Google Analytic

Perpustakaan Digital UiTM

Infografik 3 komponen utama Model perpustakaan digital UiTM.

Repositori UiTM

The repository is a platform that contains sources of reference materials for learning and research purposes. The UiTM Library provides three repositories that provide a collection of digital materials through the repository of university institutions, Open Access and Local Content Hub.

My Knowledge Management

MyKM Portal provide the complete information search, categorization and personalization services that allow UiTM Library users to harness the collected enterprise knowledge assets from a single, logical point of access.

UiTM Institutional Repository

UiTM IR is a centre of digital collections, act as an open-access repository that collects, preserve and disseminates scholarly output by university members at Universiti Teknologi MARA.

UiTM LIBRARY MOBILE APP

With the mobile app, you can access information wherever you are and whenever you want to get the latest information on our library, access e-resources and many more.

UiTM DIGITAL SERVICES

22 UiTM Digital Services

Friday, November 1, 2024

Penempatan 6 Orang Pelajar Praktikal Di Bahagian Perpustakaan Digital,Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)

Pada 1 November 2024 hingga 5 November 2024, enam orang pelajar praktikal akan menjalani penempatan di Bahagian Perpustakaan Digital.Pelajar tersebut adalah Hanik Aulia Azhani, Kavina Bi'izzika, Laila Fitriatin Nur Khasanah, Nabila Nur Azizah, Nihayatul Lu'lu'in Nihlah, dan Salwa Merta Althifannida.

Penempatan ini bertujuan untuk memberikan pengalaman praktikal kepada pelajar dalam mengendalikan sumber-sumber digital serta memahami operasi perpustakaan moden.

Taklimat telah diadakan di  bilik perbincangan Bahagian Perpustakaan Digital  dan disampaikan oleh Dr. Adlina Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan, bersama Encik Asraf Zamani Hazim, Pustakawan.

Taklimat tersebut telah diadakan sebelum penempatan bermula bagi memastikan pelajar-pelajar tersebut bersedia untuk menghadapi tugasan yang akan datang.

Penempatan pelajar praktikal ini penting dalam memberi  peluang kepada pelajar untuk mempraktikkan pengetahuan yang telah dipelajari dan juga untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang perpustakaan digital.

Dengan ini, diharapkan penempatan ini akan memberi manfaat kepada pelajar-pelajar terbabit dan juga kepada Bahagian Perpustakaan Digital dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan.












Tuesday, October 29, 2024

Cashless Initiative

 

Cashless Initiative

Alt Text

Cashlessin the Library

The UiTM Digital Library initiative has embraced a cashless approach, transforming users' interactions with library services. Now, all library transactions can be seamlessly completed using e-wallets, debit, or credit cards.

Additionally, users have the option to make payments through a secure online portal with a payment gateway, making the process even more accessible.

This cashless system simplifies and accelerates payment for library services and enhances security, offering a modern, user-friendly experience for everyone.

Do you know that now you can pay your library fine online?
The UiTM Librarian
  1. Login to MyKM Portal
  1. Menu My Account > Library Fine
*A fine of more than RM1 can be paid online, while less than RM1 can be paid at the library counter using a card or e-wallet.

My Knowledge Management (MyKM Portal)

 

Introducing MyKM v4 , an innovative platform tailored to create a personalized learning network for the UiTM community! With this latest version, explore customized dashboards and borderless knowledge sharing that will revolutionize how you learn and collaborate.

MyKM is designed for students to track their courses and subjects, and for academicians to monitor their research performance, making it easier for everyone to access personalized resources and stay connected with the knowledge-sharing ecosystem.

Start using MyKM v4 today and enjoy instant access to your learning tools, research data, and collaborative platforms.

Available across all UiTM campuses, MyKM can be accessed on your mobile device or desktop via the MyKM Dashboard. Check out the LibGuide to learn more: 👉 MyKM Dashboard Services > LibGuide > General Guides > My Knowledge Management (MyKM)
🔗 LibGuide Link

Whether you are a student seeking structured learning or an academician striving for research excellence, MyKM v4 has something for everyone. It’s your one-stop solution for a seamless educational journey!

Need help? Contact us at the Knowledge Management Section or use our Chat with Librarian service: 🔗 Chat with Librarian
Dr. Adlina Abdullah: adlin@uitm.edu.my
Ida Laila Ishak: idalaila@uitm.edu.my

Get on board with MyKM v4 today and experience the future of personalized education at UiTM

Tuesday, October 1, 2024

Sesi Libat Urus dan Perkhidmatan Perpustakaan Digital Bersama Pejabat Polis Bantuan

 Sesi Libat Urus dan Perkhidmatan Perpustakaan Digital Bersama Pejabat Polis Bantuan

Pada 1 Oktober 2024, Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak telah menganjurkan sesi libat urus dan perkhidmatan perpustakaan digital bersama Pejabat Polis Bantuan. Sesi ini diadakan di makmal komputer perpustakaan dengan penyertaan seramai 25 orang peserta. Program ini berlangsung dari pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang dan dikendalikan oleh penceramah berpengalaman, Puan Wan Rohani Wan Chin, Pustakawan Kanan, dan Puan Nurul Atika Harud Din, seorang pustakawan.

 

Tujuan utama sesi ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada staf HASA mengenai kewujudan perpustakaan digital serta pendedahan tentang perkhidmatan dan fungsi portal MyKM. Dengan memperkenalkan portal ini, peserta diharapkan dapat memahami lebih lanjut tentang kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan dan bagaimana ia boleh dimanfaatkan dalam tugasan harian mereka.

 

Selain itu, sesi ini juga bertujuan untuk menjalin hubungan baik dan kerjasama di antara perpustakaan dan jabatan. Melalui perbincangan yang dijalankan, peserta dapat memberikan maklum balas berkaitan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan. Input yang diterima adalah penting bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan agar lebih sesuai dengan keperluan pengguna.

 

Secara keseluruhan, sesi ini telah mencapai matlamatnya dengan baik, memberikan maklumat yang berguna kepada staf dan membuka ruang untuk kerjasama yang lebih erat antara perpustakaan dan Jabatan Farmasi HASA. Diharapkan, program-program seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang bagi meningkatkan kesedaran dan penggunaan perpustakaan digital dalam kalangan staf.




Wednesday, September 25, 2024

Bengkel Pembangunan Laman Web Perpustakaan UiTM Secara Berpusat

 

Bengkel Pembangunan Laman Web Perpustakaan UiTM Secara Berpusat

Pada 25 September 2024, satu bengkel khas bertajuk Bengkel Pembangunan Laman Web Perpustakaan Secara Berpusat telah diadakan secara atas talian menggunakan platform Google Meet. Bengkel ini disasarkan kepada pentadbir laman web (webmaster) dan pengurus laman web perpustakaan dari seluruh cawangan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Pustakawan automasi dari Unit Pembelajaran Digital , Mohd Izwan Salim dan Dr. Hajah Adlina Binti Abdullah, telah dijemput untuk membimbing peserta melalui pelbagai aspek teknikal dan pengurusan kandungan laman web perpustakaan.

Objektif utama bengkel ini adalah untuk memberi makluman tentang pembangunan laman web perpustakaan baharu, disertai dengan panduan pengurusan kandungan secara efisien. Selain itu, peserta juga diberi taklimat mengenai penetapan laman web bagi tujuan keseragaman dan kebolehgunaan yang lebih baik.

Bengkel yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang ini mengandungi dua sesi utama. Sesi pertama memfokuskan kepada pengurusan laman web menggunakan aplikasi Joomla, manakala sesi kedua pula memberikan panduan penulisan kandungan laman web dengan bantuan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Program ini penting bagi memastikan pentadbir laman web perpustakaan UiTM cawangan dapat mengurus dan memperbaharui laman web perpustakaan mereka dengan lebih efektif, seiring dengan keperluan digital yang semakin berkembang.

Dengan adanya bengkel ini, diharapkan setiap cawangan perpustakaan UiTM dapat memanfaatkan laman web baharu untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kepada pengguna.

Thursday, September 12, 2024

Sesi Libat Urus dan Perkhidmatan Perpustakaan Digital Bersama Jabatan Makmal Diagnostik Klinikal

 

Sesi Libat Urus dan Perkhidmatan Perpustakaan Digital Bersama Jabatan Makmal Diagnostik Klinikal

12 September 2024 | 08 Rabi’ulawal 1446H: Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR), Hospital Al- Sultan Abdullah, Kampus Cawangan Selangor pada kali ini telah melaksanakan sesi libat urus dan perkhidmatan Perpustakaan digital Bersama Jabatan Makmal Diagnostik, HASA. Sesi ini telah dijalankan bertempat di makmal komputer, Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, HASA.

 

Sesi ini telah diketuai oleh Puan Wan Rohani Wan Chin (Pustakawan Kanan) dan turut hadir bersama ialah Puan Nurul Atika Harud Din (Pustakawan). Agenda sesi libat urus tersebut terarah kepada perbincangan dalam memberi kesedaran tentang kewujudan perpustakaan digital kepada staf Jabatan Makmal Diagnostik serta memberi pendedahan tentang perkhidmatan dan fungsi portal MyKM yang boleh digunakan olah staf. Sesi libat urus ini juga dapat menjalinkan hubungan baik dan kerjasama di antara perpustakaan dan PTJ di HASA malah membincangkan dan mendapatkan maklum balas berkaitan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan bagi tujuan penambahbaikan.

 

Menerusi sesi yang dijalankan ini, diharapkan dapat mengukuhkan sinergi di antara kedua-dua pihak bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan yang dapat memberi manfaat kepada warga HASA.





Wednesday, July 3, 2024

 [Perpustakaan Bergerak]

30 April 2024 | 21 Syawal 1445H

Pada 30 April 2024, Team Perpustakaan Bergerak PTAR telah menyertai program anjuran Raya Perdana NR yang diadakan di Dewan Melati MBSA, Seksyen 7, Shah Alam. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan perkhidmatan-perkhidmatan terbaru dari Perpustakaan Tun Abdul Razak kepada orang ramai, terutamanya warga kampus UiTM.

Beberapa perkhidmatan menarik telah diperkenalkan kepada para pengunjung, antaranya adalah:

  1. Perkhidmatan Digital dan Koleksi Terkini Perpustakaan
    Pengunjung berpeluang untuk melihat koleksi terbaru yang ditawarkan oleh perpustakaan, serta cara mudah untuk mengakses bahan-bahan bacaan secara digital melalui platform yang disediakan.

  2. Pengalaman Virtual Reality (VR)
    Team Perpustakaan Bergerak juga menyediakan pengalaman Virtual Reality (VR) bagi para pelajar dan pengunjung yang ingin merasai dunia maya dengan teknologi terkini. Ini adalah peluang hebat untuk mencuba sesuatu yang baru dan menarik!

  3. Perkhidmatan Pinjaman Buku "On the Spot"
    Para pengunjung juga berpeluang untuk meminjam buku secara langsung di lokasi program. Ini memudahkan mereka mendapatkan bahan bacaan tanpa perlu ke perpustakaan utama.

Kami berterima kasih kepada semua yang telah menyertai program ini dan berharap dapat bertemu lagi di lokasi hotspot seterusnya! Teruskan menyokong inisiatif perpustakaan bergerak untuk memudahkan akses kepada ilmu di mana sahaja!

#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
#mobilelibrary



















Monday, May 27, 2024

Perpustakaan University College TATI Rujuk Perkhidmatan Digital PTAR

25 Julai 2024 | 19 Muharram 1446H

Pada 25 Julai 2024, Jabatan Perpustakaan Digital di PTAR (Perpustakaan Tun Abdul Razak) telah menyambut kedatangan Encik Wan Mansor Masri bin Wan Embong, Pengurus Perpustakaan University College TATI (UC TATI). Beliau hadir untuk merujuk lebih lanjut mengenai pembangunan perkhidmatan digital perpustakaan. Kehadiran beliau disambut mesra oleh Ketua Jabatan Perkhidmatan Digital, Encik Arshad bin Bujang, serta Ketua Unit Pengurusan Portal Perpustakaan, Encik Mohd Izwan bin Salim.

University College TATI: Institusi Milik Kerajaan Negeri Terengganu

University College TATI (UC TATI) adalah sebuah institusi pengajian tinggi yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Negeri Terengganu. UC TATI menawarkan pelbagai program akademik dalam bidang kejuruteraan dan juga program peringkat asasi, bertujuan melahirkan graduan yang berkualiti tinggi dalam bidang teknikal dan akademik.

Sebagai institusi yang terus berkembang, UC TATI memberi perhatian kepada pemanfaatan teknologi dalam bidang pengurusan akademik dan juga perpustakaan. Perkhidmatan perpustakaan digital merupakan salah satu inisiatif penting mereka dalam menyediakan kemudahan akses kepada sumber ilmu yang lebih efisien dan moden bagi para pelajar dan staf akademik.

Semoga Perkongsian Ilmu Ini Memberi Manfaat

Sesi perkongsian ilmu yang diadakan ini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada seluruh warga kampus UC TATI. Melalui pertemuan ini, diharapkan ia dapat membuka ruang untuk pembangunan perkhidmatan digital perpustakaan yang lebih canggih dan efisien, sekaligus meningkatkan pengalaman pembelajaran para pelajar dan staf akademik di UC TATI.

Kesimpulan

Kerjasama antara PTAR dan UC TATI ini amat bermakna dalam usaha untuk terus memperkasakan penggunaan teknologi digital dalam bidang pendidikan. Semoga dengan adanya inisiatif seperti ini, ia dapat memberi manfaat yang berterusan kepada warga kampus UC TATI dan memperkukuhkan perkhidmatan perpustakaan di institusi pengajian tinggi di Malaysia.

#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa







Thursday, May 23, 2024

Program Teaching Library Siri 1 & 2: Pendedahan Praktikal kepada Pelajar Pengurusan Perpustakaan

20 dan 21 Mei 2024 | 11 - 12 Zulkaedah 1445H 

Julung kalinya, Teaching Library telah diadakan dengan kerjasama PTAR UiTM Shah Alam dan Pusat Pengajian Sains Maklumat, Kampus Puncak Perdana. Teaching Library ini dihasratkan untuk dijadikan tempat pendidikan bagi bakal Profesional Maklumat dan penyebaran ilmu kepustakawanan serta latihan kepakaran kepada pelajar Pengurusan Perpustakaan.

Para pelajar akan diberikan pendedahan berbentuk pengalaman “hands-on”/praktikal yang signifikan dan berkait langsung dengan kurikulum pengajian.

Sebagai permulaan projek rintis Teaching Library ini, ia melibatkan para pelajar yang mengikuti kursus IML465: DIGITAL REFERENCE SERVICES/PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN DIGITAL. Pelajar berpeluang untuk bersama-sama Pustakawan dalam memahami pengurusan dan pengendalian perkhidmatan rujukan digital yang sebenar.

Siri 1 & 2 yang telah berlangsung pada 20 dan 21 Mei 2024 bertempat di PTAR UiTM Shah Alam ini, telah dihadiri seramai 43 orang pelajar Semester 2 dari Program Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan. Turut hadir bersama adalah 2 orang pensyarah pengiring, Dr. A'dillah Mustafa dan Puan Nor Aliah Abdullah.

Melalui program ini para pelajar telah didedahkan kepada platform perkhidmatan Rujukan Digital yang digunapakai di seluruh sistem Perpustakaan UiTM. 

Sesi perkongsian telah disampaikan oleh:


- Puan Hani Liza binti Norfin (Ketua Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan)

- Encik Mohd Izwan bin Salim (Pustakawan Kanan, Perpustakaan Digital)

- Cik Ummi Halimatunssaadiyya binti Shamsul Yuzli (Pustakawan, Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan)


Selain itu, para pelajar turut diberikan peluang sesi coaching yang turut dibantu oleh:

- Puan Siti Salwa binti A.Rahman (Pustakawan Kanan, Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan)

- Encik Muhammad Farid Zulhilmi bin Zulkafli (Pembantu Pustakawan, Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan)

- Encik Muhammad Nur Azri bin Salmi (Pembantu Pustakawan, Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan)

Melalui sesi ini, pelajar didedahkan secara langsung kepada "tips dan teknik" kaedah pelaksanaan perkhidmatan Rujukan Digital dengan menggunakan platform digital yang dibangunkan oleh Perpustakaan UiTM.
















#uitmdihatiku

#UiTM25Tahun

#MalaysiaMadani

#perpustakaanuitm

#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa

#teachinglibrary

Sumber : Facebook Page Perpustakaan UiTM

Monday, May 6, 2024

Lawatan Pusat Sumber MIMA ke PTAR


6 Mei 2024 | 27 Syawal 1445H

 

Pusat Sumber Institut Maritim Malaysia (MIMA) telah mengadakan lawatan dan perbincangan ke Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam. Tujuan lawatan ini adalah:

 

1. Mengeratkan hubungan antara Pusat Sumber MIMA dan PTAR.

2. Sesi perkongsian dan perpindahan ilmu dan teknologi (Knowledge and Technology Transfer) berkenaan pengumpulan, pendigitalan koleksi bahan perpustakaan di UiTM Institutional Repository.

3. Perkongsian maklumat mengenai My Knowledge Management (MyKM) yang merupakan personalized services yang disediakan kepada pengguna perpustakaan.

 

Sesi lawatan ini dihadiri oleh:

 

Wakil PTAR:

1. Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan (Ketua Pustakawan)

2. Dr. Hajah Zalifah binti Awang Zakaria (Timbalan Ketua Pustakawan), Jabatan Perpustakaan Digital

3. Encik Mohd Alfarabie bin Mohd Nasir (Pustakawan Kanan), Jabatan Perpustakaan Digital

 

Wakil MIMA:

1. Encik Mohd Khairulanuar bin Manshor (Ketua Penerbitan & Pusat Sumber MIMA)

2. Encik Mohamad Amarfarhan bin Aminuddin (Pustakawan MIMA)

3. Encik Muhammad bin Zakaria (IT Eksekutif)

4. Encik Zainol bin Azman (Pereka Grafik)

5. Puan Nor Asfasyuhada binti Abdullah (Pembantu Pustakawan)

 

Taklimat bagi sesi lawatan ini telah disampaikan oleh Ts. Haji Azizi dan lawatan kerja juga diadakan dengan melihat kepada peralatan pendigitalan yang digunakan oleh pihak PTAR untuk proses tersebut.










Monday, March 18, 2024

Introducing New MyKM Portal

 

Introducing our library's innovative new layout to revolutionize your experience with a personalized system tailored just for you. Our revamped layout incorporates cutting-edge technology to curate a seamless browsing journey unique to each patron. Get ready to embark on a literary adventure like never before, where every visit to the library feels like a personalized treasure hunt waiting to unfold.

Welcome to the future of reading. Welcome to our new personalized library experience.

The new MyKM portal is accessible from the link - https://ptarapps.uitm.edu.my/loginv2/.