Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Showing posts with label Tahniah. Show all posts
Showing posts with label Tahniah. Show all posts

Tuesday, July 21, 2026

Tahniah kepada 12 Staf PTAR UiTM Penerima Kenaikan Pangkat KUP

 

SHAH ALAM, 17 Julai 2026 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) merakamkan ucapan tahniah kepada 12 orang staf perpustakaan yang menerima Kenaikan Pangkat Secara Khas untuk Penyandang (KUP). Surat kenaikan pangkat telah disampaikan oleh Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, Ketua Pustakawan UiTM, dalam satu majlis pada 17 Julai 2026.

Antara penerima yang diraikan ialah Mohd. Izwan bin Salim dan Nor Hafizah binti Md Hanafiah dari Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI). Pengiktirafan ini merupakan penghargaan terhadap komitmen dan dedikasi staf dalam melaksanakan tanggungjawab serta menyokong kecemerlangan perkhidmatan perpustakaan.

Senarai penerima Kenaikan Pangkat KUP:

  1. Masnida Hanim binti Che Mahmood – Perpustakaan Undang-Undang

  2. Rizana binti Mohd Radwan – Bahagian Arkib Universiti

  3. Eza Eliana binti A. Wahid – Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan

  4. Asmah binti Sabtu – Bahagian Pengurusan Perpustakaan

  5. Mohd Hazrul bin Mohd Hussin – Perpustakaan Sains dan Teknologi

  6. Norazlin binti Mohd Yusof – Bahagian Pengurusan Perpustakaan

  7. Mohd. Izwan bin Salim – Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI)

  8. Abdul Razak bin Abdul Rahman – Bahagian Sumber Rujukan Universiti

  9. Bahroni bin Moojee – Bahagian Sumber Rujukan Universiti

  10. Nurul Farihah binti Sarmin Panut – Bahagian Pengurusan Perpustakaan

  11. Nor Hafizah binti Md Hanafiah – Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI)

  12. Siti Aishah binti Sadan – Bahagian Pengurusan Perpustakaan

Tahniah diucapkan kepada semua penerima, khususnya Tuan Hj Mohd. Izwan bin Salim dan Puan Nor Hafizah binti Md Hanafiah dari BPDI. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan kecemerlangan dan kualiti perkhidmatan perpustakaan UiTM.

Kredit Sumber:

Artikel blog ini diolah semula berdasarkan laporan asal bertajuk “PTAR UiTM Celebrates 12 Staff Members Awarded the Special Promotion for Incumbents (KUP)” yang diterbitkan di Portal PTAR UiTM.

Pautan sumber: [https://library.uitm.edu.my/news/achievement/recognition/uitm-library-kup-promotion-2026?highlight=WyJkaWdpdGFsIiwiaW4iLDIwMjZd]












Tuesday, November 4, 2025

Tahniah Puan Wan Izzatul Fahrah – Pingat Emas Anugerah Pentadbir UiTM 2024

 



TAHNIAH! Puan Wan Izzatul Fahrah binti Wan Ishak!

Seluruh warga Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI) berbangga atas kejayaan beliau merangkul Pingat Emas bagi Anugerah Pentadbir Gemilang (Inovasi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat & Komunikasi) sempena Anugerah Pentadbir UiTM 2024.

Warga BPDI mendoakan agar Puan Wan Izzatul Fahrah terus cemerlang, memberi inspirasi, dan menjadi contoh teladan dalam pembangunan inovasi digital di UiTM. 

Semoga kejayaan ini menjadi motivasi kepada semua untuk terus mempertingkatkan pencapaian di bidang masing-masing.


Sumber : Official Facebook Page @ Perpustakaan UiTM


Friday, August 1, 2025

Ucapan Tahniah kepada Dr. Hajah Adlina binti Abdullah atas Kenaikan Pangkat ke Timbalan Ketua Pustakawan Kanan (Gred S13)

 


01 Ogos 2025 | 07 Safar 1447H

Setinggi-tinggi Tahniah kepada Dr. Hajah Adlina binti Abdullah atas Kenaikan Pangkat ke Timbalan Ketua Pustakawan Kanan (Gred S13)

Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI) ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Hajah Adlina binti Abdullah atas kenaikan pangkat ke jawatan Timbalan Ketua Pustakawan Kanan Gred S13, berkuat kuasa mulai 01 Ogos 2025.

Dr. Hajah Adlina telah menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Unit Pembelajaran Digital di bawah Bahagian Perpustakaan Digital, di mana beliau memainkan peranan penting dalam pembangunan inisiatif pembelajaran digital. Kenaikan pangkat ini adalah satu pengiktirafan yang selayaknya diberikan atas komitmen, kepimpinan serta dedikasi berterusan beliau dalam memperkasa perkhidmatan perpustakaan digital di UiTM.

Warga BPDI amat berbangga dengan pencapaian ini, dan kami yakin Dr. Hajah Adlina akan terus menyumbang secara aktif dalam menerajui kecemerlangan perpustakaan, khususnya dalam bidang transformasi digital dan pembelajaran inovatif.

Sekali lagi, tahniah daripada kami semua di BPDI dan selamat menjalankan amanah baharu. Semoga terus cemerlang dan memberi inspirasi kepada warga perpustakaan!


Sumber Artikel : 

Official Facebook Page Of Perpustakaan UiTM 

Monday, November 11, 2024

Ucapan Tahniah Di Atas Pensijilan Trained Data Steward







Ketua Pustakawan dan warga Perpustakaan UiTM merakamkan ucapan tahniah kepada : 

Dr. Hjh. Adlina Abdullah

Timbalan Ketua Pustakawan

Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam


Encik Syaiful Hisyam Saleh

Pustakawan

Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Negeri Sembilan


Puan Syarifah Hanisah Bt Syed Mokhtarruddin

Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Perak


Diatas pencapaian menerima pensijilan Trained Data Steward daripada Akademi Sains Malaysia.

Dengan kejayaan yang diperolehi ini, diharap tuan / puan dapat menyumbangkan perkhidmatan dengan lebih cemerlang di dalam bidang kepakaran puan untuk perpustakaan khasnya dan UiTM amnya.

Semoga dengan pensijilan ini akan memberi aspirasi kepada semua staf PTAR untuk terus berusaha dengan gigih dalam meningkatkan kompetensi dan kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi.

#datasteward
#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa

Sumber : BlogPerpustakaan UiTM

 


Wednesday, May 10, 2023

Tahniah Tuan Haji Ahmad Faizar di atas Kenaikkan Pangkat ke Timbalan Ketua Pustakawan


 Tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Ahmad Faizar yang telah dinaikkan pangkat kepada Timbalan Ketua Pustakawan (S48). Beliau akan bertugas di UiTM cawangan Pulau Pinang bermula dari 22 Mei 2023. Selamat maju jaya dari kami semua di Jabatan Perpustakaan Digital.