.

Info lanjut berkaitan program adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 20-21 Mar 2023 (Isnin & Selasa)
  • Masa: 9.00 pagi - 4.30 petang
  • Tempat: Semua PTAR Shah Alam

JPDg telah membawa AR/VR pada hari kedua iaitu 21 Mar 2023 bermula dari jam 12.00 tengahari sehingga jam 4.00 petang. Perkhidmatan AR/VR ini hanya untuk di PTAR Utama sahaja.


Thursday, March 16, 2023

Penggunaan Library Visitor System (LibVisitor) bagi menggantikan sistem Patron Attendance Library System (PALS)


 Adalah dimaklumkan Jabatan Perpustakaan Digital telah membangunkan satu sistem iaitu Library Visitor System (LibVisitor). Inisiatif pembangunan ini juga adalah hasil daripada Resolusi Sesi Pocket Meeting yang berlangsung di Institut of Leadership & Development (ILD) UiTM, Sepang pada 26 Februari 2023. Inisiatif ini di bawah Resolusi ke - 10 iaitu Penyeragaman rekod pengunjung fizikal perpustakaan dengan membangunkan sistem secara in-house menggunakan kepakaran dalaman perpustakaan.

 
 Kepada para pengujung perpustakaan akan diminta scan kepada QR Code bagi mendapatkan jumlah Bilangan Pengunjung Fizikal Perpustakaan segala kerjasama didahulukan dengan cuapan terima kasih.

Tuesday, March 14, 2023

Pelajar Praktikal di JPDg Mar 2023

Seramai 5 orang pelajar yang terdiri dari 2 kumpulan telah memulakan sesi latihan praktikal di JPDg pada 13 Mar 2023. Berikut merupakan infomasi berkaitan pelajar praktikal yang terlibat:

  1. Kumpulan A, Fakulti Pengurusan Maklumat (Diploma Pengurusan Maklumat).
    • Filzah Izzny Binti Firdaus
    • Hazizah Hassan
  2. Kumpulan B, Akademi Pengajian Bahasa (Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Melayu Komunikasi Profesional).
    • Muhammad Fais Ezzuwan Bin Sakiman,
    • Siti Hajar Roslim
    • Nur Balqis Amanda Ahmad Nordin

Jadual praktikal di JPDg adalah seperti berikut:

  • Kumpulan A = 3 hari
  • Kumpulan B = 1 hari
  • Muhammad Fais Ezzuwan Bin Sakiman = sehingga 6 Julai 2023
Tuan Haji Ahmad Faizar B. Jaafar telah diamanahkan untuk memberikan maklumat berkaitan dengan JPDg. Para pelajar juga telah dibawa untuk mencuba set ARVR pada sebelah petang 13 Mar 2023. 
 
Gambar disekitar hari pertama: