Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Monday, November 6, 2023

Praktikal September 2023

 
Pihak JPDg sekali lagi menerima pelajar latihan praktikal pada bulan September 2023. Antara tugasan yang mereka terima adalah seperti belajar mengimbas bahan bercetak di Unit Sumber Kandungan Digital dan mencuba set ARVR.Maklumat pelajar adalah seperti berikut:
  • Nama: Nur Wafa Wardina Binti Abdul Khalid dan Nur Farzana Binti Zaidi
  • Fakulti: Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik
  • Kursus: Pengurusan Perpustakaan
  • Tarikh: 28 September 2023 - 3 Oktober 2023




Friday, November 3, 2023

Introduction to New Media Studies


 Alhamdulillah pada hari Jumaat bersamaan 3 November 2023, pihak JPDg telah dijemput sebagai tetamu bagi kelas Introduction to New Media Studies. Infomasi berkenaan program ini adalah seperti berikut:
  • Faculty of Communication and Media Studies
  • Program : Komunikasi Media Baharu
  • Kod Kursus: NMC410
  • Nama Subjek : Introduction to New Media Studies
  • Pensyarah :  Norasikin binti Alimom
  • Jumlah Pelajar : 17 orang
  • Masa : 8.30 pagi sehingga 11.30 pagi
  • Tempat : Smart Class Room, PTAR

 Berikut merupakan butiran mengenai Subjek ini :

  • Topik 5 : Virtual Reality. Topik ini akan membincangkan berkenaan budaya digital dalam kreatif dan inovatif media baharu. Juga pelajar akan mengetahui perbezaan antara AR/AI dan VR. Pengetahuan pelajar akan disusuli dengan penggunaan VR dan peralatan yang digunakan untuk pengalaman VR. 

JPDg diwakili oleh Encik Erry Ezzani telah datang ke kelas pada jam 10.15 pagi sehingga jam 11.00 pagi. Pada sesi tersebut, Encik Erry telah menunjukkan cara penggunaan Class VR. Pada sesi ini juga, Encik Erry telah memberi peluang kepada para pelajar untuk mencuba set VR dan merasai pengalaman menggunakan VR. Set VR tersebut telah diisi dengan gambar-gambar 360 serta video 360. Selain itu juga, Encik Erry telah memberikan informasi mengenai portal Class VR kepada Pensyarah iaitu Puan Norasikin.

Gambar disekitar kelas:

Monday, October 16, 2023

Expo Kelab dan Persatuan anjuran Kolej Pengajian Kejuruteraan 2023

 Untuk pertama kalinya, pihak JPDg telah bergerak sendiri untuk bertemu pelanggan dengan membawa set ARVR kepada pengguna. Atas jemputan pengurusan Perpustakaan Kejuruteraan, pihak JPDg yang diwakili oleh En. Erry Ezzani Hj. Mazlee telah membuka booth di Expo kelab dan persatuan. Maklumat berkaitan program adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 13 Oktober 2023
  • Masa: 10.00 pagi sehingga 1.00 petang
  • Tempat: Ruang legar PKEJ
  • Staf terlibat: En. Erry Ezzani Hj. Mazlee
               En. Mohd. Fitri B. Ruslan

Tujuan pogram ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelanggan PTAR mengenai perkhidmatan ARVR yang ada di PTAR. Pogram ini juga membolehkan kepada para pelanggan PTAR  mencuba set ARVR tanpa perlu ke PTAR Utama. Selain itu juga, pembukaan booth ini membolehkan promosi mengenai perkhidmatan perpustakaan digital yang disediakan di PTAR dapat dilakukan.

Sambutan para pelanggan terhadap booth JPDg adalah amat memberangsangkan. Seramai 16 orang pelajar dan pensyarah telah mencuba set ARVR ini dan lebih dari 20 orang berhenti di booth untuk melihat pameran . Booth juga telah menerima lawatan dari Prof. Dr. Mohd Sazili Shahibi selaku Timbalan Naib Canselor HEP.


Gambar disekitar program:


Friday, October 13, 2023

Projek Penambahbaikan Pusat IT, PTAR


 Bagi meraikan kepulangan pelajar dan kehadiran pelajar baru sesi Oktober 2023, pusat IT PTAR telah menerima 5 set penghawa dingin yang baharu. Tujuan penggantian set penghawa dingin ini bagi memberi keselesaan kepada pengguna pusat IT PTAR. Projek ini adalah dibawah penyeliaan dan pengurusan Bahagian Pengurusan Fasiliti UiTM. Berikut merupakan butiran projek:

  • Nama projek: Penukaran penghawa dingin Pusat IT, PTAR
  • Lokasi: Pusat IT, Bilik 1 dan Bilik 2
  • Jumlah unit terlibat: 4 unit untuk Bilik 1 dan 1 unit Bilik 2
  • Kontraktor: Kontraktor lantikan Bahagian Pengurusan Fasiliti
  • Tempoh projek: September 2023 sehingga Oktober 2023

Projek ini bermula di Pusat IT, Bilik 2 pada 11/9/2023 dimana sebanyak 1 unit penghawa dingin telah diganti. Penukaran ini mengambil masa 2 hari untuk diselesaikan. Untuk Pusat IT Bilik 1 pula, sebanyak 4 unit telah ditukar. Masa penukaran mengambil masa hampir 8 hari bermula dari 3 Oktober sehingga 10 Oktober 2023.

Gambar disekitar projek: