Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Monday, May 15, 2023

Majlis Sanjungan Budi Ketua Pustakawan UiTM Dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri PTAR 2023/1444H | 12 Mei 2023

    Telah diadakan Majlis Sanjungan Budi Ketua Pustakawan UiTM bagi meraikan persaraan YBrs. Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman yang bersara wajib bermula 15 Mei 2023. Majlis diadakan pada 12 Mei 2023 bersamaan hari Jumaat jam 3.00 petang. Mantan Ketua Pustakawan telah berkhidmat selama 36 tahun di UiTM, dan pihak PTAR amat berbesar hati kerana majlis ini turut dihadiri oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd...

Wednesday, May 10, 2023

Tahniah Tuan Haji Ahmad Faizar di atas Kenaikkan Pangkat ke Timbalan Ketua Pustakawan

 Tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Ahmad Faizar yang telah dinaikkan pangkat kepada Timbalan Ketua Pustakawan (S48). Beliau akan bertugas di UiTM cawangan Pulau Pinang bermula dari 22 Mei 2023. Selamat maju jaya dari kami semua di Jabatan Perpustakaan Digit...

Friday, April 21, 2023

Jom Gunakan Duit Raya Digital!

Jom Gunakan Duit Raya Digital ! TIPS: Cara bagi Duit Raya Digital menggunakan aplikasi perbankan dan e-walletSemasa Hari Raya Aidilfiti, pasti ramai saudara-mara akan berkumpul bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya dan akhir sekali pasti akan ada sesi pemberian duit raya terutamanya kepada golongan remaja dan kanak-kanak. Tapi, untuk memberi duit raya secara tunai, agak leceh kerana sampul perlu sediakan terlebih dahulu, dan duit baru...

Monday, April 17, 2023

Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri JPDg 2023

  Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita. Namun lambaian Syawal pula menanti di sana. Dengan luhur hati ikhlas kemaafan, semoga silap dan salah mohon di ampuni.Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Di kesempatan ini kami di JPDg ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Salam Aidilfitri. Semoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita sepanjang bulan Ramadhan...

Wednesday, April 12, 2023

MOBILE LIBRARY @ KOLEJ KEDIAMAN MAWAR UiTM SHAH ALAM

 Nak pinjam buku? Nak pulangkan buku yang dipinjam? Nak akses eJournal? Nak akses eBook? Nak guna perpustakaan digital?  Jom jumpa kami Team Mobile Library di Ruang Legar Kolej Kediaman Mawar, UiTM Shah Alam pada 13 April 2023 (Khamis) bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 4.00 petang! Pelbagai aktiviti menarik menanti anda! Ingin kami ke tempat anda? Hubungi Pn. Siti Salwa A. Rahman di talian 03-5544 3718 atau email siti_salwa@uitm.edu.my...

Wednesday, April 5, 2023

Bengkel Reka Letak Laman Web Baharu dan PTAR Virtual 2023 Siri 2

  Kemudahan serta kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi digunakan oleh kebanyakan organisasi untuk meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pengguna diantaranya dengan menyediakan kemudahan laman web/portal masing-masing. Perpustakaan Tun Abdul Razak juga telah menyediakan laman web/portal perpustakaan bagi memudahkan pengguna membuat pencarian maklumat dan menggunakan perkhidmatan secara dalam talian...