Google Analytic

Monday, October 16, 2023

Expo Kelab dan Persatuan anjuran Kolej Pengajian Kejuruteraan 2023

 Untuk pertama kalinya, pihak JPDg telah bergerak sendiri untuk bertemu pelanggan dengan membawa set ARVR kepada pengguna. Atas jemputan pengurusan Perpustakaan Kejuruteraan, pihak JPDg yang diwakili oleh En. Erry Ezzani Hj. Mazlee telah membuka booth di Expo kelab dan persatuan. Maklumat berkaitan program adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 13 Oktober 2023
  • Masa: 10.00 pagi sehingga 1.00 petang
  • Tempat: Ruang legar PKEJ
  • Staf terlibat: En. Erry Ezzani Hj. Mazlee
               En. Mohd. Fitri B. Ruslan

Tujuan pogram ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelanggan PTAR mengenai perkhidmatan ARVR yang ada di PTAR. Pogram ini juga membolehkan kepada para pelanggan PTAR  mencuba set ARVR tanpa perlu ke PTAR Utama. Selain itu juga, pembukaan booth ini membolehkan promosi mengenai perkhidmatan perpustakaan digital yang disediakan di PTAR dapat dilakukan.

Sambutan para pelanggan terhadap booth JPDg adalah amat memberangsangkan. Seramai 16 orang pelajar dan pensyarah telah mencuba set ARVR ini dan lebih dari 20 orang berhenti di booth untuk melihat pameran . Booth juga telah menerima lawatan dari Prof. Dr. Mohd Sazili Shahibi selaku Timbalan Naib Canselor HEP.


Gambar disekitar program:


0 comments:

Post a Comment