Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Sunday, September 1, 2019

Projek Naiktaraf KM PTAR versi 2.0 kepada My Knowledge Management Portal (MyKM) versi 3.0


MyKM PTAR versi 2.0



Selari dengan perubahan strategik peringkat Universiti, dimana perancangan strategik UiTM telah dipinda mengikut tempoh berikut iaitu 2020 hingga 2025, antara strategik teras utama adalah Pendidikan Berkualiti (Quality Education). Maka antara elemen utama dalam pendidikan berkualiti adalah mengenai konsep personalization. Justeru, pihak Perpustakaan juga perlu membuat perubahan kepada keperluan tersebut dan satu projek inisiatif telah dirangka iaitu menaiktaraf Portal KM sedia ada kepada Portal MyKM 

Wednesday, May 8, 2019

Latihan : Bengkel Penggunaan Aplikasi Cloud Office Dalam Urusan Harian Pejabat

Bengkel Penggunaan Aplikasi Cloud Office Dalam Urusan Harian Pejabat telah diadakan seperti ketetapan berikut:



Objektif utama bengkel ini dianjurkan adalah untuk:


a) Memperkenalkan teknologi Aplikasi Cloud Office.

b) Memberi tunjuk ajar dan kemahiran kepada staf penggunaan teknologi terkini.

c) Memberi tunjuk ajar dan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam penggunaan , pengurusan dan perkongsian (share) dokumen di  Aplikasi Cloud Office.


Tarikh : 8 Mei 2019 (Rabu)

Tempat : Pusat IT PTAR UiTM Shah Alam

Masa : 9.00 pagi – 4.30 petang

#Cloud #Office365






Saturday, April 27, 2019

Bengkel Penyediaan MOOCs PTAR

 

Bahagian Perkhidmatan Maklumat, Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan telah menganjurkan Bengkel MOOCs@PTAR Bersama iNED pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh: 22 April 2019 (Isnin)
Masa  : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat: Pusat IT, PTAR Shah Alam

Wakil JPD yang turut serta dalam bengkel ini adalah En Mohd Izwan Salim Pustakawan Kanan

Objektif utama bengkel ini dianjurkan adalah untuk:
a) Mempelajari dan memahami penggunaan platform MOOC yang dibangunkan oleh UiTM
b) Menyediakan bahan pengajaran (courseware) yang lebih interaktif mengikut prosedur yang ditetapkan

Wednesday, April 10, 2019

Penandaarasan Perkhidmatan Perpustakaan Digital UiTM

Pada 10 April 2019 (Rabu), Perpustakaan Tun Abdul Razak Utama (PTAR) telah menerima lawatan dari Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan wakil MIMOS Berhad.


Tujuan lawatan bagi penandarasan Perpustakan Digital serta melihat sendiri aktiviti serta prosidur yang berkaitan dengan sistem digital seperti Electronic Question Paper System (EQPS), UiTM Institutional Respository, Respository Khazanah Melayu dan Sistem Arkib Universiti.

Tajuk :Lawatan Kerja Penandaarasan Produk Digital
Tarikh: 10 April 2019 (Rabu)
Masa: 9.00 pagi hingga 1.00 tgh
Tempat: Bilik Seminar Perpustakaan Tun Abdul Razak Utama, Shah Alam



Monday, January 7, 2019

Pelaksanaan Sistem eKKM Perpustakaan UiTM

Perpustakaan telah membuat transformasi ke arah perpustakaan digital apabila memperkenalkan sistem kemahiran maklumat (eKKM). Sistem ini mempunyai fungsi untuk aspek pengurusan tempahan kelas oleh pengguna perpustakaan meliputi penggunaan 38 buah perpustakaan UiTM




Tuesday, December 4, 2018

Lawatan Kerja Perpustakaan UiTM ke MAMPU

Perpustakaan UiTM memulakan projek inisiatif Document Digital Management System (DDMS) melalui lawatan kerja ke Jabatan MAMPU di Putrajaya. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mengetahui keperluan utama dalam memastikan perluasan penggunaan sistem DDMS yang dibangunkan oleh pihak MAMPU dapat dilaksanakan di UiTM


Lawatan ini diketuai oleh Ketua Pustakawan UiTM, En Noor Hidayat Bin Adnan dan disertai oleh staf Perpustakaan dari Jabatan Arkib Universiti serta Bahagian Inisiatif Perpustakaan Digital





Monday, December 3, 2018

Apa itu Virtualization Server

PENGENALAN :

Virtualization merupakan satu kaedah mewujudkan sesuatu dalam bentuk maya berbanding fizikal. “Dalam server (fizikal) ada banyak server (virtual)". Untuk itu, Perpustakaan telah memasukkan perancangan ini di dalam Perancangan Strategik Perpustakaan UiTM 2016-2020. Alhamdulillah pada tahun 2018, PTAR telah berjaya mendapatkan peralatan tersebut dan teknologi ini mula digunapakai di Perpustakaan UiTM


Link Berkaitan : https://ms.it-brain.online/tutorial/virtualization2.0/virtualization2.0_quick_guide

Tuesday, November 27, 2018

MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN PERPUSTAKAAN DIGITAL

 

MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN PERPUSTAKAAN DIGITAL
27 NOVEMBER 2018 (SELASA)
09:00 PAGI – 11:30 PAGI
DEWAN ANJUNG SRI BUDIMAN (ANNEX) UiTM SHAH ALAM

Objektif Program
  • Memperlihatkan inisiatif Perpustakaan Tun Abdul Razak ke arah menjadi Perpustakaan Digital selari dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 .
  • Sebagai salah satu usaha melonjakkan perkhidmatan Perpustakaan kearah mengoptimumkan sepenuhnya penggunaan teknologi maklumat (ICT) dan Internet (IoT).
  • Mengetengahkan inovasi-inovasi perkhidmatan Perpustakaan Universiti Teknologi Mara (PUiTM) khususnya yang melibatkan penggunaan teknologi.
  • Mendepani usaha-usaha kearah memantapkan perkhidmatan Perpustakaan yang berfokus kepada Perpustakaan Digital.

Seiring dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) yang sedang hangat diperkatakan secara meluas di seluruh pelusuk dunia. Kemunculan gelombang teknologi baharu yang dikenali sebagai ‘The Fourth Industrial Revolution’ atau Revolusi Industri Keempat (Industri 4.0). Sejarah menyatakan Revolusi Industri yang pertama (1760 – 1830) adalah merujuk kepada kegunaan teknologi air atau wap yang berupaya menggerakkan jentera. Perkembangan teknologi seterusnya membabitkan kuasa elektrik yang mencetuskan Revolusi Industri kedua pada sekitar (1870 – 1914). Revolusi Industri ketiga pula bermula pada pengakhiran abad ke-20 melalui teknologi maklumat atau digital.

Revolusi Industri keempat telah mempengaruhi komunikasi dan sistem sosial dalam kehidupan masa kini yang menjadi pelengkap kepada akses dunia tanpa sempadan. Namun begitu, perkembangan teknologi media dan komunikasi melalui internet pelbagai benda (Internet of Things -IoT), penggunaan robotic, cloud dan yang seumpamanya sedikit sebanyak menjadi cabaran dalam perkembangan teknologi.

Selaras dengan agenda transformasi kerajaan untuk meningkatkan penggunaan teknologi dalam perkhidmatan awam, perpustakaan kini telah banyak melakukan transformasi sama ada dari segi fungsi, kemudahan dan perkhidmatan. Perkhidmatan perpustakaan kini semakin menuju ke arah penggunaan teknologi maklumat (ICT) sama ada dari segi kandungan dan infrastruktur. Hasil penggunaan teknologi maklumat (ICT) ini, dapat memudahkan dan mempercepatkan segala urusan perkhidmatan perpustakaan.

Pelancaran Perpustakaan Digital UiTM ini, akan memperlihatkan inisiatif perpustakaan selari dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0. Di samping itu, program ini sebagai salah satu usaha untuk melonjakkan perkhidmatan perpustakaan ke arah mengoptimumkan penggunaan teknologi makalumat (ICT).

Perpustakaan tidak seharusnya masih berkeadaan seperti 25 tahun lalu yang menjadikan ia sebagai lokasi meletakkan pelbagai bahan bacaan sahaja, malah jadikanlah perpustakaan sebagai tempat yang menarik kepada pengguna, khususnya generasi muda. Dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0, perpustakaan perlu menjadi tempat sehenti di mana segala maklumat boleh diperoleh di situ. Antara produk yang telah Perpustakaan bangunkan adalah:

1. Cashless Payment
2. EQPS - Electronic Question Paper System
3. UiTM IR (Institutional Repositories)
4. PTAR Public Repository
5. Agro / Plantation Local Content Hub is a center on / about Malaysian plantations
6. Repositori Khazanah Melayu
7. Library UiTM e-Resources
8. Library e-Book
9. Library e-Guide
10. Library UiTM MOOCs
11. Library UiTM Mobile Apps
12. Library Document Management
13. MyKM (Knowledge Management Portal)
14. OPAC - Online Public Access Catalog
15. QR CODE
16. PTAR Digital Signage
17. RDMS - Reference Desk Management System
18. Sistem E-KKM - Sistem Kelas Kemahiran Maklumat PTAR
19. UiTM Library Chat (LibChat) – Chat with Librarian
20. Customer Feedback System (CFS)

Perpustakan Universiti Teknologi MARA sentiasa mengetengahkan inovasi yang melibatkan penggunaan teknologi dalam perkhidmatan perpustakaan. Inovasi perpustakaan yang melibatkan penggunaan teknologi maklumat (ICT) telah berjaya diperingkat tertinggi. Usaha ini, memberi impak positif kepada organisasi dan secara tidak langsung dapat memberi contoh kepada organisasi awam yang lain.

Foto sekitar Majlis Perasmian

 









 


 


Wednesday, October 10, 2018

Pembangunan Sistem Arkib Universiti UiTM

 

Perasmian Bengkel oleh Ketua Pustakawan UiTM En. Noor Hidayat Bin Adnan

Pada 10 hingga 12 Oktober 2018 bertempat di ILD UiTM, Nilai, pasukan teknikal dan pemilik proses Jabatan Arkib Universiti telah menghadiri Bengkel Metadata Sistem Arkib Universiti. Bengkel ini penting untuk team teknikal mengenalpasti medan-medan yang diperlukan mengikut keperluan jabatan arkib yang berpandukan kepada ISAD G (International Standard Archival Description) 2nd.

Bengkel ini dikendalikan oleh pensyarah dari Fakulti Pengurusan Maklumat antaranya Prof. Madya Dr Aliza, Prof Madya Dr. Azman Mat Isa, Dr. Wan Abdul Malek Wan Abdullah





Tuesday, May 15, 2018

Penggunaan Portal Local Content Hub

Jabatan telah membangunkan repositori local content hub perpustakaan UiTM. Pada awalnya, projek ini bermula dengan pembangunan repositori untuk Fakulti Perladangan dan Agroteknologi Universiti Teknologi MARA. 

Ketua Pustakawan UiTM En Noor Hidayat Adnan telah membuat mesyuarat bersama Dekan Fakulti Perladangan dan Agroteknologi Universiti Teknologi MARA Prof. Madya Dr. Asmah Awal pada 15 Mei 2018 bertempat di Perpustakaan UiTM Kampus Jasin


Repositori ini telah dibangunkan oleh Bahagian Sistem Repositori Perpustakaan UiTM yang diketuai oleh En Mohd Izwan Salim, Pustakawan Kanan

En Izwan sedang menerangkan pembangunan repositori kepada pengurusan 
Fakulti Perladangan dan Agroteknologi









Tuesday, April 10, 2018

Lawatan Kerja Delegasi PTAR ke 5 Buah Perpustakaan di Negara China